19 Jul 2022

Sinopsis Drama Nenda Slot Sakura (TV3)



Drama Nenda, Drama Nenda Full Episode, Drama Nenda TV3, Drama Nenda Episod 1 Hingga 20, Drama Slot Sakura TV3, Sinopsis Drama Nenda TV3, Poster Drama Nenda, Drama Nenda Cast, Pelakon - Pelakon Drama Nenda, Fauziah Nawi, Nabil Aqil, Camelia Natasya, Didie Alias, Shaharuddin Thamby, Rosli Rahman Adam, Mandy Chong, Kuna Muzani, Ani Maiyuni, Erry Putra,
Info dan Sinopsis Drama Nenda Slot Sakura TV3

Drama Nenda adalah drama terbaru di slot Sakura TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama Filipina To Have & To Hold yang telah tamat episodnya. Drama Nenda ini sudah mula bersiaran di tv3 sejak 12 Julai 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang. Antara pelakon drama Nenda ini adalah Fauziah Nawi, Nabil Aqil, Camelia Natasya, Didie Alias, Shaharuddin Thamby, Rosli Rahman Adam, Mandy Chong, Kuna Muzani, Ani Maiyuni, Erry Putra dan ramai lagi. Selain itu drama Nenda ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Harris Fadzillah serta diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini,wah ada ramai pelakon hebat dalam drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Nenda ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Nenda

Fauziah Nawi sebagai Hajah Aminah (Nenda)
Kuna Muzani sebagai Mek Wan / Wan Intan
Didie Alias sebagai Tok Ma / Hajah Maisara 
Mandy Chong sebagai Popo / Ah Cheng
Rosli Rahman Adam sebagai Haji Hadari
Nabil Aqil sebagai Raz
Camelia Natasya sebagai Qaisara
Shaharuddin Thamby sebagai Pak Andak
Erry Putra sebagai Bestie 
Zazly Baginda sebagai Rahim
Naim Shamshol sebagai Leman
Izuan Razali sebagai Jali
Suky San sebagai Pak Mail
Nizam Kama sebagai Meon
Elly Suhaili sebagai Kak Rogayah
Ani Maiyuni sebagai Kak Yem




Sinopsis Drama Nenda Slot Sakura TV3

Mengisahkan tentang Hajah Aminah, Hajah Maisarah, Hajah Intan dan Ah Cheng yang pernah berkawan baik kini bertemu semula di kampung halaman mereka setelah bertahun terpisah. Haji Hadari yang merupakan ketua kampung disitu datang mengadu pada Hajah Aminah tentang orang kampung yang sudah tidak menghormati dirinya kerana sudah termakan hasutan Andak serta masalah perebutan jawatan di masjid. Hajah Aminah tidak boleh berdiam diri lalu mengumpulkan rakan - rakannya untuk menyelesaikan setiap masalah yang berlaku di kampung mereka. Jadi apa yang berlaku seterusnya? dapatkah Hajah Aminah dan kawan - kawannya itu menyelesaikan semua masalah dengan jayanya?..

Lagu Tema / OST Drama Nenda

👄👄 Perhatian nyanyian Aida Bahaman



1 ulasan:

  1. pelakon baru semua tak kenal...tapi pelakon veteran dia semua lejen

    BalasPadam



My Random Post