22 Jun 2022

Ending Drama Kerana Aku Isteri Bidaan



Ending Drama Kerana Aku Isteri Bidaan, Episod Akhir Drama Kerana Aku Isteri Bidaan, Finale Drama Kerana Aku Isteri Bidaan, Episod 28 Drama Kerana Aku Isteri Bidaan, Drama Kerana Aku Isteri Bidaan Final Episode, Sinopsis Episod Akhir Drama Kerana Aku Isteri Bidaan,

Diam tak diam dah sampai ke penghujung dah drama Kerana Isteri Bidaan, panjang juga drama ni sampai 28 episod gitu. Mengisahkan kisah mat pisang dan minah gedik iaitu Farel dan Raina hehehe. Episod akhir drama ini iaitu episod ke 28 drama Kerana Aku Isteri Bidaan akan disiarkan pada malam ini iaitu jam 10 malam di slot Samarinda TV3. Jadi nanti aku update lain pasal ending drama ini, apa pun aku rasa ending drama Kerana Aku Isteri Bidaan mestilah happy ending kan, tambah - tambah si Raina tu dah mengandung cuma si Farel dan Raina yang tak tahu. Manakala si Emad pula dah berbaik - baik dengan Dina, walaupun begitu Farel masih sedikit cemburu melihat Raina dan Emad berkawan baik. Manakala si Mia pula nampak dah berubah dan insaf sedikit bila Aznor dah ditangkap. Soleha ikhlas membantu Mia.




Manakala Andy pula berjaya mendapatkan kembali saham syarikat sebanyak 40 peratus miliknya dari Riyanita. Nampaknya satu persatu masalah Farel hampir semua dah berjaya diselesaikan. Maklumlah dah nak masuk episod akhir kan, jadi mestilah kesemua konflik dalam hidup Raina dan Farel selesai satu persatu. Tapi tula tebal betul makeup si Raina lakonan Scha Elinnea dalam drama ni, nak tidur pun makeup stil tebal gitu. Antara yang menarik dalam drama ini bila penonton boleh lihat perubahan watak Farel dari miskin ke kaya, dari jadi orang kampung ke boss besar syarikat dan dari selekeh menjadi lebih elok gitu. Serta dari menjadi suami yang kejam berubah menjadi seorang suami yang penyayang pada Raina. Oh ya korang boleh tengok episod - episod yang terlepas sebelum ini  di aplikasi iQiyi Malaysia. 

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Sinopsis Telefilem Suri Rumah Terfeeling (Awesome TV)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post