18 Nov 2022

Drama Kampung People 3 Episod 1 Hingga 13 Di Slot Lestary TV3



Drama Kampung People 3, Drama Kampung People 3 Slot Lestary TV3, Sinopsis Drama Kampung People 3 TV3, Kampung People 3 Cast, Pelakon - Pelakon Drama Kampung People 3, Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Riena Diana, Kamarul Eqifshah, Razak Ahmad, Haeriyanto Hassan, Drama Kampung People 3 Full Episode, Drama Kampung People 3 Episod 1 Hingga 13, Ending Drama Kampung People 3, Ost Drama Kampung People 3,

Drama Kampung People 3 sudah mula disiarkan di slot Lestary TV3 bermula 18 November 2022, setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam. Drama ini masih mengekalkan pelakon asal drama ini, namun dikhabarkan Hun Haqeem yang memegang watak Jaafar tiada dalam drama Kampung People Musim Ketiga ini sebaliknya akan digantikan dengan pelakon lain. Tak syok gak bila Hun Haqeem tak ada dalam season 3 ni kan, apa pun kita tunggu dan lihat sajalah kan. Antara pelakon drama Kampung People 3 ini adalah Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana, Kamarul Eqifshah, Shahril Sarjan, Razak Ahmad, Haeriyanto Hassan, Ustaz Nazeri Md Isa, Haidar Hasanudin, Hafdzi Sofi, Fadlan Hazim, Sharifah Sakinan, Kismah Johar, Aniq Suhair dan ramai lagi. Selain itu drama Kampung People 3 ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin, Wan Alauddin Wan Zainuddin dan Shahril Sarjan, manakala Amirul Fadhli dan Rashidi Ishak turut menjadi pengarah bersama. Apa pun nampak menarik kan drama ini, aku dah tengok drama Kampung People dari season 1 lagi. Jadi jom tengok watak - watak pelakon drama Kampung People 3 ini beserta sinopsisnya sekali okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Kampung People 3

  • Elly Mazlein sebagai Mona
  • Rashidi Ishak sebagai Rafiz
  • Riena Diana sebagai Laila
  • Kamarul Eqifshah sebagai Yummy/Imran
  • Shahril Sarjan sebagai Badrul Bisu
  • Razak Ahmad sebagai Tok Penghulu
  • Haeriyanto Hassan sebagai Norbik
  • Sharifah Sakinah sebagai Ejen Shukrinah
  • Kismah Johar sebagai Madamme Mah
  • Aniq Suhair sebagai Darwish




Sinopsis Drama Kampung People 3 Slot Lestary TV3

Setelah Razif sekeluarga dan beberapa orang kampung yang lain ditidurkan selama dua tahun akibat pandemik Covid-19, mereka semua telah dikejutkan semula dengan identiti diri yang baharu untuk mengaburi mata geng Cengkih Manis yang masih lagi mengancam keselamatan mereka. Demi keselamatan yang lebih terjamin, mereka semua kini mendiami sebuah perumahan flat di sebuah bandar. Untuk menyembunyikan kesilapan Pacerat sendiri, Agen Shukrinah dan Agen 1 terpaksa berbohong kepada Laila yang mengatakan bahawa otak Jaafar terpaksa dipindahkan ke dalam badan Badrul bisu. 

Namun, Razif dan Laila sekeluarga dapat membongkar agenda kedua-dua agen Pacerat ini dan mula mengatur strategi untuk mengenakan mereka semula. Berpindah ke kawasan yang baharu ini bukannya sesuatu yang mudah. Razif turut menghadapi masalah dengan penduduk flat itu. Sejak kehilangan Jaafar, Laila mengalami kemurungan yang berpanjangan namun perkara itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus mencari Jaafar. Dapatkah Razif sekeluarga dan orang kampung menempuh segala cabaran dan ujian yang bakal dihadapi mereka? Adakah geng Cengkih Manis akan muncul dan mengancam keselamatan mereka lagi?

Lagu Tema / OST Drama Kampung People 3 

Hari Baru nyanyian Pasha 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post