25 Ogo 2022

Drama Pekan Kecil Kampung Terpencil (TV1)



Drama Pekan Kecil Kampung Terpencil, Drama TV1, Drama Adaptasi Pantun, Poster Drama Pekan Kecil Kampung Terpencil, Info dan Sinopsis Drama Pekan Kecil Kampung Terpencil, Drama Pekan Kecil Kampung Terpencil Cast, Pelakon - Pelakon Drama Pekan Kecil Kampung Terpencil, Che Kem, Ziema Din, Fathil Dani, Raja Ema, Noorkhiriah, Wani Kayrie, Bohari Ibrahim, Rosnah Johari, Bell Ngasri, Kamarool Hj Yusoff, Dewa Sapri, Mubarak Majid, Zulkifli Ismail, Mas Anizan,

Sempena Hari Kebangsaan ke-65, Unit Drama TV RTM dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka menyajikan drama adaptasi dari pantun bertajuk Pekan Kecil Kampung Terpencil. Drama ini mempunyai 10 episod dan akan disiarkan setiap hari bermula 22 Ogos 2022 ini hingga 31 Ogos nanti, jam 6 petang. Antara pelakon drama Pekan Kecil Kampung Terpencil ini adalah Che Kem, Ziema Din, Fathil Dani, Raja Ema, Noorkhiriah, Wani Kayrie, Bohari Ibrahim, Rosnah Johari, Bell Ngasri, Kamarool Hj Yusoff, Dewa Sapri, Mubarak Majid, Zulkifli Ismail, Mas Anizan, Tj Isa, Rashid Jaafar, Yusran hashim, Aghonderan, Tan Mei Ling, Ratna Gowri Raman, Ruby Ooi, Joanna, Chah'ya, Rania Humaira dan ramai lagi. Selain itu drama Pekan Kecil Kampung Terpencil ini diarahkan oleh Wan Afzam Wan Daud dan diterbitkan oleh Unit Drama TV RTM. Nampak menarik kan drama ini, kebiasaan drama selalu diadaptasikan daripada novel, kali ini ianya diadaptasikan daripada pantun pula, mesti syok layan drama ini kan. Jadi jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey..




Sinopsis 
Drama Pekan Kecil Kampung Terpencil (TV1)

Cerita bermula disebuah perkampungan terpencil yang masyarakatnya di situ sangat harmoni seperti sebuah keluarga besar. Tidak kira bangsa mereka semua saling tolong menolong dan menghormati. Di hari mereka menerima kedatangan kubah bagi masjid kecil mereka (hasil kutipan seluruh penduduk kampung) mereka juga menerima kedatangan seorang wanita, Dara yang dahulunya pernah bekerja disitu. Seluruh penduduk kampung terarah kepada pemuda bernama Wadud yang mereka semua tahu, pemuda tersebut pernah bercinta dengan wanita tersebut. Kisah epik percintaan antara mereka berdua kini menjadi perbualan disegenap kampung tersebut. Dari kecil hingga ke yang tua masing-masing bercerita tentang kisah cinta epik tersebut. Namun masing-masing masih tidak mendapat jawapan kenapa Wadud dan Dara itu berpisah. Bibit-bibit konflik mula terbit antara penduduk kampung, apabila masing-masing mempertahankan jawapan tentang perpisahan cinta epik tersebut. Ketua kampung mula menyedari tentang penduduk kampung. Mesyuarat tergempar diadakan bagi menyelesaikan isu tersebut. Hinggalah seorang bernama Mokhtar bersuara agar mereka berdua dinikahkan. Cadangan itu diterima oleh semua orang kampung. Pembahagian tugas dilakukan malam itu juga, bagi mengetahui adakah Wadud dan Dara masih ada perasaan cinta tersebut. 

Wakil kaum lelaki pergi mendapatkan Wadud untuk mendapat kepastian. Wakil kaum wanita ditugaskan untuk berjumpa dengan Dara. Wadud pada mulanya menolak cadangan perkahwinan tersebut. Tetapi akhirnya setuju setelah dipujuk. Tetapi Wadud diletakkan syarat. Rusa! Ya rusa untuk hidangan perkahwinan itu. Dan tempoh pernikahan perlu diadakan dalam masa 10 hari lagi. Walaupun permintaan itu agak sukar, pasukan lelaki setuju. Terpaksa. Wakil kaum wanita berjumpa dengan Dara. Tidak sempat bertanya tentang status Dara, Dara mengatakan dia dan anaknya akan duduk disitu berdua sebelum yang lain datang. Jawapan itu disalah erti oleh wakil wanita. Mereka pulang hampa. Sehinggalah ketika mereka keluar dari rumah dan terserempak dengan ‘anak gadis’ Dara, iaitu Kasih. Kasih terlepas cakap yang mak longnya kena jaga dia disebabkan ibu dan ayahnya masih di Sabah sedang menguruskan perpindahan. Dara akhirnya akur juga dengan desakan. Namun dia juga mengenakan syarat. Majlis perkahwinan perlu diadakan seperti zaman dahulu termasuklah tradisi tol, rewang, joget lambak dan lain-lain. Persediaan untuk majlis makin hampir, masing-masing mula tertekan. Pelbagai perkara berlaku. Namun semua itu tidak mematahkan semangat mereka sekampung. Masing-masing fokus dengan tugas yang telah diberikan. Penghulu dan isteri dilihat orang paling sibuk.

Hari kelapan Dara dan Kasih tidak kelihatan dirumah. Begitu juga hari kesembilan. Seluruh kampung menjadi cemas dan tertanya-tanya. Mesyuarat tergempar diadakan. Salah menyalah mula berlaku. Mokhtar sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang dilihat logik. Mokhtar mengatakan yang Dara lari, seperti dahulu ketika Wadud dan Dara bercinta. Mokhtar berpendapat yang Dara takut dengan komitmen. Pada mulanya kebanyakkan mereka tidak menerima kenyataan dari Mokhtar. Tetapi melihat yang kesemua anak Mokhtar itu perempuan. Mereka akur, yang Mokhtar mengenali ‘hati, budi dan segalanya tentang perempuan. Wakil lelaki menenangkan Wadud. Risau Wadud kecewa sedangkan Wadud tenang-tenang sahaja dengan situasi tersebut. Hari kesepuluh, rusa sudah tertambat. Penduduk kampung mula berkumpul di tempat majlis yang dirancang. Penghulu tiba bersama isteri. Pemuzik, pesilat dan penari-penari sudah sampai. Wadud tiba lengkap berbusana. Seluruh penduduk hanya mampu memandang. Wadud berjalan yakin menuju ke tempat pernikahan yang disediakan. Satu jam lagi untuk menunggu jurunikah sampai. Dara masih tak nampak muka. Akhirnya jurunikah tiba. Masing-masing sudah redha dengan apa yang bakal berlaku.Tepat jam 10.00 pagi saat-saat mengujakan berlaku. Adakah bakal pengantin perempuan tiba seperti yang dijanjikan? Berjayakah mereka melaksanakan pelbagai adat perkahwinan lama seperi yang dirancang? 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post