28 Nov 2022

Final Gegar Vaganza 9 dan Keputusan Markah Konsert



GV9, Gegar Vaganza 9, Finalis GV9, Elly Mazlein, Kak Lina Kepom, Konsert Final GV9, Konsert Akhir GV9, Top 3 GV9,

Berakhir sudah Gegar Vaganza Musim Ke 9 yang menobatkan Jaclyn Victor sebagai juara GV9. Walaupun kemenangan Jaclyn Victor sudah diramal dan bukan satu kejutan, namun semua peserta lain memberikan tentangan yang sengit terutamanya di Konsert Akhir Gegar Vaganza 9 ini. Namun tak dinafikan Jac layak menjadi juara GV9 kerana hasil usahanya dan juga persembahan memukau di kedua - dua pusingan iaitu pusingan solo dan juga Battle Round dengan kumpulan VE. Jac menyanyi lagu rap pun mantap gitu. Bob Yusof juga cemerlang di konsert final GV9 ini, tapi sayangnya di pusingan battle round ianya kurang menyerlah tapi tetap comel okey. Agak kesian juga dengan Shila Amzah kerana dia sakit tekak, masa dia bercakap di sesi sidang media, selepas konsert tu memang hilang terus suara dia, nak bercakap pun susah. Aku rasa persembahan semua finalis di konsert final Gegar Vaganza Musim Ke -9  ni memang best - best belaka. Elly Mazlein a.k.a Kak Lina Kepom memang penyeri GV9 ni kan..Apa pun jom tengok keputusan pemenang GV9 di bawah ini okey..




Keputusan Pemenang Gegar Vaganza 9 (GV9)

Juara GV9 - Jaclyn Victor
Naib Juara - Bob Yusof
Tempat Ketiga - Shila Amzah
Tempat Keempat - Tomok
Tempat Kelima - VE
Tempat Keenam - Hazrul Nizam

Keputusan Markah Peserta Konsert Final GV9

Juara GV9 - Jaclyn Victor (85.86%)
Naib Juara - Bob Yusof (76.28%)
Tempat Ketiga - Shila Amzah (76.02%)
Tempat Keempat - Tomok (75.83%)
Tempat Kelima - VE (72.39%)
Tempat Keenam - Hazrul Nizam (69.75%)

Senarai Juara - Juara Gegar Vaganza

Juara GV1 - Ayai Ilusi
Juara GV2 - Siti Nordiana
Juara GV3 - Azharina Azhar
Juara GV4 - Aishah 
Juara GV5 - Noryn Aziz
Juara GV6 - Naqiu dan Hady Mirza
Juara GV7 - Cliff Umar
Juara GV8 - Aliff Aziz
Juara GV9 - Jaclyn Victor

Jom Baca Ini Juga 👉👉  Drama Jesnita Episod 1 Hingga 40 Di Slot Tiara Astro Prima

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post