24 Jul 2023

Review Drama Korea Yumi's Cell's 2



Yumi's Cell's 2, Yumi's Cell's Season 2, Yumi's Cell's 3, Korean Drama Yumi's Cell's 2, Review Yumi's Cell's 2, Sinopsis Drama Korea Yumi's Cell's 2,  Yumi's Cell's 2 Cast, Kim Go Eun, Jin Young, Ahn Bo Hyun, Lee Yoo Bi,

Ikutkan dah lama nak buat review drama Korea Yumi's Cell's season 2 ni, tapi busy pula, tak sempat nak mengadap laptop update blog. Maka tertangguh lah segala review semua. Aku memang enjoy layan Korean drama Yumi's Cell's 2 ni, aku dan tengok drama ini dari season 1 lagi. Yumi's Cell's 2 ini based on webcomic Yumi's Cell's by Lee Dong Gun dan versi dramanya untuk season 2 ini mempunyai 14 episod dan disiarkan di channel Tving. Drama ini release pada 10 Jun 2022 dan tamat episodnya pada 22 Julai 2022 yang lalu. Antara pelakon drama Korea Yumi's Cell's ini adalah Kim Go Eun, Jin Young, Ahn Bo Hyun, Lee Yoo Bi, Mi Ram, Jun Suk Ho dan ramai lagi. Setakat ini tak pasti lagi sama ada akan ada season 3 untuk drama Yumi's Cell's ini, kalau ada bestlah kan. Yumi's Cell's 2 ini bermula dengan Yumi (lakonan Kim Go Eun) yang mengalami fasa kekecewaan sebab putus cinta dengan Gu Woong (lakonan Ahn Bo Hyun). Awalnya memang geram betul dengan Gu Woong ni, macam tu saja dia lepaskan Yumi dan Yumi mengalami masa yang sukar untuk melupakan Gu Woong dan move on.
Yumi's Cell's 2, Yumi's Cell's Season 2, Yumi's Cell's 3, Korean Drama Yumi's Cell's 2, Review Yumi's Cell's 2, Sinopsis Drama Korea Yumi's Cell's 2,  Yumi's Cell's 2 Cast, Kim Go Eun, Jin Young, Ahn Bo Hyun, Lee Yoo Bi,
Namun di pertengahan cerita penonton akan dapat tahu reason sebenar Gu Woong melepaskan Yumi kerana ketika itu Gu Woong menghadapi masalah kewangan yang serius dan dia tak mahu Yumi bersedih atau bersusah payah sebab dia. Namun akhirnya Yumi dapat move on dengan jayanya dan kemudian bercinta pula dengan rakan sekerjanya yang handsome, baik hati, soft spoken, romantik,perfect guy bernama Yoo Babi. Aku memang tak leh blah bila setiap kali dengar Yumi sebut nama boyfriend baru dia ni hahaha. Macam tak ada nama lain pulak, dok Yoo Babi sampai sudah hahahha. Yoo Babi digambarkan sebagai seorang lelaki yang sempurna dan diidamkan oleh semua wanita. Jadi Yumi memang bahagia dengan Yoo Babi ni, percintaan diorang pun okey gitu. Tak lama kemudian Yoo Babi dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke cawangan yang lain so diorang terpaksalah bercinta jarak jauh gitu, namun sekali - sekala Yumi akan meluangkan masa dan melawat Yoo Babi disana. Dekat sinilah bermula konflik dalam percintaan Yumi dan Yoo Babi disebabkan orang ketiga iaitu Yoo Da Eun. (lakonan Shin Ye Eun) Yoo Da Eun ini adalah Intern di tempat Yoo Babi bekerja, malah tinggal berjiran pula dengan Yoo Babi.
Yumi's Cell's 2, Yumi's Cell's Season 2, Yumi's Cell's 3, Korean Drama Yumi's Cell's 2, Review Yumi's Cell's 2, Sinopsis Drama Korea Yumi's Cell's 2,  Yumi's Cell's 2 Cast, Kim Go Eun, Jin Young, Ahn Bo Hyun, Lee Yoo Bi,
Yoo Da Eun ni dalam diam dah mula jatuh cinta dengan Yoo Babi dan dia pula jenis berani mati meluahkan rasa cintanya pada Yoo Babi. Jadi lepas dengar pengakuan cinta Yoo Da Eun ni, Yoo Babi ni dah jadi tersuka pula dengan Yoo Da Eun ni, maklumlah Yumi kan jauh, pastu ada perempuan muda yang cantik datang luahkan cinta so hati Yoo Babi mula goyanggg dan goyah gitu. Dipendekkan cerita akhirnya masa Yumi datang melawat Yoo Babi ni, Yumi dapat tahu hal yang terjadi antara Yoo Babi dan Yoo Da Eun ni. So Yumi rasa macam dicurangi gitu, walaupun ketika ituYoo Babi tak bercinta or terima cinta Yoo Da Eun ni. So berpisahlah mereka berdua, sedih gilaa masa ni huhuhu. Aku juga suka dengan keputusan berani Yumi yang berani kejar cita - citanya untuk jadi penulis dan berhenti kerja. Walaupun kadangkala nampak Yumi macam menyesal berhenti kerja tapi tulah disebabkan dia tak pernah berhenti mencuba akhirnya dia berjaya. Namun bukan mudahlah untuk dia capai kejayaan tu sebab di peringkat awal dia nak jadi penulis tu, hasil karya dia memang asyik kena reject. Masa ni Yoo Babi banyak bagi support pada Yumi tapi tula sayangnya diorang berpisah pula.
Yumi's Cell's 2, Yumi's Cell's Season 2, Yumi's Cell's 3, Korean Drama Yumi's Cell's 2, Review Yumi's Cell's 2, Sinopsis Drama Korea Yumi's Cell's 2,  Yumi's Cell's 2 Cast, Kim Go Eun, Jin Young, Ahn Bo Hyun, Lee Yoo Bi,
Tapi bila diorang dah berpisah ni makin best pula jalan ceritanya sebab ex boyfriend Yumi iaitu Gu Woong mula kembali dengan jayanya. Gu Woong sekarang dah kaya - raya, ada syarikat games yang berjaya. Jadi lepas dapat tahu Yumi dah berpisah, mestilah Gu Woong nak try dapatkan Yumi semula. Tapi biasalah ianya tak semudah yang disangka. Yoo Babi pula ditukarkan ke cawangan asal dan kini makin dekat dengan Yumi dan akhirnya mereka terserempak dan kemudian berbaik semula dan bercinta kembali. Namun tulah bila bercinta semula ni, ada macam ketakutan dan syak wasangka di hati masing - masing. Sampai last sekali Yoo Babi ajak Yumi kahwin dan Yumi setuju semua. Namun Yoo Da Eun punya pasal, Yumi mula faham dengan perasaannya sendiri yang perasaan dan cintanya pada Yoo Babi tak sama macam dulu, Yumi baru sedar yang dia sebenarnya dah tawar hati pada Yoo Babi dan dia cuma merindui Yoo Babi saja. Jadi apa yang akan berlaku seterusnya? adakah diorang berpisah sekali lagi, atau pun Yoo Babi berjaya menyakinkan Yumi untuk meneruskan hubungan mereka atau pun Yumi bertemu pengganti baru??..
Yumi's Cell's 2, Yumi's Cell's Season 2, Yumi's Cell's 3, Korean Drama Yumi's Cell's 2, Review Yumi's Cell's 2, Sinopsis Drama Korea Yumi's Cell's 2,  Yumi's Cell's 2 Cast, Kim Go Eun, Jin Young, Ahn Bo Hyun, Lee Yoo Bi,
Okey tu serba sedikit sinopsis drama Korea Yumi's Cell's 2 ini. Apa pun antara banyak - banyak scene, aku paling suka scene ketika Gu Woong dan Yoo Babi berebutkan Yumi. Masa ni diorang bertiga ada kat hospital lepas tu nampak Gu Woong dan Yoo Babi macam nak bergaduh berebutkan Yumi, comel scene ni hahaha. Lagu tema, lagu latar dan Ost Yumi's Cell's 2 ni semua best - best dan sedap didengar. Ending Yumi's Cell's 2 ni bergantung pada penerimaan penonton, bagi yang suka tengok Yumi dengan Gu Woong mungkin sad endinglah hehehehe.




Jom BaCa ini juga 👉👉 Review Drama Korea The Red Sleeve

1 ulasan:



My Random Post