22 Ogo 2022

Drama Kids Nowadays Di Astro Ria



Drama Kids Nowadays, Drama Kids Nowadays Astro Ria, Sinopsis Drama Kids Nowadays, Poster Drama Kids Nowadays, Drama Kids Nowadays Full Episode, Drama Kids Nowadays Episod 1 Hingga 20, Drama Kids Nowadays Cast, Pelakon - Pelakon Drama Kids Nowadays, Dato Awie, Wanna Ali, Alvin Chong, Wan Sharmila, Nafiez Zaidi, Marisa Yasmin, Hasnul Rahmat, Ezzrin Loy, Zarina Zainuddin, Drama Baru Alvin Chong, Drama Baru Awie, Drama Baru Wanna Ali,

Drama Kids Nowadays adalah drama terbaru di Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan Drama Ratu Ten Pin 2 Shalin yang telah tamat episodnya. Drama Kids Nowadays ini sudah mula bersiaran di Astro Ria sejak 15 Ogos yang lalu, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11 malam. Antara pelakon drama Kids Nowadays ini adalah Dato Awie, Wanna Ali, Alvin Chong, Wan Sharmila, Nafiez Zaidi, Marisa Yasmin, Hasnul Rahmat, Ezzrin Loy, Zarina Zainuddin, Meor Mohd dan ramai lagi. Selain itu drama Kids Nowadays ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Ejump Mohd serta diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, plus jarang - jarang nampak dato Awie berlakon dalam drama kan. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Kids Nowadays ini beserta sinopsisnya sekali dibawah ini ye..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Kids Nowadays

Dato Awie sebagai Jaafar
Wanna Ali sebagai Hanna
Alvin Chong sebagai Eddy
Wan Sharmila sebagai Najiha
Marisa Yasmin sebagai Rafidah
Nafiez Zaidi sebagai Nadzwan
Ezzrin Loy sebagai Farhan
Farez Ridzwan sebagai Khalis
Harith Daniel sebagai Shafiq




Sinopsis Drama Kids Nowadays Lakonan Dato Awie, Wanna Ali dan Alvin Chong - Astro Ria

Mengisahkan tentang Jaafar yang menyatakan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti namun di tentang keras oleh anaknya iaitu Najiha. Namun kerana janjinya kepada bekas isteri, Jaafar tetap mendaftar sebagai mahasiswa tanpa pengetahuan anaknya. Pada satu hari, Najiha terkejut apabila terserampak dengan ayahnya yang kini belajar di kampus tempat di mengajar. Disebabkan itu, Najiha cuba melakukan sabotaj kepada ayahnya yang kini menjadi pelajar di dalam kelas Najiha. Jaafar semakin tertekan dengan kerenah Najiha yang sengaja merumitkan perjalanan pembelajarannya, namun mujurlah lecturer, Cik Hanna sentiasa membantu dan memberikan Jaafar semangat untuk meneruskan pembelajaran. Disebabkan itulah, Eddy terasa semakin tercabar dengan hubungan rapat Jaafar dengan Hanna dan sentiasa memerhatikan mereka yang sepertinya semakin mesra. Adakah itu perangai kids nowdays? Apakah yang terjadi seterusnya?

Lagu Tema / Runut Bunyi / OST Drama Kids Nowadays

👄 Payung Pelangi nyanyian Noki FT MK K-CLIQUE
👄 Dua nyanyian Najwa Latif FT Akwa Arifin
👄 L.O.V.E nyanyian Syabil
👄 Tetap Aku Cinta nyanyian Ara Johari 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post