15 Sep 2022

Drama Sekali Lagi Cinta Kembali Di Slot Akasia TV3



Drama Sekali Lagi Cinta Kembali, Drama Slot Akasia TV3, Sinopsis Drama Sekali Lagi Cinta Kembali, Poster Drama Sekali Lagi Cinta Kembali TV3, Sekali Lagi Cinta Kembali Cast, Drama Sekali Lagi Cinta Kembali Full Episode, Drama Sekali Lagi Cinta Kembali Episod 1 Hingga 28, Pelakon - Pelakon Drama Sekali Lagi Cinta Kembali, Aniq Suhair, Siti Khadijah, Zaki Azeman, Syamim Farid, Ellyas Abdullah,

Drama Sekali Lagi Cinta Kembali adalah drama terbaru di slot Akasia yang mula disiarkan pada 13 September 2022, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Ku Punya Hati lakonan Nabil Aqil dan Sharifah Rose yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Sekali Lagi Cinta Kembali ini adalah Aniq Suhair, Siti Khadijah, Zaki Azeman, Syamim Farid, Izzendra, Fazlina Ahmad Daud, Kismah Johar, Nina KSC, Shatirah Amanda, Ellyas Abdullah, Siti Hariesa, Kuza, Raja Azmi dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 28 episod dan merupakan adaptasi daripada Novel Sekali Lagi Cinta Kembali karya Anna Milia. Selain itu drama ini diarahkan oleh Riza Baharudin dan diterbitkan oleh A. Aida Production Sdn Bhd. Tak silap aku drama ni kontroversi juga sebab pelakon asal drama ini menarik diri iaitu Amelia Henderson dan Idris Khan, sekarang ni digantikan dengan Aniq Suhair dan Siti Khadijah. Apa pun nampak macam best dan menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Sekali Lagi Cinta Kembali beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Siti Khadijah Halim sebagai Aira
Aniq Suhair sebagai Hayyat
Zaki Azeman sebagai Zafran
Fazlina Ahmad Daud sebagai Aida
Kismah Johar sebagai Neksom
Syamim Farid sebagai Heliza
Nina KSC sebagai Tasha
Shatirah Amanda sebagai Hana
Ellyas Abdullah sebagai Imran
Siti Hariesa sebagai Amirah
Kuza sebagai Rozita
Raja Azmi sebagai Badariah
Izzendra sebagai Amberlyn




Sinopsis Drama Sekali Lagi Cinta Kembali Lakonan Aniq Suhair dan Siti Khadijah - Slot Akasia TV3

Mengisahkan tentang kehidupan Aira yang membawa diri setelah Imran berkahwin dengan adiknya, Hana dan bekerja di sebuah pusat terapi. Kerana kesilapan yang dilakukan ketika bekerja tersebut, Aira terpaksa berhenti dan menjadi pengasuh Syafi dan membetulkan kembali keadaan dengan menyatukan semula keluarga Zafran. Dari situ juga, Aira bertemu dengan Hayyat, abang kepada Zafran yang sering kali cuba untuk mencari gaduh dengannya. Dari benci bertukar cinta, dalam diam Hayyat jatuh cinta kepada Aira. Kisah silam Hayyat terbongkar. Jika Imran digelar spesies virus, Hayyat pula ibarat bom atom. Boleh membunuh Aira bila-bila masa sahaja. Namun, Aira hanya mempunyai dua pilihan. Pilih si virus yang kini bergelar duda atau menerima bom atom. Aira perlu cari jalan keluar daripada permainan yang dia sendiri cipta.

Lagu Tema / OST Drama Sekali Lagi Cinta Kembali

💚💚 Ku Cuba nyanyian Hariz Fayahet

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Episod Akhir dan Ending Drama Biarkan Ia Pergi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post