Selepas novel 7 Hari Mencintaiku dan 7 Hari Mencintaiku 2 karya Siti Rozmizah berjaya diadaptasikan dan drama tersebut juga menjadi kesukaan penonton. Kini tiba giliran Novel Rindu Awak Separuh Nyawa karya Siti Rozmizah pula diadaptasikan menjadi drama bersiri 40 episod yang disiarkan di Slot MegaDrama Astro Ria. Pelakon Shukri Yahaya dan Uqasha Senrose akan menjadi hero dan heroin drama Rindu Awak Separuh Nyawa ini. Shukri Yahaya akan melakonkan watak sebagai Nazril Nazim manakala Uqasha Senrose akan melakonkan watak sebagai Kasih Maisara. Marsha Milan pula akan membawa watak sebagai Nurul Huda manakala Fizo Omar sebagai Aidil. Berbalik pada novel ini, novel Rindu Awak Separuh Nyawa ini memang tebal okey, berat gitu, banyak muka surat dan babnya. Tapi cantik kan cover / muka depan novel ini, berbunga - bunga gitu. Apa pun jom tengok sinopsis novel ini di bawah ye. Selamat membaca okey..
Sinopsis Novel Rindu Awak Separuh Nyawa Karya Siti Rosmizah
"Kasih Maisarah!!!"
Kemarahan papanya tidak diendahkan.. Sikap angkuh dan sombong begitu menebal dalam diri.. Ditambah pula dia menyalahkan papanya di atas kematian arwah mamanya..Pertemuan tanpa diduga dengan lelaki bernama Nazril Nazim membuka tirai baru dalam hidupnya.. Maisarah bertemu buku dengan ruas, keegoannya dicabar!
"Saya lagi rela kahwin dengan perempuan hodoh! Sebab kebahagiaan bukan pada paras rupa.. Saya mencari isteri solehah bukan ratu cantik dunia!!"
Bagai nak meletup jantung Maisara mendengarnya!
"Nazril! Kau sedang bermain dengan api! Dan api itu adalah aku! Aku akan bakar kau sampai hangus!"
Manusia itu tak sempurna pasti ada salah dan silapnya.. Begitu juga Maisara, ketulusan cinta Nazril Nazim menyinar keinsafan dalam dirinya. Namun di kala kasih berputik, cinta bersemu, Nazril pergi begitu sahaja...Maisara akur kesilapannya tapi kenapa tiada ruang kemaafan buatnya? Hati Nazril beku! Maisara memujuk! Maisara merayu! Sekelumit pun tidak terkesan dihatinya!
"Mulai hari ini, awak tutup pintu awak serapat-rapatnya untuk saya sebab Nazril Nazim tak akan terima awak sampai awak mati!"
Ya Allah! Begitu bisa stiap patah katanya.
"Awak jangan risau, saya tak akan kembali semula dalam hidup awak. Kalau ditakdirkan saya mati, saya akan bawa kata-kata awak sampai ke liang lahad! Cuma jika awak ada sedikit ehsan, buat kali terakhir kali imamkan jenazah saya.. Bawa jenazah saya ke kubur, kebumikan saya dan kata Kasih Maisara saya dah buktikan saya tak akan terima awak sampai awak mati!" Jelas kelukaannya.
Kini, Kasih Maisara telah pergi.. Keluar air mata darah sekali pun dah tak berguna lagi!
"Maafkan abang sayang, maafkan abang... Hati abang tak pernah mati buat sayang.. Saralah nafas, nyawa dan bidadari syurga abang."
Dalam hati dihimpit kekesalan, Nazril mendongak ke langit memandang bintang yang bertaburan..
"Kasih Maisara, rindu awak separuh nyawa," bisiknya dengan deraian air mata...
Jom Baca Ini Juga 👉👉 Episod Akhir Drama Marry Me Senorita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan