Memaparkan catatan dengan label Gambit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gambit. Papar semua catatan

1 Okt 2022

Telefilem Bisik - Bisik (TV1)



Telefilem Bisik - Bisik TV1, Telemovie Bisik - Bisik TV1, Sinopsis Telefilem Bisik - Bisik TV1, Poster Telefilem Bisik - Bisik, Telefilem Bisik - Bisik Full Movie, Telemovie Bisik - Bisik Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Bisik - Bisik TV1, Shahronizam Noor, Mustapha Kamal, Natasha Elyzza, Gambit Saifullah, Dato Hilal Azman, Shahfi Rafiq,

Telefilem Bisik-Bisik akan disiarkan pada Sabtu ini, 1 Oktober 2022, jam 9 malam di slot Panggung RTM TV1. Antara pelakon telefilem Bisik-Bisik ini adalah Shahronizam Noor, Mustapha Kamal, Natasha Elyzza, Gambit Saifullah, Dato Hilal Azman, Shahfi Rafiq, Adrianna Qasmia, Gen Darwish, Zarra Zhaff, Naurah Rayyani, Faiz Syafie dan ramai lagi. Selain itu telemovie Bisik - Bisik ini diarahkan oleh Ikhsan Sukiman dan diterbitkan oleh Unit Drama TV RTM. Nampak macam best dan menarik je kan telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis telemovie Bisik - Bisik ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Bisik-Bisik (TV1)

Mengangkat kisah kejayaan anak-anak yatim membongkar kepincangan yang berlaku dalam institusi penjagaan rumah kebajikan. Ia mengisahkan tentang penubuhan haram rumah kebajikan yang tidak berdaftar. Kisah Fahim dan adiknya, Sahidah dihantar oleh Nazri ke Rumah kebajikan Rukaiyah. Kepincangan pengurusan rumah kebajikan ini terbongkar apabila salah seorang anak yatim yang diambil menceritakan perihal yang berlaku kepada pegawai penyiasat yang menyamar sebagai keluarga angkat yang sedang melakukan risikan ke atas  rumah  kebajikan  tersebut. Amri, pengurus rumah kebajikan mempergunakan anak-anak yatim itu terlibat dalam sisi gelap penyeludupan tanpa disedari oleh kanak-kanak tersebut.


Read More

24 Jun 2022

Episod Akhir dan Ending Drama Bisik - Bisik Gelora (TV3)



Ending Drama Bisik - Bisik Gelora TV3, Episod Akhir Drama Bisik - Bisik Gelora,  Episod 35 Drama Bisik - Bisik Gelora Slot Akasia TV3, Drama Bisik - Bisik Gelora Full Episode, Jad Izzuddin, Banin Arumi, Watak - Watak pelakon dalam drama bisik - bisik gelora, Hero dan Heroin Drama Bisik - Bisik Gelora, Redza Rosli, Raysha Rizrose,

Diam tak diam dah sampai episod akhir dah drama Bisik - Bisik Gelora ni, sekejap ja dah masuk episod 35 drama Bisik - Bisik Gelora ni. Aku ingat dulu aku pernah beli kot novel Bisik - Bisik Gelora karya Fauziah Ashari ni tapi dah tak ingat jalan ceritanya, sekarang dah jadi drama bersiri 35 episod gitu. Redza Rosli dan Raysha  Rizrose menjadi hero dan heroin drama Bisik - Bisik Gelora ini. Agaknya apa yang jadi pada kisah Jad dan Arumi ni kan, adakah happy ending??. Episod akhir drama Bisik - Bisik Gelora ini bermula dengan Jad yang koma di hospital dan Arumi setia disisinya. Arumi kemudian memberitahu kawan baiknya Juni bahawa Wari yang cuba membunuh Jad suaminya itu. Hamid ditahan reman kerana disyaki terlibat dengan pembunuhan Fakhri namun akhirnya dibebaskan. Wari kemudian datang ke hospital dan cuba membunuh Jad tapi tidak berjaya. 




Selepas 1 tahun kemudian Arumi bahagia dengan Jad dan anak mereka, Jad juga meminta maaf atas perbuatannya pada Arumi selama ini. Namun Arumi meminta Jad untuk melepaskannya dan Arumi tenang hidup bersama dengan anaknya. Okey tu antara sinopsis episod akhir drama Bisik - Bisik Gelora ni. Awalnya ingat ending drama ni happy ending bila Jad dan Arumi bersama kembali. Namun lain jadinya bila Arumi minta cerai gitu. Tapi okey gak ending macam tu, kalau asyik happy ending je pun tak syok gak. Jadi drama ni ada ending yang best dan unik serta tak cliche bila Arumi memilih untuk berpisah dan membawa haluannya sendiri bersama dengan anaknya. Kesimpulannya We can forgive. But cant forget gitu. ini drama Risik Pada Hati lakonan Alif Satar, Ummi Nazeera dan Zara Zya akan menggantikan drama ini.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Air Mata Allisya Lakonan Keith Foo dan Sophia AlBarakbah Episod 1 Hingga 15 (TV9)


💗💗 Drama PA Lelaki Kerek Episod 1 Hingga 26 Di TV Okey


👉👉 Ending Drama Kerana Aku Isteri Bidaan

Read More

29 Mei 2022

Drama Bisik-Bisik Gelora Episod 1 Hingga 35 Di Slot Akasia TV3



Drama Bisik-Bisik Gelora, Drama Bisik-Bisik Gelora Slot Akasia TV3, Drama Slot Akasia TV3, drama adaptasi novel, Novel Bisik - Bisik Gelora, Drama Bisik-Bisik Gelora Full Episode, Drama Bisik-Bisik Gelora Episod 1 Hingga Episod 35, Poster Drama Bisik-Bisik Gelora, Ending Drama Bisik-Bisik Gelora, Bisik - Bisik Gelora Cast, Pelakon - Pelakon Drama Bisik-Bisik Gelora, Redza Rosli, Raysha Rizrose, Gambit Saifullah, Afifah Nasir, Norreen Iman, Info dan Sinopsis Drama Bisik - Bisik Gelora,

Drama Bisik-Bisik Gelora adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan Drama 7 Hari Mencintaiku 3 lakonan Shukri Yahaya dan Siti Saleha yang telah tamat episodnya. Drama Bisik - Bisik Gelora ini mempunyai 35 episod dan sudah bersiaran di slot Akasia TV3 sejak 21 Mei yang lalu, setiap Isnin hingga Ahad, jam 7 malam. Antara pelakon drama Bisik-Bisik Gelora ini adalah Redza Rosli, Raysha Rizrose, Gambit Saifullah, Hafidz Roshdi, Ruminah Sidek, Afifah Nasir, Kodi Rasheed, Norreen Iman, Shah Reza, Shakilla Khoriri, Edika Yusof, Shekeen Waida dan ramai lagi. Drama ini merupakan adaptasi daripada novel ‘Bisik-Bisik Gelora’ karya Fauziah Ashari. Redza Rosli dan Raysha Rizrose akan menjadi pelakon utama drama Bisik - Bisik Gelora ini. Selain itu drama ini diarahkan oleh Riza Baharudin dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, plus aku juga dah pernah baca versi novelnya sebelum ini, tak sangka pula dah diadaptasikan menjadi drama bersiri gitu. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Bisik - Bisik Gelora ini di bawah ye beserta sinopsisnya sekali..

Redza Rosli sebagai Jad Izzuddin
Raysha Rizrose sebagai Banin Arumi
Gambit Saifullah sebagai Fakhri
Afifah Nasir sebagai Nada
Hafidz Roshdi sebagai Wari
Shakilla Khoriri sebagai Juni
Norreen Iman sebagai Izzati
Ruminah Sidek sebagai Nek Muya
Shah Reza sebagai Hamid
Edika Yusof sebagai Akalil
Kodi Rasheed sebagai Yahya
Shekeen Waida sebagai Maya




Sinopsis Drama Bisik-Bisik Gelora Lakonan Redza Rosli dan Raysha Rizrose - Slot Akasia TV3

Jad, seorang pemuda kampung yang lurus bendul bertemu dengan Arumi, seorang gadis bandar yang liar di usia yang muda. Mereka terperangkap dalam tangkap basah dan terpaksa berkahwin. Pada malam selepas perkahwinan mereka, Jad ditangkap dan dipenjarakan kemudian. Arumi melanjutkan pelajaran ke luar negara dan terlupa akan hakikat bahawa dia masih isteri kepada Jad. Selepas Jad dibebaskan, dia telah dikaburi dengan dendam. Jad telah menemui Arumi dan menuntutnya kembali taat kepadanya sebagai seorang isteri.Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota. Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan. Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku. Takdir Allah, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?
Drama Bisik-Bisik Gelora, Drama Bisik-Bisik Gelora Slot Akasia TV3, Drama Slot Akasia TV3, drama adaptasi novel, Novel Bisik - Bisik Gelora, Drama Bisik-Bisik Gelora Full Episode, Drama Bisik-Bisik Gelora Episod 1 Hingga Episod 35, Poster Drama Bisik-Bisik Gelora, Ending Drama Bisik-Bisik Gelora, Bisik - Bisik Gelora Cast, Pelakon - Pelakon Drama Bisik-Bisik Gelora, Redza Rosli, Raysha Rizrose, Gambit Saifullah, Afifah Nasir, Norreen Iman, Info dan Sinopsis Drama Bisik - Bisik Gelora,
Lagu Tema / OST Drama Bisik - Bisik Gelora

👄👄 Cinta nyanyian Marsha Milan

Tonton Online Drama Bisik-Bisik Gelora Full Episode

Kalau korang terlepas menonton drama ini di kaca TV, korang juga boleh menonton drama Bisik - Bisik Gelora ini disini 👉 Disney + Hotstar



Read More

10 Feb 2022

Drama Suamiku Lelaki Pendosa Lakonan Aaron Aziz (TV3)



Drama Suamiku Lelaki Pendosa, Poster Drama Suamiku Lelaki Pendosa, Drama Suamiku Lelaki Pendosa Slot Samarinda TV3, Drama Slot Samarinda TV3, Baca Online Novel Imamku Lelaki Pendosa, Drama Suamiku Lelaki Pendosa Full Episode, Suamiku Lelaki Pendosa Cast, Sinopsis Drama Suamiku Lelaki Pendosa, Pelakon - Pelakon Drama Suamiku Lelaki Pendosa, Drama Baru Aaron Aziz,

Drama Suamiku Lelaki Pendosa akan mula bersiaran di slot Samarinda TV3 bermula 9/2/2022 bagi menggantikan Drama Kau Cipta Kasih setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Antara pelakon Drama Suamiku Lelaki Pendosa ini adalah Dato Aaron Aziz, Sophia AlBarakbah, Shima Anuar, Fauzi Nawawi, Gambit Saifullah, Aleza Shadan, Maria Farida, Edika Yusof, Hafeez Mikail, Fiza Thomas dan ramai lagi.  Nampak macam best je drama ini kan, selain itu drama 28 episod ini adalah adaptasi daripada Novel Imamku Lelaki Pendosa karya Umie Nadzimah. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Suamiku Lelaki Pendosa ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Aaron Aziz sebagai Dean Ilyas
Sophia AlBarakbah sebagai Cahaya Malaika
Shima Anuar sebagai Anggun Dania
Gambit Saifullah sebagai Izfairin 
Fauzi Nawawi sebagai Firdaus
Maria Farida sebagai Datin Junaidah
Aleza Shadan sebagai Wahidah
Edika Yusof sebagai Dato Seri Afnan
Hafeez Mikail sebagai Hael Idris
Faez Malek sebagai Jerry
Fiza Thomas sebagai Maya
Kael sebagai Nik Safri
Annie Mosha sebagai Balqis




Sinopsis Drama Suamiku Lelaki Pendosa Lakonan Aaron Aziz dan 
Sophia AlBarakbah (Slot Samarinda TV3)

Mengisahkan Dean Ilyas yang tampak sempurna namun cenderung kepada homoseksual iaitu hubungan sesama sejenis. Dean cuba berubah dengan bantuan dan sokongan isterinya Cahaya Malaika. Hidup Cahaya Malaika yang bahagia dan ceria bertukar rentak selepas rahsia identitinya terbongkar. Dia bukan anak kandung Encik Firdaus yang penyayang itu. Lalu pertunangannya dengan Nik Safri diputuskan dan dia dihina sebagai anak tak sah taraf! Apakah dosanya? Kenapa dia yang harus menanggung akibat atas khilaf orang lain? Tiba-tiba ibu Dean Ilyas beriya-iya hendak jadikan Cahaya sebagai menantu. Nak cepat pula tu langsungnya. Malah majlis besar-besaran sudah dirancang Datin Junaidah. Dean Ilyas yang serba sempurna dan miliki segala-galanya. Ikhlas menerima Cahaya seadanya tanpa mempersoal kisah silam dan status, walau diminta untuk nikah mengikut hukum secara rahsia. 

Rupa-rupanya Datin Junaidah ada agendanya. Cahaya yang cantik dan sangat baik itu hanyalah alat untuk menyelamatkan maruah keluarga dan menjaga egonya sahaja. Dengan harapan kehadiran Cahaya akan memisahkan Dean dari ‘Best Friend Forever’nya, Izfairin yang menjadi api dalam sekam. Bila Dean merayu supaya jangan tinggalkannya, maka Cahaya Malaika letakkan syarat. Dia mahu Dean mencintainya sebagai seorang isteri sepenuh hati kerana Allah, bukan berkongsi kasih dengan insan yang tak sepatutnya. Tapi bagaimana dengan Dean? Apakah syarat Cahaya Malaika? Mampukah dia memenuhi permintaan dan syarat-syarat Cahaya? Sedangkan Cahaya telah berkorban seluruh jiwa raga demi mendampingi dan menyokong dirinya yang sering tersasar itu. Apa yang berlaku seterusnya? Mampukah kedua-duanya menggapai bahagia yang sebenar pada akhirnya?

Lagu Tema / OST Drama Suamiku Lelaki Pendosa
👄👄 Fasa nyanyian Hazama Feat Tuju

Tonton Online Drama Suamiku Lelaki Pendosa Full Episode 

Selain dari menonton di kaca TV, korang juga boleh menonton drama ini secara online dengan waktu lebih awal di platform penstriman Disney+ Hostar menerusi www.hotstar.com atau di aplikasi mobile langganan sebanyak RM54.90 untuk 3 bulan.

Baca Online Novel Imamku Lelaki Pendosa Bab 1 Hingga Bab 4

Pada yang suka baca novel online ni, korang boleh baca beberapa bab awal novel karya Umie Nadzimah ini 👉 Disini..



Read More


My Random Post