8 Feb 2022

Episod Akhir dan Ending Drama Kau Cipta Kasih (TV3)



Drama Kau Cipta Kasih, Drama Kau Cipta Kasih Full Episode, Poster Drama Kau Cipta Kasih, Info dan Sinopsis Drama Kau Cipta Kasih, Kau Cipta Kasih Cast, Pelakon - Pelakon Drama Kau Cipta Kasih, Drama Baru Nazim Othman, Drama Baru Uyaina Arshad, Drama Melayu 2022, Drama Slot Samarinda TV3,

Drama Kau Cipta Kasih adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam mulai 13 Januari 2022 yang lalu. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Kau Cipta Kasih ini adalah Nazim Othman, Uyaina Arshad, Amanda Amry, Fify Azmi, Nafiz Muaz, Amanda Amry, Sherie Merlis, Sahronizam, Ikhram Juhari, Nynaa Harizal, Izuan Razali dan ramai lagi. Drama Kau Cipta Kasih ini mempunyai 15 episod dan merupakan adaptasi daripada Novel Kau Cipta Kasih karya Azilah Wahab. Selain itu drama ini diarahkan oleh Nazir Jamaludin dan diterbitkan oleh  Ansar Creative Media Sdn Bhd. Wah nampak menarik kan drama ini, barisan pelakon pun best, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Kau Cipta Kasih ini beserta sinopsisnya sekali okey..

Nazim Othman sebagai Afiq
Uyaina Arshad sebagai Khadijah
Fify Azmi sebagai Ramlah
Nafiz Muaz sebagai Idris
Amanda Amry sebagai Hasnah
Sahronizam sebagai Samad
Sherie Merlis sebagai Sabariah
Ikhram Juhari sebagai Haris
Nynaa Harizal sebagai Nelly
Izuan Razali sebagai Rashid




Sinopsis Penuh Drama Kau Cipta Kasih Lakonan Nazim Othman dan Uyaina Arshad - Slot Samarinda TV3

Mengisahkan Samad (Sahronizam) dan Sabariah (Sherie Merlis) yang disatukan atas paksaan keluarga mereka. Perkahwinan paksa ini telah memudaratkan hubungan Sabariah dengan Samad. Sabariah membenci anak-anaknya kerana dia tidak mencintai Samad yang sering mengasarinya. Idris (Nafiz Muaz) dilahirkan dengan kecacatan di kaki. Dia dibenci dan tidak diakui sebagai anak oleh Samad dan Sabariah. Dia dibesarkan oleh Opah Piah dan Atuk Mat setelah dibuang oleh ibu bapa sendiri. Walaupun kaki tempang, Idris diajar berdikari dan bekerja sejak kecil. Dia seorang yang rajin bekerja, taat pada agama dan hormat kepada orang tua. Opah Piah telah menghadiahkan tanah ladang dan tapak rumah pusaka kepadanya. Ramlah (Fify Azmi) seorang yang sangat bijak dan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara atas bantuan Idris. Dia amat menyayangi Khadijah, kakak sulung kepada empat beradik ini yang menjaganya sejak kecil. Ramlah tidak pernah berputus harapan untuk merasa bahagia bersama ibu, ayah serta adik-beradiknya.


Hasnah (Amanda Amry), anak bongsu kepada pasangan Sabariah dan Samad sangat naif dan percaya bahawa Samad menyayanginya. Hasnah juga manja dengan Khadijah dan menganggapnya sebagai ibu. Ketika di Tingkatan 5, Hasnah bercinta dengan rakan sekampungnya dan berkeras mahu berkahwin dengannya selepas SPM walaupun mendapat tentangan daripada Samad. Sabariah pula bersetuju dengan perkahwinan Hasnah kerana sudah tidak mahu menanggung anaknya itu. Khadijah (Uyaina Arshad), anak sulung kepada Samad dan Sabariah sanggup berkorban dengan menggalas tanggungjawab menjaga adik-adiknya ketika usia masih muda. Khadijah sering menjadi mangsa kemarahan ibunya. Akibat satu kejadian, Khadijah telah dihalau keluar oleh ibunya walaupun Khadijah telah memberitahu apa yang sebenarnya telah berlaku. Khadijah melarikan diri dan terjumpa dengan Afiq (Nazim Othman), anak kepada seorang usahawan yang berjaya. Sejak itu, perjalanan hidup Khadijah mula berubah. Adakah Khadijah, Idris, Ramlah dan Hasnah dapat menemui kebahagiaan selepas dihujani dengan pelbagai ujian dan cabaran dalam hidup mereka? 


Lagu Tema / OST Drama Kau Cipta Kasih

👄👄 Pasrah nyanyian Sarah Suhairi 


Sinopsis Novel Kau Cipta Kasih karya Azilah Wahab


Idris - Lelaki yang serba kekurangan. Ketempangannya menjadikan dia sering dihina dan dianggap menyusahkan orang tua. Selayaknya, dia diberi lebih perhatian, tetapi dia makin jauh tersisih dan tersingkir dari kasih sayang ibu dan ayah. 
Khadijah - Sanggup berkorban demi kesenangan adik-adiknya. Kerana itu, ibunya melepaskan tanggungjawab menjaga urusan rumah tangga ke atas bahunya. Dan kerana itu juga, dia menjadi mangsa! Maruah dirinya direnggut sewenang-wenangnya.
Hasnah - Membawa diri jauh ke luar negara berbekalkan kepintaran yang dianugerahkan oleh ALLAH kepadanya. Sungguh dia kecewa dengan kepincangan institusi keluarganya. Impiannya hanya satu. Mahu merasa bahagia bersama ibu, ayah serta adik-beradiknya dan dia berazam untuk meraih impian itu!
Ramlah - Dimanjai ayah lebih daripada adik-beradiknya yang lain. Bangga dengan kelebihan yang diperolehi membuatkan dia alpa dan gagal menilai baik buruk sesuatu. Sehinggalah dia ditinggalkan terkontang-kanting sendiri...
Mereka adalah empat beradik yang ketandusan kasih sayang orang tua. Salah merekakah bila ibu bapa gagal menjalankan tanggungjawab mendidik dan mencorak masa depan anak-anak?

Tonton Online Drama Kau Cipta Kasih Full Episode
Selain di kaca TV korang juga boleh menonton drama ini di platform online Disney + Hotstar



Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post