25 Mac 2021

Drama Resort Kasih Bunga Raya (TV1)



Drama Resort Kasih Bunga Raya (TV1), Drama TV1, Sinopsis Drama Resort Kasih Bunga Raya (TV1), Pelakon Drama Resort Kasih Bunga Raya,

Drama Resort Kasih Bunga Raya telah pun mula bersiaran pada 12 Mac yang lalu di TV1 setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10.30 malam di slot Sitrus. Drama Sitkom Resort Kasih Bunga Raya ini mempunyai 13 episod dan idea asal drama ini adalah daripada Sabri Yunus. Antara pelakon drama Resort Kasih Bunga Raya ini adalah  Roy Azman, Mustaqim Bahadon, Tash Yong, Thiyagaraja Marimuthu, Derek Yifan, Rahim Omar, Melanie Tan, C.Vasantihakumaran, Aman Nassim, Nazia Mustafar, Tony Eusoff, Monica Picca, Rosli Rahman Adam, Zalfa Zin dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Nor Liza Ismail dan diterbitkan oleh Arie Zaharie Production & Knack Knack Studios. Apa pun nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon drama Resort Kasih Bunga Raya ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Roy Azman sebaagai Hasbullah
Mustaqim Bahadon sebagai Ali
Tash Yong sebagai Suraya
Thiyagaraja Marimuthu sebagai  Santi
Derek Yifan sebagai Teong
Rahim Omar sebagai Haji Ma'sud
Melanie Tan sebagai Swee Lan
C.Vasanthakumaran sebagai Maaniam
Aman Nassim sebagai Kudin
Nazia Mustafar sebagai Arissa
Rosli Rahman Adam sebagai Mustafa




Sinopsis Drama Resort Kasih Bunga Raya 

Mengisahkan kisah suka duka kehidupan sebagai pekerja resort yang muhibbah. Ali, Santi dan Teong telah berjaya melepasi temuduga dan mula berkhidmat di Resort Kasih Bunga Raya. Namun kehadiran seorang tetamu yang cerewet telah menduga mereka!. Apa yang berlaku seterusnya?.. saksikan telatah dan ragam mereka semua dalam drama ini.

Tonton Online Drama Resort Kasih Bunga Raya
Drama ini boleh ditonton secara online di portal My Klik RTM -> https://myklik.rtm.gov.my/search?s=resort%20kasih%20bunga%20raya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post