28 Jul 2022

Review Drama Korea Voice 4



Voice 4, Voice Season 4, Korean Drama Voice 4, Drama Korea Voice 4, Review Drama Korea Voice 4, Sinopsis Drama Korea Voice 4, Drama Korea Voice 4 Full Episode, Voice 4 Cast, Lee Hana, Song Seung Heon, Poster Drama Korea Voice 4, Korean Drama Voice Season 5, Korean Drama Voice 5,

Review Drama Korea Voice 4 Lakonan Lee Hana dan Song Seung Heon

Baru - baru ini aku dah habis menonton Korean Drama Voice Season 4 atau Voice 4. Tak lama lagi akan ada Voice 5 pula dan mungkin ianya adalah musim terakhir. Lepas menonton Voice 3 dulu, aku agak geram dan sedih lepas menonton episod akhirnya sebab Do Kang Woo mati. Aku suka betul tengok Lee Jin Wook pegang watak Do Kang Woo ni, bila wataknya mati sedih gila pulak..Baiklah berbalik pada Voice 4 ni semestinya watak heronya bertukar kan, kali ini pelakon Song Seung Heon telah join the team dan memegang watak sebagai Derek Cho / Cho Seung Ho. Kemungkinan besar dia juga akan ada dalam Voice 5 nanti. Manakala watak - watak lain masih kekal sama seperti Lee Hana yang memegang watak sebagai Kang Kwon Joo, Son Eun Seo, Kim Joong Ki, dan ramai lagi. Lebih menarik bila pelakon Baek Sung Hyun yang memegang watak sebagai Shim Dae Sik di Voice season 1 kembali di Voice season 4 ini. Untuk musim kali ini, pelakon versatil Lee Kyu Hyung turut memegang watak penting dalam drama ini. Okey itu antara barisan pelakon drama Korea Voice 4 ini. 

Voice 4, Voice Season 4, Korean Drama Voice 4, Drama Korea Voice 4, Review Drama Korea Voice 4, Sinopsis Drama Korea Voice 4, Drama Korea Voice 4 Full Episode, Voice 4 Cast, Lee Hana, Song Seung Heon, Poster Drama Korea Voice 4, Korean Drama Voice Season 5, Korean Drama Voice 5,
Selain itu drama ini mempunyai 14 episod dan mula disiarkan di channel TVN bermula 18 Jun 2021 dan tamat episodnya pada 31 Julai 2021. Antara yang menarik dalam Voice 4 ini bila pelakon utama drama ini iaitu Lee Hana dan Song Seung Heun nampak serasi gitu. Manakala watak jahat dalam drama ini mempunyai penyakit "Dissociative identity disorder (DID disorder)", yang mana dia mempunyai 4 personaliti lain, jadi korang bayangkanlah macam mana nak menangkap watak jahat yang mempunyai penyakit sebegini kan. Manakala Kwon Yool yang memegang watak jahat Bang Je Soo dalam Voice season 2 turut muncul di episod akhir drama Voice 4 ini. Agak misterilah kat sini kan, bila Bang Je Soo ni tak mati - mati lagi dan masih hidup. Sebagai penonton aku nak tahu jugalah apa sebenarnya yang terjadi pada Bang Je Soo ini. Malah ending drama Voice 4 ini juga tergantung bila Kang Kwon Joo membuat satu keputusan drastik yang mengejutkan semua orang. Kiranya dalam Voice 5 ni mesti diorang akan fokus pada kisah asal usul mengenai anugerah yang dimiliki oleh Kang Kwon Joo ini iaitu pendengarannya. 

Voice 4, Voice Season 4, Korean Drama Voice 4, Drama Korea Voice 4, Review Drama Korea Voice 4, Sinopsis Drama Korea Voice 4, Drama Korea Voice 4 Full Episode, Voice 4 Cast, Lee Hana, Song Seung Heon, Poster Drama Korea Voice 4, Korean Drama Voice Season 5, Korean Drama Voice 5,
Walaubagaimanapun kalau nak banding drama ini dengan musim - musim yang terdahulu, ternyata Voice 4 agak kurang mantap. Plot utama Voice 4 masih menarik cuma yang tak best tentang kes - kes yang Golden Time Team siasat tu. Agak boring kes - kes yang diorang dapat contohnya kes penculikan di hutan, Woomi-ri Hanyeo Assault Case, Knife Stabbing Case dan Student Kidnapping Case. Bagi aku kes - kes yang diorang dapat kurang menarik tapi stil ada pengajarannya kan. Voice 4 ini mengisahkan tentang Kang Kwon Joo yang mengalami trauma (PTSD) selepas kematian partnernya Do Kang Woo. Dalam masa yang sama berlakunya pembunuhan bersiri yang mana pembunuhnya mempunyai pendengaran yang baik, sama seperti Kang Kwon Joo. Malah pembunuh terbabit turut menyamar seperti Kang Kwon Joo dan membuatkan pihak polis keliru. Pembunuh tersebut turut membunuh adik perempuan Detektif Derek Cho / Cho Seung Ho yang juga seorang polis tapi berkhidmat di luar negara. 

Voice 4, Voice Season 4, Korean Drama Voice 4, Drama Korea Voice 4, Review Drama Korea Voice 4, Sinopsis Drama Korea Voice 4, Drama Korea Voice 4 Full Episode, Voice 4 Cast, Lee Hana, Song Seung Heon, Poster Drama Korea Voice 4, Korean Drama Voice Season 5, Korean Drama Voice 5,
Mengetahui yang pembunuh adiknya itu menyamar sebagai Kang Kwon Joo, dia akhirnya bersetuju untuk join Golden Time Team buat sementara waktu sehingga pembunuh itu ditangkap. Kang Kwon Joo, Derek Cho dan semua Golden Time Team yang lain telah ke Vimo Island selepas mengetahui pembunuh bersiri tu telah lari ke situ. Setelah menjejaki pembunuh berkenaan, mereka telah mempunyai suspek utama iaitu Dong Bang Min lakonan Lee Kyu Hyung. Namun masalah utama yang mereka hadapi bila suspek utama iaitu Dong Bang Min mempunyai "Dissociative identity disorder (DID disorder)". Kelihatan Dong Bang Min sendiri tidak sedar yang dirinya mempunyai masalah Personaliti Berganda dan membuatkan semuanya menjadi semakin sukar untuk menangkapnya. Hal ini bertambah rumit dengan campurtangan datuknya iaitu Dong Bang Heon Yup yang merupakan pemimpin yang dihormati dan berpengaruh di Vimo Island. Apa yang berlaku seterusnya? okey itu adalah sinopsis drama Korea Voice 4. Aku suka Lee Kyu Hyung dalam drama ini, lakonannya memang sentiasa terbaik gitu.

Voice 4, Voice Season 4, Korean Drama Voice 4, Drama Korea Voice 4, Review Drama Korea Voice 4, Sinopsis Drama Korea Voice 4, Drama Korea Voice 4 Full Episode, Voice 4 Cast, Lee Hana, Song Seung Heon, Poster Drama Korea Voice 4, Korean Drama Voice Season 5, Korean Drama Voice 5,
Ending Korean Drama Voice 4 ini memang tergantung sebab ianya akan bersambung ke musim kelima. Kang Kwon Joo nak tahu perkara sebenar mengenai kebolehannya itu, jadi dia decide menghilangkan diri. So misteri kehilangan Kang Kwon Joo akan terjawab di Voice Season 5 nanti. Kesimpulannya jalan cerita Voice 4 ni okey juga tapi tak sebagus musim - musim sebelumnya. So aku bagi 7/10 Bintang untuk drama ini.




Tonton Online Drama Korea Voice 4 Full Episode
Korang juga boleh menonton drama ini secara online di 👉 VIU Malaysia



👉👉 Drama Ratu Ten Pin 2 Shalin Episod 1 Hingga 20 Astro Ria

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post