25 Sep 2022

Telefilem Rezeki Tanpa Alamat (TV3)



Telefilem Rezeki Tanpa Alamat TV3, Telemovie Rezeki Tanpa Alamat TV3, Sinopsis Telefilem Rezeki Tanpa Alamat, Telemovie Rezeki Tanpa Alamat Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Rezeki Tanpa Alamat, Azrel Ismail, Jasmin Hamid, Ahmad Iswazir Ismail, Aman Graseka, Eizlan Yusof,
Info dan Sinopsis Telefilem Rezeki Tanpa Alamat (TV3)

Telefilem Rezeki Tanpa Alamat dah pernah disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada tahun 2018 yang lalu dan kini akan diulang siar semula pada Ahad ini, 25 September 2022, jam 10.30 malam. Antara pelakon telefilem Rezeki Tanpa Alamat ini adalah Azrel Ismail, Jasmin Hamid, Ahmad Iswazir Ismail, Aman Graseka, Eizlan Yusof dan ramai lagi. Selain itu telemovie Rezeki Tanpa Alamat ini diarahkan oleh Ahmad Idham dan diterbitkan oleh Enuja Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, siapa kat sini dah pernah tonton telefilem ini dulu?. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie Rezeki Tanpa Alamat di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Rezeki Tanpa Alamat (TV3)

Selepas kematian ayah, Sharul hanya inginkan sebuah songkok peninggalan ayahnya daripada ibu tirinya. Sharul tidak lepas dari memakai songkok tersebut ke mana sahaja dia pergi walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cercaan. Demi sebuah masa depan Sharul nekad berhijrah dengan ditemani songkok tersebut. Takdir telah ketemukan Sharul dengan seorang lelaki yang bersedekah dengan meletakan makanan dan minuman untuk sesiapa sahaja yang memerlukan (Rezeki Tanpa Alamat). Tanpa disangka celahan dalam songkok telah merungkai siapa lelaki tersebut. Apa yang berlaku seterusnya?..


2 ulasan:

  1. Nampaknya sangat menyenangkan film tanpa alamat ini. Jadi penasaran pengen nonton

    BalasPadam



My Random Post