18 Jul 2022

Drama Jodohku Babysitter Episod 1 Hingga 20 Di Slot MegaDrama Astro Ria



Drama Jodohku Babysitter, Drama Adaptasi Novel, Novel Jodohku Babysitter, Poster Drama Jodohku Babysitter, Drama Jodohku Babysitter Full Episode, Drama Jodohku Babysitter Episod 1 hingga 20, Info dan Sinopsis Drama Jodohku Babysitter, Jodohku Babysitter Cast, Drama Baru Aliff Aziz, Drama Baru Intan Najuwa, Drama Baru Yuna Rahim, Pelakon Drama Jodohku Babysitter, Aliff Aziz, Intan Najuwa, Yuna Rahim, Ellyas Abdullah, Natasha Elyzza, Sharifah Shahora, Drama Slot MegaDrama Astro Ria,

Drama Jodohku Babysitter adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang disiarkan bermula 6 Julai 2022, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Setelah Terlafaznya Akad 2 lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Jodohku Babysitter ini adalah Aliff Aziz, Intan Najuwa, Yuna Rahim, Ellyas Abdullah, Natasha Elyzza, Sharifah Shahora, Natasha Nazira, Isaac Iman, Nina Juren dan ramai lagi. Drama ini adalah adaptasi daripada Novel Jodohku Babysitter karya Nureen Ahmad dan mempunyai 20 episod. Selain itu drama ini diarahkan oleh Hadith Omar dan diterbitkan oleh Juita Viden Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Jodohku Babysitter ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Barisan Pelakon Drama Jodohku Babysitter

Aliff Aziz sebagai Adam Farhan
Intan Najuwa sebagai Adelia Faranisa
Yuna Rahim sebagai Atikah
Ellyas Abdullah sebagai Amri
Aleza Shadan sebagai Puan Sri Kirana
Isaac Iman sebagai Adib
Natasha Nazira sebagai Airisya




Sinopsis Drama Jodohku Babysitter Lakonan Aliff Aziz dan Intan Najuwa Di Slot MegaDrama Astro Ria

Mengisahkan tentang Adam duda anak tiga setelah bercerai dengan bekas isterinya, Ika yang curang dengan kawan baik Adam iaitu Amri. Sedih dan sakit hati dengan bekas isterinya, Adam bercadang tidak jatuh cinta lagi dengan perempuan lain tetapi kehadiran Adel yang menjadi pengasuh kepada anak-anaknya telah merawat luka dihati Adam dan anak-anaknya. 
Cinta pandang pertama? Karut!
Bagi Adam untuk jatuh cinta buat kali kedua itu sangat mustahil. Namun, tak siapa menduga, Adam akan terpaut hati pada babysitter anak-anaknya sendiri. Babysitter tomboy pula tu. Limited edition!
"Walaweh, ni rumah ke zoo?" - Adel
"What? Zoo? Amboi baru mula kerja dah nak membawang?" - Adam
Adel benci bila sering dibuli oleh Adam. Hendak melawan lebih-lebih, bimbang dipecat pula. Penat sudah untuk dia bertukar ganti kerja. Akhirnya, Adel terpaksa merelakan saja sikap sewel Adam itu.
"Garangnya bibik. awak tertelan sarang terbuan ke apa ni? Marah sangat." - Adam
"Encik ni memanglah, wayar putus." - Adel
Kuasa Allah tiada siapa dapat menyangkal. Daripada perasaan benci, kini perasaan itu berbalik menjadi cinta. Dalam mereka menghintung hari untuk disatukan, Adel mula curiga dengan perubahan Adam. Namun, Adam pantas memujuk. Membuatkan hati Adel kembali sejuk. Mahligai yang terbina, awalnya sangat membahagiakan. Sehinggalah 'satu rahsia' yang menjadi tanda tanya dan titik permulaan curiga Adel terhadap Adam.
Drama Jodohku Babysitter, Drama Adaptasi Novel, Novel Jodohku Babysitter, Poster Drama Jodohku Babysitter, Drama Jodohku Babysitter Full Episode, Drama Jodohku Babysitter Episod 1 hingga 20, Info dan Sinopsis Drama Jodohku Babysitter, Jodohku Babysitter Cast, Drama Baru Aliff Aziz, Drama Baru Intan Najuwa, Drama Baru Yuna Rahim, Pelakon Drama Jodohku Babysitter, Aliff Aziz, Intan Najuwa, Yuna Rahim, Ellyas Abdullah, Natasha Elyzza, Sharifah Shahora, Drama Slot MegaDrama Astro Ria,
Lagu Tema / OST Drama Jodohku Babysitter

👄👄 Tetap Disini nyanyian Bella Astillah dan Aliff Aziz

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Baca Online Novel Jodohku Babysitter


Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post