20 Feb 2022

Drama Ulya & Dini Lakonan Hun Haqeem dan Shaza Bae Di Astro Ria



Drama Ulya & Dini, Poster Drama Ulya & Dini, Drama Ulya & Dini Slot MegaDrama Astro Ria, Drama Astro Ria 2022, Info dan Sinopsis Drama Ulya & Dini, Sinopsis Penuh Drama Ulya Dini, Ulya Dini Cast, Drama Ulya & Dini Full Episode, Watak Pelakon Drama Ulya Dini, Pelakon - Pelakon Drama Ulya & Dini, Shaza Bae, Hun Haqeem, Afiq Muiz, Fara Nadiah, Che Kem, Catriona Brian Ross, Noralbaniah, Syazlin Zainal,

Drama Ulya & Dini adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan Drama Bunga Hati lakonan Intan Najuwa dan Redza Rosli yang telah tamat episodnya. Drama ini mula bersiaran di Astro Ria bermula 14 Februari 2022 yang lalu iaitu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Antara pelakon drama Ulya Dini ini adalah Shaza Bae, Hun Haqeem, Afiq Muiz, Fara Nadiah, Che Kem, Catriona Brian Ross, Noralbaniah, Syazlin Zainal dan ramai lagi. Selain itu drama Ulya Dini ini diarahkan oleh Tam Suhaimi dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Macam best je kan drama ini kan, so jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Ulya & Dini ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Shaza Bae sebagai Ulya
Hun Haqeem sebagai Dini
Afiq Muiz sebagai Hamdan
Fara Nadiah sebagai Najwa
Syazlin Zainal sebagai Lin
Catriona Brian Ross sebagai Ummi Yana
Che Kem sebagai Encik Zaim
Noralbaniah sebagai Mak




Sinopsis Penuh Drama Ulya & Dini Lakonan Hun Haqeem dan Shaza Bae Di Slot MegaDrama Astro Ria

Mengisahkan Ulya, yang dulunya berbadan besar dan dibuli terutamanya oleh Lin, anak kepada usahawan kosmetik Umi Yana, dan Dini, abang kepada kawan baiknya, Hamdan. Selepas kematian ayahnya, Ulya menyambung pengajian di Amerika Syarikat. Di situ, hidupnya berubah setelah dia berjaya menurunkan berat badannya dan menjadi influencer gaya hidup dan kesihatan dengan 80,000 pengikut dari seluruh dunia. Pengikut Ulya memujanya tetapi mereka tidak tahu Ulya sebenarnya mempunyai isu kesihatan mental. Dia menghadapi bulimia dan serangan panik yang disangkanya sudah terkawal tetapi sebenarnya tidak. Selepas tamat pengajian Sarjana Muda, Ulya berpeluang menyambung ke peringkat pengajian Siswazah tetapi terpaksa pulang ke Malaysia untuk menolong ibunya jual rumah mereka.

Drama Ulya & Dini, Poster Drama Ulya & Dini, Drama Ulya & Dini Slot MegaDrama Astro Ria, Drama Astro Ria 2022, Info dan Sinopsis Drama Ulya & Dini, Sinopsis Penuh Drama Ulya Dini, Ulya Dini Cast, Drama Ulya & Dini Full Episode, Watak Pelakon Drama Ulya Dini, Pelakon - Pelakon Drama Ulya & Dini, Shaza Bae, Hun Haqeem, Afiq Muiz, Fara Nadiah, Che Kem, Catriona Brian Ross, Noralbaniah, Syazlin Zainal,
Walaupun Ulya berat hati kerana teringatkan ibunya yang kurang memberi perhatian kepada dia dan adiknya, Najwa, Ulya pulang juga ke Malaysia. Di Malaysia, berlaku satu insiden yang mencetuskan serangan panik Ulya selepas pertemuannya dengan Lin yang pernah membulinya dengan teruk yang akhirnya juga mempertemukan Ulya dengan Hamdan dan Dini. Insiden itu juga memberi idea kepada Ulya untuk bantu Hamdan yang dulunya kurus kini sudah gemuk dan kembali ke gaya hidup sihat. Kerana perasaan cemburu, tertekan serta dendam yang terpendam dalam hati masing-masing telah menyebabkan beberapa insiden dan konflik berlaku antara Ulya, Dini, Hamdan, Lin dan Najwa sekaligus merapatkan hubungan Ulya dan Dini.


Lagu Tema / OST Drama Ulya Dini

💋💋 Tiada Noktah nyanyian Chubb-E


Tonton Online Drama Ulya & Dini Full Episode


Drama Ulya & Dini episod 1 hingga 4 boleh ditonton di Youtube Astro Gempak, manakala episod seterusnya boleh ditonton di aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.


Jom Baca Ini Juga ⏩⏩ Drama Cinta Amnesia Lakonan Riena Diana Slot Lestary TV3


👉👉 Drama 3 Nota Cinta Episod 1 Hingga 14 (Akhir) Lakonan Ashraf Muslim dan Sharifah Rose Di Slot Akasia TV3


⏩⏩ Info dan Sinopsis Drama Filipina Legal Wives (TV3)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post