10 Feb 2022

Drama Suamiku Lelaki Pendosa Lakonan Aaron Aziz (TV3)



Drama Suamiku Lelaki Pendosa, Poster Drama Suamiku Lelaki Pendosa, Drama Suamiku Lelaki Pendosa Slot Samarinda TV3, Drama Slot Samarinda TV3, Baca Online Novel Imamku Lelaki Pendosa, Drama Suamiku Lelaki Pendosa Full Episode, Suamiku Lelaki Pendosa Cast, Sinopsis Drama Suamiku Lelaki Pendosa, Pelakon - Pelakon Drama Suamiku Lelaki Pendosa, Drama Baru Aaron Aziz,

Drama Suamiku Lelaki Pendosa akan mula bersiaran di slot Samarinda TV3 bermula 9/2/2022 bagi menggantikan Drama Kau Cipta Kasih setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Antara pelakon Drama Suamiku Lelaki Pendosa ini adalah Dato Aaron Aziz, Sophia AlBarakbah, Shima Anuar, Fauzi Nawawi, Gambit Saifullah, Aleza Shadan, Maria Farida, Edika Yusof, Hafeez Mikail, Fiza Thomas dan ramai lagi.  Nampak macam best je drama ini kan, selain itu drama 28 episod ini adalah adaptasi daripada Novel Imamku Lelaki Pendosa karya Umie Nadzimah. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Suamiku Lelaki Pendosa ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Aaron Aziz sebagai Dean Ilyas
Sophia AlBarakbah sebagai Cahaya Malaika
Shima Anuar sebagai Anggun Dania
Gambit Saifullah sebagai Izfairin 
Fauzi Nawawi sebagai Firdaus
Maria Farida sebagai Datin Junaidah
Aleza Shadan sebagai Wahidah
Edika Yusof sebagai Dato Seri Afnan
Hafeez Mikail sebagai Hael Idris
Faez Malek sebagai Jerry
Fiza Thomas sebagai Maya
Kael sebagai Nik Safri
Annie Mosha sebagai Balqis




Sinopsis Drama Suamiku Lelaki Pendosa Lakonan Aaron Aziz dan 
Sophia AlBarakbah (Slot Samarinda TV3)

Mengisahkan Dean Ilyas yang tampak sempurna namun cenderung kepada homoseksual iaitu hubungan sesama sejenis. Dean cuba berubah dengan bantuan dan sokongan isterinya Cahaya Malaika. Hidup Cahaya Malaika yang bahagia dan ceria bertukar rentak selepas rahsia identitinya terbongkar. Dia bukan anak kandung Encik Firdaus yang penyayang itu. Lalu pertunangannya dengan Nik Safri diputuskan dan dia dihina sebagai anak tak sah taraf! Apakah dosanya? Kenapa dia yang harus menanggung akibat atas khilaf orang lain? Tiba-tiba ibu Dean Ilyas beriya-iya hendak jadikan Cahaya sebagai menantu. Nak cepat pula tu langsungnya. Malah majlis besar-besaran sudah dirancang Datin Junaidah. Dean Ilyas yang serba sempurna dan miliki segala-galanya. Ikhlas menerima Cahaya seadanya tanpa mempersoal kisah silam dan status, walau diminta untuk nikah mengikut hukum secara rahsia. 

Rupa-rupanya Datin Junaidah ada agendanya. Cahaya yang cantik dan sangat baik itu hanyalah alat untuk menyelamatkan maruah keluarga dan menjaga egonya sahaja. Dengan harapan kehadiran Cahaya akan memisahkan Dean dari ‘Best Friend Forever’nya, Izfairin yang menjadi api dalam sekam. Bila Dean merayu supaya jangan tinggalkannya, maka Cahaya Malaika letakkan syarat. Dia mahu Dean mencintainya sebagai seorang isteri sepenuh hati kerana Allah, bukan berkongsi kasih dengan insan yang tak sepatutnya. Tapi bagaimana dengan Dean? Apakah syarat Cahaya Malaika? Mampukah dia memenuhi permintaan dan syarat-syarat Cahaya? Sedangkan Cahaya telah berkorban seluruh jiwa raga demi mendampingi dan menyokong dirinya yang sering tersasar itu. Apa yang berlaku seterusnya? Mampukah kedua-duanya menggapai bahagia yang sebenar pada akhirnya?

Lagu Tema / OST Drama Suamiku Lelaki Pendosa
👄👄 Fasa nyanyian Hazama Feat Tuju

Tonton Online Drama Suamiku Lelaki Pendosa Full Episode 

Selain dari menonton di kaca TV, korang juga boleh menonton drama ini secara online dengan waktu lebih awal di platform penstriman Disney+ Hostar menerusi www.hotstar.com atau di aplikasi mobile langganan sebanyak RM54.90 untuk 3 bulan.

Baca Online Novel Imamku Lelaki Pendosa Bab 1 Hingga Bab 4

Pada yang suka baca novel online ni, korang boleh baca beberapa bab awal novel karya Umie Nadzimah ini 👉 Disini..



1 ulasan:

  1. Wah! Thanks for the long review. Saya baca jalan cerita kat sini macam terfikir nak tengok drama ni

    BalasPadam



My Random Post