6 Apr 2023

Telefilem Saat Hilang Cintamu (TV3)



Telefilem Saat Hilangnya Cintamu TV3, Telemovie Saat Hilangnya Cintamu TV3, Sinopsis Telefilem Saat Hilangnya Cintamu TV3, Telefilem Saat Hilangnya Cintamu Lakonan Zamarul Hisham dan Rita Nadira, Zamarul Hisham Movie, Rita Nadira Movie, Cerekarama Saat Hilangnya Cintamu TV3, Berdasarkan Kisah Benar,
Telefilem Saat Hilang Cintamu Lakonan Zamarul Hisham dan Rita Nadira (TV3)

Telefilem Saat Hilang Cintamu telah pun disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 25 Mac 2023 yang lalu. Antara pelakon telefilem Saat Hilang Cintamu ini adalah Zamarul Hisham, Rita Nadira, Malek Mccrone, Kash Haiqal, Dania Miazara, Fendi London, Abbas Mahmood dan ramai lagi. Telemovie Saat Hilang Cintamu ni memang viral dan trending di media sosial disebabkan jalan ceritanya yang menarik, sedih dan tragis. Aku dah tengok telefilem ini, memang jalan ceritanya sedih, kisah tentang kesetiaan seorang suami apabila si isteri dah berubah hati. Lakonan Zamarul Hisham memang mantaplah kan, plus lakonan Rita Nadira dan yang lain - lain juga best - best belaka. Apa pun aku memang terbaiklah telefilem ini, plus lebih menarik bila telefilem ini turut dihiasi dengan lagu - lagu nyanyian Allahyarham Siti Sarah dengan lagu Kesetiaan, lagu Saat Hilang Cintamu dan lain - lain lagi. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah okey..





Sinopsis Telefilem Saat Hilang Cintamu Lakonan Zamarul Hisham dan Rita Nadira (TV3)

Mengisahkan tentang kisah cinta Razil lakonan Zamarul Hisyam dan juga Salina lakonan Rita Nadira. Walaupun jarak usia mereka agak jauh, namun mereka sangat bahagia dan dikurniakan 2 orang anak. Kehidupan mereka mula berubah bila Razil mengizinkan Salina bekerja, pada awalnya semuanya okey, namun Salina mula malu dan terpengaruh dengan kata - kata rakan sekerjanya tentang penampilan suami Salina yang selekeh. Keadaan diburukkan lagi apabila Salina bercinta dengan orang atasannya, sejak itu Salina mula berubah dan tidak menghormati suaminya lagi. Razil masih bersabar dengan sikap Salina, namun ketika Salina ditangkap berkhalwat dengan Hadi, hati Razil hancur namun masih mampu memaafkan Salina. Walaubagaimanapun Salina nekad meminta cerai daripada Razil dan akhirnya berkahwin dengan Hadi. Sebelum menceraikan Salina, Razil memberikan syarat pada Salina dan Hadi, dimana Hadi dan Salina harus terus tinggal di rumah itu bersama anak - anaknya. 

Manakala Razil akan mendirikan sebuah pondok kecil di rumah berkenaan untuk tinggal dekat dengan anak - anaknya. Ketika sedang sarat mengandung, Salina mendapat tahu satu kebenaran yang menyakitkan daripada Hadi. Salina kecewa dengan sikap Hadi, lalu berlari keluar dan Hadi mengejarnya, akhirnya Salina dan Hadi kemalangan. Hadi kemudiannya meninggal dunia dan Salina terlantar sakit dan tidak dapat bergerak, Razil yang banyak membantu menjaga Salina. Akhirnya ibu Salina meminta Hadi untuk berkahwin semula dengan Salina. Ketika hari pernikahan mereka, selepas Razil melafazkan akad, Salina terus meninggal dunia. Razil kemudiannya tetap setia dengan Salina dan tidak berkahwin lain dan sering melawat kubur Salina. 

Jom BaCa Ini Juga 👉👉 Info dan Sinopsis Filem Talbis Iblis (2022)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post