27 Ogo 2022

Drama Cinta Buat Dara Lakonan Syafiq Kyle dan Riena Diana (TV3)



Drama Cinta Buat Dara, Drama Cinta Buat Dara Slot Lestary TV3, Poster Drama Cinta Buat Dara, Info dan Sinopsis Drama Cinta Buat Dara, Cinta Buat Dara Cast, Pelakon - Pelakon Drama Cinta Buat Dara, Riena Diana, Syafiq Kyle, Sean Lee, Afifah Nasir, Shah Rezza, Rozita Che Wan, Angeline Tan, Sharifah Shahora, Henzi Andalas, Adam Shahz, Nik Adam Mika, Badrul Muhayat, Wan Nor Azlin, Kenji Sawahi,

Drama Cinta Buat Dara adalah drama terbaru di slot Lestary TV3 yang disiarkan untuk menggantikan Drama Honey-Moon lakonan Ben Amir dan Zara Zya yang telah tamat episodnya. Drama Cinta Buat Dara telah mula bersiaran di TV3 pada 24 Ogos 2022 yang lalu setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam. Selain itu drama ini turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQIYI pada hari yang sama selepas siaran di TV3. Antara pelakon drama Cinta Buat Dara ini adalah Riena Diana, Syafiq Kyle, Sean Lee, Afifah Nasir, Shah Rezza, Rozita Che Wan, Angeline Tan, Sharifah Shahora, Henzi Andalas, Adam Shahz, Nik Adam Mika, Badrul Muhayat, Wan Nor Azlin, Kenji Sawahi dan ramai lagi. Selain itu drama Cinta Buat Dara ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Ng Ken Kin serta diterbitkan oleh OrangeTree Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, plus macam syok gak tengok gandingan Syafiq Kyle dan Riena Diana ni. Baru teringat diorang pernah bergandingan dalam drama Nur dulu. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Cinta Buat Dara dibawah ini beserta sinopsisnya sekali okey..

Riena Diana sebagai Dara
Syafiq Kyle sebagai Hariz 
Sean Lee sebagai Jason
Shah Rezza sebagai Harun
Rozita Che Wan sebagai Rose
Angeline Tan sebagai Lily
Sharifah Shahora sebagai Rozie 
Badrul Muhayat sebagai Zaim
Wan Nor Azlin sebagai Mala




Sinopsis Drama Cinta Buat Dara Lakonan Syafiq Kyle dan Riena Diana (TV3)

Mengisahkan Dara yang kasar dan selalu menimbul masalah kepada ibunya, dihantar ke kampung untuk dilatih menjadi gadis yang sopan oleh makciknya yang terkenal di pekan itu, Kak Ros, bekas juara Kebaya Ratu. Hariz seorang peminat muzik yang mempunyai ego yang tinggi. Melalui masa mereka bekerja bersama, Hariz dan Dara secara diam-diam menyukainya satu sama lain. Namun, Atirah, gadis misteri yang pernah dibual Hariz, tiba-tiba datang menghalang. Serik dengan kelakuan Dara (Riena Diana) sebagai seorang pemain papan luncur yang kasar dan sering menimbulkan masalah, ibunya telah berhasrat untuk menghantar Dara pulang ke kampung dan meminta tolong Kak Ros (Rozita Che Wan) supaya mengajar dan melembutkan kelakuan anaknya. Pada masa yang sama, Dara yang telah bergaduh dengan Hariz (Syafiq Kyle) di Kuala Lumpur kini berjumpa semula di kampung mereka di Kuala Selangor kerana berkerja dengan ayah Hariz di sebuah kedai runcit. Dalam usaha untuk mengubah personaliti Dara menjadi lebih lemah lembut dan ayu, ibunya ingin mengenalkan Dara dengan anak lelaki kawannya. Namun, Dara tidak mahu dipaksa untuk berkenalan dengan lelaki itu dan meminta Hariz untuk menjadi teman lelaki sementara Dara. Hariz bersetuju untuk menjadi teman lelaki Dara, tetapi Dara harus berjanji untuk tidak jatuh hati padanya.
Drama Cinta Buat Dara, Drama Cinta Buat Dara Slot Lestary TV3, Poster Drama Cinta Buat Dara, Info dan Sinopsis Drama Cinta Buat Dara, Cinta Buat Dara Cast, Pelakon - Pelakon Drama Cinta Buat Dara, Riena Diana, Syafiq Kyle, Sean Lee, Afifah Nasir, Shah Rezza, Rozita Che Wan, Angeline Tan, Sharifah Shahora, Henzi Andalas, Adam Shahz, Nik Adam Mika, Badrul Muhayat, Wan Nor Azlin, Kenji Sawahi,
Lagu Tema / OST Drama Cinta Buat Dara

👄👄 Cinta Buat Dara nyanyian Yulia Kamelia

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Ampas (Astro Citra)


💓💓 Drama Kids Nowadays Di Astro Ria

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post