30 Ogo 2022

Drama Kau vs Aku (Siri Originals Sooka)



Drama Kau vs Aku, Poster Drama Kau vs Aku, Sinopsis Drama Kau vs Aku, Drama Kau vs Aku Full Episode, Drama Kau vs Aku Episod 1 Hingga 8, Kau vs Aku Cast, Pelakon - Pelakon Drama Kau vs Aku, Shasha Abedul, Dini Schatzmann, Mia Sara Shauki, Atikah Suhaime, Drama Sooka,

Drama Kau vs Aku adalah drama siri originals Sooka yang diinspirasikan daripada webnovel Wattpad popular hasil sentuhan penulis, Nurul Husnina Binti Mockthar atau Shieyeruna yang mencatatkan lebih 2 juta bacaan di platform tersebut. Antara pelakon drama Kau vs Aku ini adalah Shasha Abedul, Dini Schatzmann, Mia Sara Shauki, Chubb-E, Imran Aqil, Arena Wan, Fimie Don, Atikah Suhaime dan ramai lagi. Selain itu drama Kau vs Aku ini mempunyai 8 episod dan diarahkan oleh tiga pengarah Shamyl Othman (pengarah Ex Aku Pontianak dan Gantung), Megat Shahrizal (pengarah Jibril) dan Siti Afizah (pengarah Sa-balik Baju) serta diterbitkan oleh Wattpad WEBTOON StudiosSiri ini juga akan menampilkan integrasi PUBG MOBILE dalam plot kisah cinta yang dipaparkan sebagai penggalak berputiknya cinta antara dua watak Kau vs Aku, yang dimainkan oleh Chubb-E dan Mia Sara Shauki. Episod pertama untuk siri Kau vs Aku ini boleh ditonton secara percuma di Sooka bermula pada 19 Ogos. Penonton boleh mengikuti episod seterusnya dengan melanggan pelan langganan mudah alih sooka - pelan VIP Entertainment pada harga RM15.90/bulan, atau pelan VIP TV pada harga RM42.50 sebulan. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Kau vs Aku ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..




Watak dan Barisan Pelakon Drama Kau vs Aku

Shasha Abedul sebagai Aulia Zulaikha
Dini Schatzmann sebagai Danish Aryan
Mia Sara Shauki sebagai Shanina
Chubb-E sebagai Zafran (Zhaf)
Arena Wan sebaga Syafikah
Imran Aqil sebagai Ashraf
Fimie Don sebagai Luqman
Atikah Suhaimie sebagai Hanniya
Marisa Yasmin sebagai Puan Shikin
Arash Mohamad sebagai Encik Ridhuan
Hafidz Roshdi sebagai Emir
Emelda Rosemila sebagai Puan Emelda

Sinopsis Drama Kau vs Aku (Siri Originals Sooka)

Memaparkan kisah cinta penulis berbakat berusia 16 tahun yang hidupnya menjadi huru-hara apabila remaja popular di Instagram yang diminatinya, berpindah ke sekolahnya. Dunia Aulia Zulaikha digoncangkan bila bertembung dengan 'influencer' yang dibencinya, Danish Aryan. Tapi bila bapanya mula mengatur masa depannya, Aulia melihat Danish sebagai jalan keluar. Apa yang berlaku seterusnya? Adakah permusuhan remaja bakal berbunga menjadi cinta?.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Demi Lakonan Puteri Aishah (TV Okey)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post