29 Sep 2022

Drama Takdir Cinta Dhia Episod 1 Hingga 40 Di Astro Prima



Drama Takdir Cinta Dhia, Drama Takdir Cinta Dhia Astro Prima, Drama Slot Tiara Astro Prima, Poster Drama Takdir Cinta Dhia, Sinopsis Drama Takdir Cinta Dhia, Drama Takdir Cinta Dhia Episod 1 Hingga 40, Takdir Cinta Dhia Cast, Drama Takdir Cinta Dhia Full Episode, Pelakon - Pelakon Drama Takdir Cinta Dhia, Elvina Mohamad, Aaron Aziz, Shah Jaszle,

Drama Takdir Cinta Dhia adalah drama terbaru di slot Tiara Astro Prima yang disiarkan bagi menggantikan Drama Cinta Hilang Kata yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Takdir Cinta Dhia ini adalah Dato' Aaron Aziz, Datin Elvina Mohamad, Shah Jaszle, Nada Nur Syuhada, Nazrief Nazri, Khalida Balqis, Faez Nick, Hanis Husna dan ramai lagi. Selain itu drama Takdir Cinta Dhia ini mempunyai 40 episod dan diarahkan oleh Idora Abdul Rahman serta diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading. Nampak menarik kan drama ini, para pelakon pun best - best belaka, plus laku betul Shah Jaszle sekarang ni, drama dia back to back kat Astro Prima ni bermula dengan drama Cinta Hilang Kata diikuti drama ini pula. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Takdir Cinta Dhia ini beserta sinopsisnya sekali okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Takdir Cinta Dhia

  • Dato Aaron Aziz Sebagai Fayyad
  • Datin Elvina Mohamad Sebagai Dhia Zahra
  • Shah Jaszle Sebagai Huzair
  • Nada Nur Syuhada Sebagai Natasha
  • Nazrief Nazri Sebagai Fikri
  • Khalida Balqis Sebagai Nadia
  • Faez Nick Sebagai Nick
  • Hanis Husna Sebagai Dr Intan
  • Daniel Dashuki Sebagai Darwin
  • Eddy Effrimz Sebagai Zack
  • Azri Iskandar Sebagai Ammar
  • Azhar Amir Sebagai Ruzman
  • Anuar Hamid Sebagai Imran
  • Azlina Ismail Sebagai Mak Ara




Sinopsis Drama Takdir Cinta Dhia Lakonan Aaron Aziz, Elvina dan Shah Jaszle (
Astro Prima)

Mengisahkan tentang Dhia yang ditunangkan dengan anak Encik Amran, Huzair yang tidak sabar untuk berjumpa buat pertama kali. Namun dalam perjalanan untuk bertemunya, mereka ditimpa kemalangan yang mengakibatkan kematian bapanya dan Encik Amran. Dhia tidak sempat untuk berjumpa dengan Huzair dan dibawa pulang ke rumah abang iparnya, Fayyad yang ingin mengambil hak penjagaan Dhia. Tanpa pengetahuan sesiapa pun, Fayyad merupakan seorang ketua kumpulan samseng yang sudah lama membenci keluarga Dhia walaupun adiknya sendiri, Tasha telah berkahwin dengan Fikri, abang sulung kepada Dhia. Tasha juga mempunyai perasaan dengki terhadap Dhia dan sering membuat kehidupannya yang kini sudah menjadi sebatang kara lebih sukar. Huzair pula pulang dari Eropah hanya untuk berdepan dengan berita tragik tentang bapanya. Dia mengambil keputusan untuk terus menetap di Malaysia dan mencari gadis yang ditunangkan dengannya. Pencariannya dikesan oleh Tasha yang terus berkomplot untuk mengahwinkan adiknya, Nadia kepada Huzair. Keadaan bertambah rumit apabila Fayyad sendiri telah jatuh cinta pada Dhia. Takdir menemukan Dhia, Fayyad dan Huzair namun hanya dua antara mereka yang bakal bahagia dan layak menemukan cinta.

Lagu Tema / Lagu Sisispan/ OST Drama Takdir Cinta Dhia

👄 Cinta Pasti Bersatu nyanyian Margosa feat Aepul Roza
👄 Angkara nyanyian Siti Nordiana
👄 Bagaimana nyanyian Muna Shahirah ft Zack Zakwan
👄 Cinta Tak Bertepi nyanyian Sufian Suhaimi
👄 Cinta Khayalan nyanyian Wany Hasrita
👄 Sepi nyanyian Aina Abdul
👄 Nadi nyanyian Rahmat Damansari
👄 Nafas Cinta nyanyian Khai Bahar ft Aina Abdul
👄 Perit nyanyian Aliff Iskandar
👄 Sekali Lagi nyanyian Siti Nordiana dan Nubhan

Tonton Drama Takdir Cinta Dhia Full Episode 

Selain disiarkan secara eksklusif di slot Tiara melalui saluran Astro Prima, drama ini juga boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.


👉👉 Ending Drama Takdir Cinta Dhia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post