Jom BaCa ini juga 👉👉 Review Drama Korea The Red Sleeve
24 Jul 2023
Review Drama Korea Yumi's Cell's 2
Jom BaCa ini juga 👉👉 Review Drama Korea The Red Sleeve
26 Jun 2023
Drama Perempuan Itu Lakonan Mimi Lana dan Zul Ariffin
Masa ni isteri kedua Emir iaitu Seira pula yang makan hati tengok suaminya gila talak. Khalish dah move on tapi Emir masih macam tu, stil teringatkan Khalish. Apa jadi seterusnya tu tak tahulah kan sebab drama ini masih in going, drama Perempuan Itu mempunyai 30 episod dan disiarkan setiap hari di portal Tonton. Lagu tema / OST drama Perempuan Itu bertajuk Perempuan nyanyian Jacklyn Victor. Lagi beberapa episod je yang tinggal, pastu habislah drama ini. Ramai yang suka denga watak Khalish yang merupakan wanita yang kuat dan bijak. Apa pun memang layannn drama ini..
29 Apr 2023
Cirkus - Hindi Movie Review
Sinopsis Hindi Movie Cirkus
20 Dis 2022
Review dan Sinopsis Movie Fall (2022)
Hunter yang berasa bersalah pada Becky mengambil keputusan untuk turun ke satelit antena tu untuk mengambil beg tersebut. Ada plot twist kat sini untuk watak Hunter ni jeng jeng jeng. Apa pun memang suspen filem Fall ni sebab bila tengok cita ni, aku pun rasa seolah - olah aku juga berada di menara tersebut, suspen betul, dimana diorang berdua buat pelbagai cara untuk meminta pertolongan misalnya dengan meminta bantuan di media sosial tapi disebabkan bahagian atas tower tiada line, diorang bubuh handphone dalam kasut dan baling ke bawah tapi tak berjaya bila handphone terhempas. Kemudian diorang guna drone untuk hantar mesej minta tolong tapi boleh pula drone tak cukup bateri, nak kena cas drone tu dulu dan sebagainya. Apa pun kagum gak dengan watak Becky tu sebab dia tak putus asa, dia fight untuk survive sampai ke akhirnya, dengan segala tenaga yang dia ada lepas makan burung Hering tu, dia cuba turun ke atas satelit antena tu dan cuba menghantar mesej minta tolong pada ayahnya. Itu boleh dikatakan usaha terakhirnya dan adakah usahanya itu berjaya??? Okey tu antara sinopsis movie Fall ini ye..
12 Okt 2022
Filem Kan Cheong Lakonan Nora Danish (2022)
Sinopsis Filem Kan Cheong Lakonan Nora Danish, Jay Iswazir dan Niezam Zaidi (2022)
1 Okt 2022
Review Drama Korea Twenty Five Twenty One
Review dan Sinopsis Drama Korea Twenty Five Twenty One Lakonan Kim Tae Ri dan Nam Joo Hyuk
Drama Korea Twenty Five Twenty One ini mempunyai 16 episod dan mula disiarkan di TVN serta Netflix pada 12 Februari 2022 dan tamat episodnya pada 3 April 2022 yang lalu. Drama ini diarahkan oleh Jung Ji Hyun dan drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Bulgasal : Immortal Souls dan kemudian akan digantikan dengan drama Our Blues. Antara pelakon drama Korea Twenty Five Twenty One ini adalah Kim Tae Ri, Nam Joo Hyuk, Bona, Choi Hyun Wook, Lee Joo Myoung, Seo Jae Hee, Kim Hye Eun, Choi Myung Bin dan ramai lagi. Pemilihan pelakon untuk drama ini memang terbaik watak Na Hee Do tu memang sesuai sangat untuk Kim Tae Ri. Lakonannya memang sangat bersahaja dan menyakinkan, dalam drama ini Nam Joo Hyuk memegang watak sebagai Baek Yi Jin yang tua 4 tahun dari Na Hee Do. Tapi kalau ikut usia sebenar, Kim Tae Ri yang lebih tua daripada Nam Joo Hyuk gitu. Aku suka tengok Bona dalam cita ni, nampak lawa dan comel je dia ni sepanjang drama ni. Korean Drama Twenty Five Twenty One ini memang popular, aku pun suka dengan jalan ceritanya.
Awalnya drama ini banyak scene - scene kelakar dan lawak namun bila masuk hujung - hujung tu, jalan cerita mula jadi seriuslah kan sebab semua watak dah dewasa dan ada kehidupan masing - masing. Antara yang menarik dalam drama ini bila penonton dapat serba sedikit info dan ilmu tentang sukan lawan Pedang ni. Sebab kat Malaysia ni sukan lawan pedang ni tak begitu popular, jadi menerusi drama ini aku dapat gaklaa serba sedikit informasi tentang sukan ni, macam mana cara atlet lawan pedang ni berlatih, macam mana suasana pertandingan sukan ni dan sebagainya. Selain itu aku kagum dengan keazaman dan kecekalan Na Hee Do untuk mencapai cita - citanya. Scene - scene sweet dan percintaan Na Hee Do dan Baek Yi Jin di peringkat awal tu memang comel dan kelakar okey. Plus scene - scene persahabatan yang diawali dengan kebencian antara Na Hee Do dan Go Yu Rim tu juga best. Last -last tak sangka dalam dok benci - membenci rupanya member chatting hahaha.
Masa Na Hee Do dan Go Yu Rim tu asyik dok berchatting, teringat aku zaman - zaman Yahoo Messenger dan Mirc yang pernah famous dulu - dulu. Zaman tu boleh chatting tanpa tahu identiti masing - masing gitu. Kesian juga dengan Go Yu Rim ni sebab dia ada masa depan yang cerah, tapi disebabkan keluarga dia ada masalah kewangan yang serius maka Go Yu Rim terpaksa buat keputusan drastik untuk menyelamatkan keluarganya. Berbeza dengan Na Hee Do yang datang dari family yang senang dan tiada masalah kewangan. Korean Drama Twenty Five Twenty One ni berjaya buat aku tersengih, tergelak dengan telatah Na Hee Do yang gila - gila tu especially bila dia dengan Baek Yi Jin. Aku sebenarnya tak berapa suka juga dengan sikap Baek Yi Jin ni bila dia ke Amerika untuk buat liputan berita tu. Disebabkan tekanan emosi dan situasi serius di sana, dia mula mengabaikan Na Hee Do. Segala yang berlaku di sana, emosinya, perasaannya semua dia pendam dan tak nak share dengan Na Hee Do. Akhirnya Na Hee Do mula rasa tersisih dan merasakan dirinya tak penting buat Baek Yi Jin dan memaksa dirinya membuat keputusan drastik untuk berpisah.
Aku lebih suka bila Baek Yi Jin jadi wartawan sukan tu, sebab dia akan sentiasa dekat dengan Na Hee Do. Tapi bila jadi wartawan sukan ni pun ada cabarannya bila Baek Yi Jin terpaksa mengkhianati Go Yu Rim dengan melaporkan berita yang kurang elok pasal Go Yu Rim di media. Tapi bila dia jadi wartawan yang melaporkan isu - isu semasa pula, dia jadi terlampau sibuk pula. Apa pun memang ramai tak puas hati dengan ending drama Korea Twenty Five Twenty One ini sebab endingnya Na Hee Do dan Baek Yi Jin tak bersama pun sebab diorang bawa haluan masing - masing. Disebabkan itu tajuk drama ni Twenty Five Twenty One yang merujuk pada umur diorang ketika diorang berpisah. Walaubagaimanapun aku tetap enjoy menonton drama ini dan aku bagi 9/10 bintang untuk drama ini. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey..
Sinopsis Drama Korea Twenty Five Twenty One
Kim Min Chae yang merupakan satu - satunya anak Na Hee Do ingin berhenti dari menjadi penari Ballet. Dia kemudian lari ke rumah neneknya dan akhirnya menemui diari ibunya ketika ibunya remaja dan leka membacanya. Sejak dari kecil Na Hee Do berminat dalam sukan lawan pedang dan dia turut join kelab lawan pedang di sekolahnya. Namun disebabkan IMF crisis, kelab itu terpaksa dibubarkan, Na Hee Do kemudian pindah sekolah dan dapat join kelab lawan pedang yang turut dianggotai oleh Go Yu Rim yang merupakan atlet lawan pedang popular. Na Hee Do menjadikan Go Yu Rim sebagai idolanya dan berasa bangga dan excited untuk bertemu dengan Go Yu Rim namun layanan Go Yu Rim yang dingin dan seakan benci dengannya memusnahkan segalanya. Sejak dari itu Na Hee Do berazam ingin menjadi rival/ pesaing terhebat Go Yu Rim dan usahanya berjaya. Na Hee Do akhirnya terpilih untuk masuk dalam pasukan kebangsaan.
Na Hee Do turut bertemu dengan Baek Yi Jin yang baru berpindah di sekitar kawasan kejiranannya. Baek Yi Jin asalnya anak orang kaya namun disebabkan bapanya muflis, mereka sekeluarga terpaksa berpisah dan tinggal berasingan. Baek Yi Jin membuat kerja kecil - kecilan seperti menghantar surat khabar di siang hari serta menjaga kedai buku. Baek Yi Jin kemudian dapat kerja sebagai wartawan sukan dan mula rapat dengan Na Hee Do.
Jom Baca Ini Juga 👉👉 Review Drama Korea The Red Sleeve
28 Jul 2022
Review Drama Korea Voice 4
Review Drama Korea Voice 4 Lakonan Lee Hana dan Song Seung Heon
Baru - baru ini aku dah habis menonton Korean Drama Voice Season 4 atau Voice 4. Tak lama lagi akan ada Voice 5 pula dan mungkin ianya adalah musim terakhir. Lepas menonton Voice 3 dulu, aku agak geram dan sedih lepas menonton episod akhirnya sebab Do Kang Woo mati. Aku suka betul tengok Lee Jin Wook pegang watak Do Kang Woo ni, bila wataknya mati sedih gila pulak..Baiklah berbalik pada Voice 4 ni semestinya watak heronya bertukar kan, kali ini pelakon Song Seung Heon telah join the team dan memegang watak sebagai Derek Cho / Cho Seung Ho. Kemungkinan besar dia juga akan ada dalam Voice 5 nanti. Manakala watak - watak lain masih kekal sama seperti Lee Hana yang memegang watak sebagai Kang Kwon Joo, Son Eun Seo, Kim Joong Ki, dan ramai lagi. Lebih menarik bila pelakon Baek Sung Hyun yang memegang watak sebagai Shim Dae Sik di Voice season 1 kembali di Voice season 4 ini. Untuk musim kali ini, pelakon versatil Lee Kyu Hyung turut memegang watak penting dalam drama ini. Okey itu antara barisan pelakon drama Korea Voice 4 ini.
Selain itu drama ini mempunyai 14 episod dan mula disiarkan di channel TVN bermula 18 Jun 2021 dan tamat episodnya pada 31 Julai 2021. Antara yang menarik dalam Voice 4 ini bila pelakon utama drama ini iaitu Lee Hana dan Song Seung Heun nampak serasi gitu. Manakala watak jahat dalam drama ini mempunyai penyakit "Dissociative identity disorder (DID disorder)", yang mana dia mempunyai 4 personaliti lain, jadi korang bayangkanlah macam mana nak menangkap watak jahat yang mempunyai penyakit sebegini kan. Manakala Kwon Yool yang memegang watak jahat Bang Je Soo dalam Voice season 2 turut muncul di episod akhir drama Voice 4 ini. Agak misterilah kat sini kan, bila Bang Je Soo ni tak mati - mati lagi dan masih hidup. Sebagai penonton aku nak tahu jugalah apa sebenarnya yang terjadi pada Bang Je Soo ini. Malah ending drama Voice 4 ini juga tergantung bila Kang Kwon Joo membuat satu keputusan drastik yang mengejutkan semua orang. Kiranya dalam Voice 5 ni mesti diorang akan fokus pada kisah asal usul mengenai anugerah yang dimiliki oleh Kang Kwon Joo ini iaitu pendengarannya.
Walaubagaimanapun kalau nak banding drama ini dengan musim - musim yang terdahulu, ternyata Voice 4 agak kurang mantap. Plot utama Voice 4 masih menarik cuma yang tak best tentang kes - kes yang Golden Time Team siasat tu. Agak boring kes - kes yang diorang dapat contohnya kes penculikan di hutan, Woomi-ri Hanyeo Assault Case, Knife Stabbing Case dan Student Kidnapping Case. Bagi aku kes - kes yang diorang dapat kurang menarik tapi stil ada pengajarannya kan. Voice 4 ini mengisahkan tentang Kang Kwon Joo yang mengalami trauma (PTSD) selepas kematian partnernya Do Kang Woo. Dalam masa yang sama berlakunya pembunuhan bersiri yang mana pembunuhnya mempunyai pendengaran yang baik, sama seperti Kang Kwon Joo. Malah pembunuh terbabit turut menyamar seperti Kang Kwon Joo dan membuatkan pihak polis keliru. Pembunuh tersebut turut membunuh adik perempuan Detektif Derek Cho / Cho Seung Ho yang juga seorang polis tapi berkhidmat di luar negara.
Mengetahui yang pembunuh adiknya itu menyamar sebagai Kang Kwon Joo, dia akhirnya bersetuju untuk join Golden Time Team buat sementara waktu sehingga pembunuh itu ditangkap. Kang Kwon Joo, Derek Cho dan semua Golden Time Team yang lain telah ke Vimo Island selepas mengetahui pembunuh bersiri tu telah lari ke situ. Setelah menjejaki pembunuh berkenaan, mereka telah mempunyai suspek utama iaitu Dong Bang Min lakonan Lee Kyu Hyung. Namun masalah utama yang mereka hadapi bila suspek utama iaitu Dong Bang Min mempunyai "Dissociative identity disorder (DID disorder)". Kelihatan Dong Bang Min sendiri tidak sedar yang dirinya mempunyai masalah Personaliti Berganda dan membuatkan semuanya menjadi semakin sukar untuk menangkapnya. Hal ini bertambah rumit dengan campurtangan datuknya iaitu Dong Bang Heon Yup yang merupakan pemimpin yang dihormati dan berpengaruh di Vimo Island. Apa yang berlaku seterusnya? okey itu adalah sinopsis drama Korea Voice 4. Aku suka Lee Kyu Hyung dalam drama ini, lakonannya memang sentiasa terbaik gitu.
Tonton Online Drama Korea Voice 4 Full Episode
6 Jan 2022
Bunty Aur Babli 2 Movie Lakonan Rani Mukerji dan Saif Ali Khan (2021)
Sinopsis Movie Bunty Aur Babli 2 Lakonan Rani Mukerji dan Saif Ali Khan (2021)
28 Nov 2021
Review Filem Housefull 3 (Bollywood Movie)
Sandy, Teddy dan Bunty mendekati Ganga, Jamuna dan Saraswati disebabkan duit, mereka inginkan harta girlfriend mereka itu. Apa pun dalam banyak - banyak watak dalam filem ini, aku paling suka dengan watak Akshay Kumar iaitu sebagai Sandy dan Sundi. Akshay Kumar membawakan 2 watak dalam filem ini, satu watak sebagai Sandy, dimana Sandy ini mengalami satu penyakit psikologi yang dikenali sebagai DID ( Dissociative Identity Disorder). Setiap kali Sandy mendengar perkataan "Indian", Sandy akan berubah menjadi Sundi dan setiap kali personaliti Sundi ini muncul, akan timbullah huru hara dalam hidup Sandy. Sundi akan menjadi penghalang segala impian Sandy, dia juga yang akan membocorkan rahsia, dan melakukan pelbagai perkara lain. Apa pun memang terhibur setiap kali tengok watak Sundi ini. Ada satu scene yang kelakar bila Sundi ingin memberitahu tentang penipuan Sandy kepada bakal bapa mertuanya iaitu Batook Patel, Teddy dan Bunty cuba menghalangnya namun tidak berjaya, Akhirnya segala rahsia mereka bertiga terbongkar, namun mereka terselamat, apabila mereka telah tersalah sangka, kerana telah menganggap patung lilin Batook Patel itu adalah orang yang sebenar. Memang lawak betul scene tersebut, sebab aku sendiri tidak menyangka yang benda itu adalah patung dan bukan manusia sebenar.

















