27 Ogo 2022

Telefilem Selimut Merdeka (Cerekarama TV3)



Telefilem Selimut Merdeka TV3, Telemovie Selimut Merdeka TV3, Cerekarama Selimut Merdeka TV3, Selimut Merdeka Cast, Telefilem Selimut Merdeka Full, Sinopsis Telefilem Selimut Merdeka, Pelakon - Pelakon Telefilem Selimut Merdeka, Dato Ahmad Tarmimi Siregar, Shahz Jaszle, Riz Amin, Wan Sharmila, Nurqistina Raishah, Fizz Fairuz, Faezah Elai, Ben Laden,, Slot Cerekarama TV3,

Sempena hari kemerdekaan ini sebuah telefilem Selimut Merdeka akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada Sabtu ini, 27 Ogos 2022, jam 10 malam. Antara pelakon telefilem Selimut Merdeka ini adalah Dato Ahmad Tarmimi Siregar, Shahz Jaszle, Riz Amin, Wan Sharmila, Nurqistina Raishah, Fizz Fairuz, Faezah Elai, Ben Laden, Faiz Faitullah dan ramai lagi. Selain itu telemovie Selimut Merdeka ini diarahkan oleh Heykal Hanifah dan diterbitkan oleh Luqsar Kreatif Sdn. Bhd. Nampak menarik kan telemovie Selimut Merdeka ini, jadi jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Selimut Merdeka (TV3)

Pak Merdeka dan Mak Asiah cuba untuk tidak membezakan kasih sayang antara anak angkatnya, Azim dan anak kandungnya, Zaki. Kini usia Pak Merdeka telah mencapai usia emas 59 tahun. Mak Asiah telah meninggal dunia namun pada hayatnya, Pak Merdeka mahu menghabiskan sisa hidupnya bersama anak-anak dan memilih untuk tinggal Zaki yang telah berumah tangga. Puas Azim memujuk meminta Pak Merdeka untuk tinggal bersamanya namun Pak Merdeka memberikan pelbagai alasan. Sedari kecil, Azim cuba untuk memenangi hati Pak Merdeka walaupun dia cuma anak angkat, dia ikhlas sayangkan Pak Merdeka namun entah mengapa Pak Merdeka tetap berkeras untuk tidak mahu tinggal bersamanya. Sebaliknya, dirumah anaknya sendiri, kehadiran Pak Merdeka pula tidak disukai oleh isteri Zaki, Sarah. Sarah tidak suka Pak Merdeka sering memakai bendera yang Pak Merdeka gelarkan sebagai selimut Merdeka dan menjaja cerita tentang betapa bangganya dia menjadi anak Merdeka kerana dia dilahirkan pada 31 Ogos. Bagi Sarah, perangai Pak Merdeka menjengkelkan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post