Memaparkan catatan dengan label Azrel Ismail. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Azrel Ismail. Papar semua catatan

8 Dis 2022

Drama Terima Kasih Cinta Episod 1 Hingga 20 Di Slot Akasia TV3




Drama Terima Kasih Cinta adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan Drama Wanita Milik Tuan Putra lakonan Hisyam Hamid dan Intan Najuwa yang telah tamat episodnya. Drama ini sudah mula bersiaran di TV3 sejak 30 November 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Selain itu drama ini adalah adaptasi daripada novel Terima Kasih Cinta karya Aisya Sofea. Antara pelakon drama Terima Kasih Cinta ini adalah Amar Baharin, Anna Jobling, Azrel Ismail, Rita Nadira, Wan Sharmila, Aida Khalida, Maryam Annisa, Kiky Hannah, Noniswara, Syafnida Shuhaimi, Faez Malek, Azhar Amir, Aleza Shadan, Laila Nasir, Shah Rezza dan ramai lagi. Selain itu drama Terima Kasih Cinta ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Azri Izhar serta diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, para pelakon pun best - best belaka, jadi jom tengok watak - watak pelakon drama Terima Kasih Cinta di bawah ini beserta sinopsisnya sekali okey.

Watak dan Barisan Pelakon Drama Terima Kasih Cinta

Amar Baharin sebagai Dr Harris
Anna Jobling sebagai Wan Raihana
Rita Nadira sebagai Dr Nora
Azrel Ismail sebagai Razman
Aida Khalida sebagai Ummi
Maryam Annisa sebgai Lea
Kiky Hannah sebagai Yaya
Noniswara sebagai Tokma
Azhar Amir sebagai Tokpa
Faez Malek sebagai Dr Adam




Sinopsis Drama Terima Kasih Cinta Lakonan Amar Baharin dan Anna Jobling - Slot Akasia TV3

Pertemuan antara Raihana dan dua anak Harris yang masih kecil, Yaya dan kakaknya Lea, membawa kepada perselisihan dan pertengkaran antara Raihana dan Harris. Dengan desakan bahawa dia tidak memerlukan bantuan Raihana dalam menjaga anak-anaknya, Harris menunjukkan kesombongan dan keangkuhannya. Harris (Amar Baharin) merupakan seorang doktor pakar di sebuah hospital swasta. Dia juga adalah seorang bapa tunggal yang mempunyai dua orang anak iaitu Yaya dan Lea. Harris baru sahaja berpindah ke kondominium yang lebih berdekatan dengan tempat kerjanya supaya senang dia berulang alik. Yaya dan Lea masih kecil belum pandai untuk berdikari. Mereka masih mengharapkan belas kasihan seorang ibu. Saat itulah Harris datang melamar mahu memperisterikan Raihana (Anna Jobling) demi anak-anaknya yang sudah menganggap Raihana sebagai ibu mereka. Namun Harris bukan lelaki idaman Raihana. Biarpun sudah menginjak usia, tapi dia belum terdesak untuk menamatkan zaman bujangnya. Mampukah kebahagiaan jadi milik Raihana jika kasih sayang hanya datang dari Yaya dan Lea sahaja? Cinta bukan segalanya tetapi ia penting dalam membina rumah tangga bahagia. Apakah cinta mampu dimilikinya jika cinta lelaki itu hanya pada arwah isterinya? Atau adakah Raihana sekadar pengasuh dan penjaga kedua-dua orang anaknya?
Drama Terima Kasih Cinta, Drama Terima Kasih Cinta Slot AkasiaTV3, Drama Slot Akasia TV3, Sinopsis Drama Terima Kasih Cinta TV3, Drama Terima Kasih Cinta Full Episode, Drama Terima Kasih Cinta Episod 1 Hingga 20, Pelakon - Pelakon Drama Terima Kasih Cinta, Terima Kasih Cinta Cast, Amar Baharin, Anna Jobling, Azrel Ismail, Rita Nadira, New Drama Anna Jobling, Novel Terima Kasih Cinta Karya Aisya Sofea, Drama Adaptasi Novel, OST Drama Terima Kasih Cinta, Poster Drama Terima Kasih Cinta,

Lagu Tema / OST Drama Terima Kasih Cinta

👄👄 Jangan Lepas Tanganku nyanyian Sufi Rashid


Read More

25 Sep 2022

Telefilem Rezeki Tanpa Alamat (TV3)



Telefilem Rezeki Tanpa Alamat TV3, Telemovie Rezeki Tanpa Alamat TV3, Sinopsis Telefilem Rezeki Tanpa Alamat, Telemovie Rezeki Tanpa Alamat Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Rezeki Tanpa Alamat, Azrel Ismail, Jasmin Hamid, Ahmad Iswazir Ismail, Aman Graseka, Eizlan Yusof,
Info dan Sinopsis Telefilem Rezeki Tanpa Alamat (TV3)

Telefilem Rezeki Tanpa Alamat dah pernah disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada tahun 2018 yang lalu dan kini akan diulang siar semula pada Ahad ini, 25 September 2022, jam 10.30 malam. Antara pelakon telefilem Rezeki Tanpa Alamat ini adalah Azrel Ismail, Jasmin Hamid, Ahmad Iswazir Ismail, Aman Graseka, Eizlan Yusof dan ramai lagi. Selain itu telemovie Rezeki Tanpa Alamat ini diarahkan oleh Ahmad Idham dan diterbitkan oleh Enuja Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, siapa kat sini dah pernah tonton telefilem ini dulu?. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie Rezeki Tanpa Alamat di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Rezeki Tanpa Alamat (TV3)

Selepas kematian ayah, Sharul hanya inginkan sebuah songkok peninggalan ayahnya daripada ibu tirinya. Sharul tidak lepas dari memakai songkok tersebut ke mana sahaja dia pergi walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cercaan. Demi sebuah masa depan Sharul nekad berhijrah dengan ditemani songkok tersebut. Takdir telah ketemukan Sharul dengan seorang lelaki yang bersedekah dengan meletakan makanan dan minuman untuk sesiapa sahaja yang memerlukan (Rezeki Tanpa Alamat). Tanpa disangka celahan dalam songkok telah merungkai siapa lelaki tersebut. Apa yang berlaku seterusnya?..


👉👉 Review Drama Korea The Red Sleeve

Read More

2 Ogo 2022

Telefilem Bukan Khadijah (TV1)



Telefilem Bukan Khadijah TV1, Telefilem Bukan Khadijah, Telefilem Slot Panggung RTM, Sinopsis Telefilem Bukan Khadijah, Poster Telefilem Bukan Khadijah, Telefilem Bukan Khadijah Full Movie, Telemovie Bukan Khadijah Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Bukan Khadijah, Shakilla Khoriri, Azrel Ismail, Laila Nasir, Sahronizam Noor, Esma Daniel, Yuyun Hikmah, Najua Nasir, Juita Johari, Puteri Rafasya, Adriana Qasmia, Shazman Isaac,

Telefilem Bukan Khadijah telah pun disiarkan pada 30 Julai 2022 yang lalu di slot Panggung RTM TV1. Antara pelakon telefilem Bukan Khadijah ini adalah Shakilla Khoriri, Azrel Ismail, Laila Nasir, Sahronizam Noor, Esma Daniel, Yuyun Hikmah, Najua Nasir, Juita Johari, Puteri Rafasya, Adriana Qasmia, Shazman Isaac dan ramai lagi. Selain itu telemovie Bukan Khadijah ini diarahkan oleh Nor Ashikin Zainal dan diterbitkan oleh Unit Drama TV. Siapa yang dah tengok telemovie Bukan Khadijah ni? nampak macam best je kan telemovie ni. Jadi jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Bukan Khadijah Lakonan Shakilla Khoriri dan Azrel Ismail (TV1)

Mengisahkan penghijrahan seorang gadis berpewatakan kasar iaitu Khadijah yang baharu pulih dari Amnesia telah menemukan suatu rahsia tentang suaminya. Apa yang berlaku seterusnya? apakah rahsia itu?..

Lagu Tema / OST Telefilem Bukan Khadijah

👄👄 Asa nyanyiaArtee & Achah Saputra



💞💞 Review Drama Korea Voice 4
Read More

27 Feb 2022

Drama La Luna Episod 1 Hingga 13 Lakonan Zahirah Macwilson (TV2)



Drama La Luna (TV2), Drama Melayu La Luna TV2, Drama La Luna Full Episode, Sinopsis Drama La Luna, Poster Drama La Luna (TV2), La Luna Cast, Drama La Luna Lakonan Zahirah Macwilson (TV2), Pelakon - Pelakon Drama La Luna, Zahirah Macwilson, Azrel Ismail, Nasha Aziz, Elisha Sandha, Drama Baru Zahirah Macwilson, Drama Baru Nasha Aziz,

Drama La Luna mula bersiaran di slot Drama On 2 bermula 13 Februari 2022 yang lalu, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 8 malam. Antara pelakon drama La Luna ini adalah Zahirah Macwilson, Azrel Ismail, Nasha Aziz, Elisha Sandha, Esma Danial, Aaron Al-Fateh, Aida Khalida, Afiq Muiz, Julia Ziegler, Jesse Lim, Steve Yap, Adam Corrie dan ramai lagi. Selain itu drama La Luna siaran TV2 ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Liza Ismail serta diterbitkan oleh Tenview (M) Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, plus barisan pelakon drama ini juga mantap - mantap belaka. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama La Luna beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey, selamat membaca..

Zahirah Macwilson sebagai Luna
Azrel Ismail sebagai Joe
Elisha Sandha sebagai Amelia
Esma Danial sebagai Tan Sri Mustafa
Nasha Aziz sebagai Puan Sri
Jesse Lim sebagai Juan
Ridzuan Hashim sebagai Sunny
Afiq Muiz sebagai Don
Aaron Al-Fateh sebagai Kenji




Sinopsis Drama La Luna Episod 1 Hingga 13 Lakonan Zahirah Macwilson (TV2)

Luna menjadi peguam bela seorang gadis yang menjadi mangsa sindiket. Melalui gadis ini Luna mendapat maklumat berkaitan gerakan sindikit ini dan ketuanya, Juan. Malangnya gadis yang memberi maklumat ini mati dibunuh oleh orang suruhan Juan. Luna rasa bersalah kerana gagal memberi perlindungan dan jaminan keselamatan kepada gadis itu. Luna kemudiannya dipanggil sebagai saksi pendakwa kes perbicaraan Juan, ketua sindiket pemerdagangan manusia dan pelacuran. Juan mengarahkan orang-orangnya mengekori Luna dan mengirim sejambak bunga dengan mesej ugutan kepada Luna. Dalam perjalanan ke pejabat, kereta Luna juga diekori oleh seorang lelaki yang kemudian cuba menembaknya. 

Episod 2 - Dalam pertemuannya dengan Sunny, Don bertanyakan tentang Cuwei. Don tidak menafikan apabila Sunny bertanya samada Kenji yang sebenarnya ingin tahu dimana Cuwei. Sunny menjelaskan yang Cuwei telah dijual kepada sindiket pelacuran di luar negeri. Sementara itu, ibu Emir yang bergegas ke hospital untuk menziarah Emir, menyalahkan Luna dengan tragedi yang menimpa anaknya, Emir. Ibu Emir juga melepaskan perasaan marahnya dengan memutuskan pertunangan anaknya dengan Luna. Luna meminta maaf tetapi dihalau oleh ibu Emir. Kenji yang mengekori Don akhirnya tahu di mana Sunny tinggal. Kenji memecah masuk rumah Sunny sebelum memukul dan mencederakannya Sunny kerana dia enggan memberitahu di mana ibunya, Cuwei. Sunny cedera parah dan tidak sedarkan diri. 

Episod 3 - Pasukan Polis tiba di rumah Tan Sri Mustafa dan mula menyiasat kes penculikan Amelia dan mereka merakam panggilan telefon dan cuba mengesan lokasi penculik. Pihak Polis meminta gambar rakan-rakan Amelia dan bertanyakan ibu Amelia samada dia mengenalinya. Pihak Polis juga menemui kawan Amelia, Zee yang memberi tahu dia dirogol di Kelab Malam pada malam Amelia diculik. Lee yang tiba di rumah Sunny terkejut mendapati pintu rumah Sunny terbuka. Dia kemudian menemui Sunny terbaring tidak sedarkan diri dengan kesan kecederaan dan lumuran darah di kepala dan dibawa ke hospital.

Episod 4 - Dadah ecstasy yang ditemui dalam bilik tidur Amelia memeranjatkan Luna dan ayahnya. Tan Sri Mustafa mengesyaki Amelia merancang penculikannya. Luna meminta pihak Polis menghentikan siasatan. Wartawan menyerbu rumah Tan Sri dan mengajukan pelbagai soalan tentang Luna yang dikatakan menjadi sasaran tembakan dalam tragedi yang menimpa Emir. Apa yang berlaku seterusnya..



Read More


My Random Post