28 Mac 2021

Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 1 Hingga 48 (Full Episode) Di Astro Ria



Drama Rindu Awak Separuh Nyawa, Drama Adaptasi Novel, Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Full Episode, Slot MegaDrama, Astro Ria, Sinopsis Penuh Drama Rindu Awak Separuh Nyawa, OST Drama Rindu Awak Separuh Nyawa, Poster Drama Rindu Awak Separuh Nyawa, Drama Baru Uqasha Senrose, Drama Baru Shukri Yahaya, Drama Baru Marsha Milan, Pelakon - Pelakon Drama Rindu Awak Separuh Nyawa, Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Cast,

Drama Rindu Awak Separuh Nyawa adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan Drama Marry Me Senorita lakonan Janna Nick dan Dini Schatzmann yang telah tamat episodnya. Drama ini mula bersiaran sejak 23 Mac yang lalu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Antara pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa ini adalah Shukri Yahaya, Uqasha Senrose, Marsha Milan, Norreen Iman, Fizo Omar, Khairil Anwar Aman, Aida Khalida, Rahim Jailani, Khaty Azean, Noorkhiriah, Balkisyh Semundur Khan, Ikhlas Jalil, Fiza Thomas, Munira Iwan, Fauzi Nawawi, Aleza Shadan, Farouk Hussain, Farez Ridzwan, Fareez Fauzi, Silfeny Osman, Puteri Rafasya dan ramai lagi. Drama 48 episod ini adalah adaptasi daripada Novel Rindu Awak Separuh Nyawa karya Siti Rosmizah. Selain itu drama Rindu Awak Separuh Nyawa ini diarahkan oleh Jamal Khan dan Along Kamaludin dan diterbitkan oleh SR One Sdn Bhd. Memang konform meletup drama ni sama macam drama - drama adaptasi novel Siti Rosmizah yang terdahulu seperti 7 Hari Mencintaiku, 7 Hari Mencintaiku 2, Curi - Curi Cinta dan lain - lain. Jadi jom tengok watak - watak pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey. 
Drama Rindu Awak Separuh Nyawa, Drama Adaptasi Novel, Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Full Episode, Slot MegaDrama, Astro Ria, Sinopsis Penuh Drama Rindu Awak Separuh Nyawa, OST Drama Rindu Awak Separuh Nyawa, Poster Drama Rindu Awak Separuh Nyawa, Drama Baru Uqasha Senrose, Drama Baru Shukri Yahaya, Drama Baru Marsha Milan, Pelakon - Pelakon Drama Rindu Awak Separuh Nyawa, Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Cast,
Shukri Yahaya sebagai Nazril Nazim 
Uqasha Senrose sebagai Kasih Maisara
Marsha Milan sebagai Nurul Huda
Fizo Omar sebagai Aidil
Norreen Iman sebagai Qistina
Aida Khalida sebagai Puan Norida
Ikhlas Jalil sebagai Izzudin
Rahim Jailani sebagai Dato Halim
Khaty Azean sebagai Datin Khadijah 
Khairil Anwar Aman sebagai Dato Raqib
Noorkhiriah sebagai Kak Munah 
Aleza Shadan sebagai Kak Esah
Fauzi Nawawi sebagai Kasim
Farouk Hussain sebagai Kader Salimm
Farah Nadia sebagai Fatin 
Farez Ridzwan sebagai Agil
Fareez Fauzi sebagai Malik
Balkisyh Semundur Khan sebagai Jah Kelip
Fiza Thomas sebagai Sally
Munira Iwan sebagai Azminda
Mak Wan Latah sebagai Mak Cik Bibah
Silfeny Osman sebagai Anis 
Puteri Rafasya sebagai Mah 




Sinopsis Penuh Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Lakonan Uqasha Senrose dan Shukri Yahaya di Slot MegaDrama Astro Ria

Kasih Maisara (Uqasha Senrose) menyimpan dendam terhadap ayahnya, Dato’ Raqib (Khairil Anwar Aman), kerana dia merasakan bahawa Dato’ Raqib merupakan penyebab kematian ibunya. Kerana dendam itu, Maisara telah menggunakan Aidil (Fizo Omar), anak lelaki kepada sahabat baik bapanya sebagai kambing hitam dalam rancangan memalukan ayahnya. Maisara berpura-pura jatuh cinta dengan Aidil dan membatalkan upacara pertunangan ketika ia bakal berlangsung. Aidil kecewa namun dia menerima keputusan Maisara kerana perasaan cintanya masih ada buat gadis sombong itu.

Dalam kejadian lain, Maisara hampir melanggar Nazril Nazim (Shukri Yahaya) yang sedang menunggang motorsikal. Tercetus perbalahan kecil sewaktu mereka berdua bersemuka buat pertama kali itu. Pertemuan kedua mereka adalah apabila Nazril menghubungi Maisara untuk menyerahkan surat amanah sahabat baiknya Aidil, tanpa mengetahui bahawa Kasih Maisara yang telah mengecewakan sabahatnya itu merupakan perempuan yang sama yang diceramahnya sebelum ini. Sewaktu bertemu, sekali lagi Nazril menegur kesombongan Maisara. Nazril satu-satunya lelaki yang berani menegur perangai buruk Maisara. Egonya terusik dengan teguran Nazril. Teguran Nazril didengari oleh musuh Maisara, Sally (Fiza Thomas) yang kemudiannya mencabar gadis itu untuk menjadi isteri Nazril. Dengan sombongnya Maisara bersetuju menyebabkan Nazril Nazim menjadi mangsa pertaruhan bodoh Maisara tanpa dia ketahui.

Pelbagai cara yang Maisara gunakan untuk mendekati Nazril. Tanpa Maisara ketahui, keluarga Nazril telah memilih Nurul Huda (Marsha Milan), gadis sekampung Nazril sebagai calon isteri buat Nazril dan mereka bakal disatukan setelah keduanya habis belajar. Nurul Huda juga merupakan teman sebilik Maisara yang sangat dibencinya. Namun satu kejadian yang tidak dijangka berlaku, Nazril membuka hatinya untuk mengambil Maisara sebagai isterinya. Nurul Huda yang sememangnya menyayangi Nazril kecewa. Manusia tidak sempurna dan melakukan kesalahan. Maisara hidup dan belajar, ketulusan Nazril menyiram dirinya dengan cinta membuatkan dia sedar. Walaupun begitu, ketika cintanya mulai mekar, Nazril menyedari bahawa perkahwinan mereka hanyalah ‘pertaruhan’ buat Maisara, dan dia pergi dengan hati yang patah. Maisara yang sedang dilamun cinta menunggu kepulangan suaminya namun Nazril tidak kunjung tiba, apakah itu pengakhiran kisah cinta mereka.


👉👉 Novel Rindu Awak Separuh Nyawa Karya Siti Rosmizah

Drama Rindu Awak Separuh Nyawa, Drama Adaptasi Novel, Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Full Episode, Slot MegaDrama, Astro Ria, Sinopsis Penuh Drama Rindu Awak Separuh Nyawa, OST Drama Rindu Awak Separuh Nyawa, Poster Drama Rindu Awak Separuh Nyawa, Drama Baru Uqasha Senrose, Drama Baru Shukri Yahaya, Drama Baru Marsha Milan, Pelakon - Pelakon Drama Rindu Awak Separuh Nyawa, Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Cast,
Lagu Tema / OST Drama Rindu Awak Separuh Nyawa

Lagu tema drama ini bertajuk Rindu Separuh Nyawa nyanyian Naqiu dan Vanessa Reynauld. Mungkin ada yang kenal atau ada yang tak kenal dengan Vanessa ni, dia dulu - dulu pernah join program nyanyian Ceria Popstar Musim Ketiga 2015, pastu dia join pula The Masked Singer Malaysia 2020 dan dapat jadi naib juara gitu. Suara Vanessa ni memang sedap dan power giler okey. 

Lirik Lagu Rindu Separuh Nyawa Nyanyian Naqiu dan Vanessa Reynauld

Terpisah kita... 
Angkara dusta... cinta 
Luluh jiwa dan raga
Saat dikau tiada 

Di kala... rindu ini membara
Ku pandang bintang
Wajah menjelma

Andai dikau tiada
Ku rindu separuh nyawa
Kata cinta penawar duka
Sayang jika kau pergi
Separuh jiwa ku mati
Nafas bagai terhenti
Rindu kamu separuh nyawa

Ku pandang bintang
Wajahmu menjelma

Andai dikau tiada
Ku rindu separuh nyawa
Kata cinta penawar duka 
Sayang jika kau pergi 
Separuh jiwa ku mati 
Nafas bagai terhenti 
Rindu kamu separuh nyawa
 
Andai dikau tiada 
Ku rindu separuh nyawa 
Kata cinta penawar duka 
Sayang jika kau pergi 
Separuh jiwa ku mati 
Nafas bagai terhenti 
Rindu kamu separuh nyawa
 
Nafas bagai terhenti 
Rindu kamu separuh nyawa 

Duhai nyawa...
Lagu lain dalam drama ini adalah Kucu Kuca nyanyian Lia Aziz, Illusi nyanyian TreeHill, Vroom Vroom nyanyian Nabila Razali
Drama Rindu Awak Separuh Nyawa, Drama Adaptasi Novel, Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Full Episode, Slot MegaDrama, Astro Ria, Sinopsis Penuh Drama Rindu Awak Separuh Nyawa, OST Drama Rindu Awak Separuh Nyawa, Poster Drama Rindu Awak Separuh Nyawa, Drama Baru Uqasha Senrose, Drama Baru Shukri Yahaya, Drama Baru Marsha Milan, Pelakon - Pelakon Drama Rindu Awak Separuh Nyawa, Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Cast,
Tonton Online Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 1 Hingga 40 (Full Episode) Lakonan Uqasha Senrose dan Shukri Yahaya di Slot MegaDrama Astro Ria

Bagi yang terlepas menonton drama ini di TV, Korang boleh menonton 4 episod awal drama ini di Youtube Astro Gempak. Manakala episod selebihnya korang boleh tonton di Astro Go.

Update!- drama ini sepatutnya 40 episod saja, tapi disebabkan mendapat sambutan hangat, drama Rindu Awak Separuh Nyawa ini ditambah 8 episod dan menjadi 48 episod.

Jom Baca Ini Juga ⏩⏩ Novel Masih Ada Rindu Karya Mimie Afinie

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post