22 Ogo 2022

Drama Biarkan Ia Pergi Episod 1 Hingga 20 Di Slot Samarinda TV3



Drama Biarkan Ia Pergi TV3, Drama Slot Samarinda TV3, Poster Drama Biarkan Ia Pergi, Info dan Sinopsis Drama Biarkan Ia Pergi, Drama Biarkan Ia Pergi Full Episode, Drama Biarkan Ia Pergi Episode 1 Hingga 20, Drama Biarkan Ia Pergi Cast, Pelakon - Pelakon Drama Biarkan Ia Pergi, Drama Baru Amar Baharin, Drama Baru isyariana, Asha Merican,

Drama Biarkan Ia Pergi adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang disiarkan bagi menggantikan Drama Tarik Aku Ke Syurga lakonan Zul Ariffin dan Nelissa Nizam yang telah tamat episodnya. Drama Biarkan Ia Pergi ini sudah mula bersiaran di TV3 sejak 11 Ogos 2022, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama ini merupakan adaptasi daripada Novel Biarkan Ia Pergi karya Liza Nur dan mempunyai 20 episod. Antara pelakon drama Biarkan Ia Pergi ini adalah Isyariana, Amar Baharin, Mior Darwish, Asha Merican, Zaki Azeman, Hariz Hamdan, Idzham Ismail, Lia Natalia, Sabhi Saddi, Diyya Eqa, Ana Dahlia, Myra Natasya, Rosnah Johari, Hafidzuddin Fazil, Zulkifli Ismail dan ramai lagi. Selain itu drama Biarkan Ia Pergi ini diarahkan oleh Fairuz Loy dan diterbitkan oleh SR One Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, lebih menarik bila Amar Baharin dan Isyariana digandingkan sekali lagi dalan drama ini selepas Drama Hati Yang Dikhianati. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Biarkan Ia Pergi ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..


  • Isyariana Che Azmi sebagai Alissa Othman
  • Amar Baharin sebagai Zaquan Zachary
  • Asha Merican sebagai Fara Zaliqa
  • Mior Darwish sebagai Ameen Zaquan
  • Idzham Ismail sebagai Haris
  • Sabhi Saddi sebagai Aqasha
  • Ana Dahlia sebagai Fadzilah
  • Zaki Azeman sebagai Izani
  • Hariz Hamdan sebagai Badry
  • Hafidzuddin Fazil sebagai Othman
  • Rosnah Johari sebagai Hajar
  • Sheila Mambo sebagai Maksu Sufi
  • Zulkifli Ismail sebagai Dato Johan
  • Lia Natalia sebagai Daniella Iswana




Sinopsis Drama Biarkan Ia Pergi Lakonan Amar Baharin dan Isyariana Di Slot Samarinda TV3

Alissa Othman (Isyariana) mempunyai kehidupan yang diidamkan oleh ramai wanita. Alissa sangat bersyukur kerana dikurniakan dengan sebuah keluarga yang penyayang, teman lelaki yang sentiasa di sisi, dan kawan setia yang menjadi tempat bergantung. Namun, nasib kehidupan Alissa berubah selepas bertemu dengan Zaquan Zachary (Amar Baharin). Dalam keadaan khayal yang tidak sedarkan diri, secara tidak sengaja, Zaquan telah menyakiti Alisa dan menyebabkan Alissa hilang arah dan segala yang dimilikinya. Alissa telah membawa diri selepas kejadian tersebut. Zaquan tekad untuk mencari Alissa demi menebus kesalahannya dan berjanji akan membetulkan semula keadaan walau apapun halangan yang mendatang. Apakah hasil dari pertemuan semula mereka, adakah segala usaha Zaquan itu hanya sia-sia sahaja? Dapatkah Zaquan menebus kesilapannya terhadap Alissa?

Drama Biarkan Ia Pergi TV3, Drama Slot Samarinda TV3, Poster Drama Biarkan Ia Pergi, Info dan Sinopsis Drama Biarkan Ia Pergi, Drama Biarkan Ia Pergi Full Episode, Drama Biarkan Ia Pergi Episode 1 Hingga 20, Drama Biarkan Ia Pergi Cast, Pelakon - Pelakon Drama Biarkan Ia Pergi, Drama Baru Amar Baharin, Drama Baru isyariana, Asha Merican,
Allisa gadis yang lahir dari keluarga miskin merantau jauh dibumi Australia demi segulung ijazah. Teman serumahnya, Fara dilahirkan dari keluarga berada merupakan teman baiknya. Walaupun Fara mempunyai rupa paras yang jelita namun ianya tidak mampu membuat Izani terpaut hati terhadapnya. Cinta Izani hanya buat Allisa. Haris yang menyintai Fara sejak dari zaman persekolahan dikecewakan Fara kerana cintanya hanya untuk Izani. Zaquan teman baik Haris begitu marahkan Elina sepupu Fara yang mana disebabkan cinta Aidil terhadap Elina telah membuat Aidil cuba membunuh diri dek kerana kecewa. Zaquan yang bedendam mula menjejaki Elina. Bertemu dengan Badri yang sedang asyik berpeleseran bersama Fara membuat amarah Zaquan terus membara. Zaquan cuba mendapatkan maklumat Elina dari Fara yang berkeras cuba untuk melindungi sepupunya itu.

Disaat Zaquan mendapat maklumat yang dikehendaki itulah dia telah terminum minuman yang telah bercampur dadah yang cuba Badri berikan kepada Fara. Allisa yang diminta menghantarkan baju ke rumah Elina telah menjadi mangsa keadaan dimana dia yang disangka Elina diculik kuncu-kuncu Haris. Zaquan yang telah dipengaruhi dadah telah memperkosa Elina tanpa sedar. Akibat dari kejadian itu juga Allisa menjadi hilang punca, Izani membencinya dek fitnah Fara. Sekembali ke tanah air, Allisa cuba melupakan sejarah hitam walaupun hatinya terluka. Tanpa disangka akibat peristiwa itu juga dirinya mengandung. Dia dibuang orang tua kerana malu. Berdepan dengan masa depan yang kelam Allisa bertatih membina kehidupan bersama anak yang dilahirkan tanpa mengenali insan yang telah membuat onar terhadapnya. Zaquan yang menyedari kesilapan yang dilakukan terhadap Allisa cuba mencari Allisa demi menebus kembali kesilapannya serta mengambil Allisa sebagai isteri dan ibu kepada anaknya.

Lagu Tema / Runut Bunyi / OST Drama Biarkan Ia Pergi

👄 Aku Lelakimu nyanyian Asfan Shah
👄 Kesempatan Bagimu nyanyian Adira
👄 Berakhir Pencarianku nyanyian Hafiz Suip dan Ernie Zakri



Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post