11 Ogo 2022

Drama Epilog 3 Naga Lakonan Hazama dan Juliana Evans (Awesome TV)



Drama Epilog 3 Naga, Drama Epilog 3 Naga Awesome TV, Drama Awesome TV, Drama Epilog 3 Naga Episod 1 Hingga 24, Drama Epilog 3 Naga Full Episode, Epilog 3 Naga Cast, Pelakon - Pelakon Drama Epilog 3 Naga, Drama Epilog 3 Naga Full Episode, Hazama, Juliana Evans, Drama Adaptasi Novel Epilog 3 Naga,

Drama Epilog 3 Naga sudah mula disiarkan di Awesome TV bermula 3 Ogos 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam. Drama ini boleh ditonton di Awesome TV saluran 123 Astro atau saluran 112 MyTV. Antara pelakon drama Epilog 3 Naga ini adalah Hazama, Syarul Ezani, Shafiq ‘Stu’ Rosli, Juliana Evans, Atyka Jalil, Katalina, Faizal Hussein, Ridzuan Hashim, Marissa Yasmin, Sahronizam Noor, Along Eyzendy, Aman Nassim dan ramai lagi. Drama ini merupakan adaptasi daripada Novel Epilog 3 Naga karya Kaz Ishak yang mengangkat genre aksi tentang dunia gengsterism. Selain itu drama Epilog 3 Naga ini mempunyai 24 episod dan diarahkan oleh Razif Ajiboy serta diterbitkan oleh Layar Sutra Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Epilog 3 Naga ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..


Watak dan Barisan Pelakon Drama Epilog 3 Naga 

Hazama Azmi sebagai Khalid
Syarul Ezani sebagai Fazarul
Shafiq ‘Stu’ Rosli sebagai Sean Abdullah
Juliana Evans sebagai Natasha
Atyka Jalil sebagai Sazlina
Katalina sebagai Sofea Ahmad
Faizal Hussien sebagai Azroy
Ridzuan Hashim sebagai Uncle Hussien
Marissa Yasmin sebagai Makcik Asmah
Sahronizam Noor sebagai Pakcik Zulkarnain
Along Eyzendy sebagai Black
Aman Nassim sebagai Chris




Sinopsis Drama Epilog 3 Naga Lakonan Hazama dan Juliana Evans (Awesome TV)

Mengisahkan tentang kisah tiga sahabat karib yang hanyut dalam memilih jalan hidup sehingga terjerumus dengan kancah jenayah kongsi gelap. Fazarul, Khalid and Sean merupakan sahabat karib sejak kecil. Persahabatan, kisah cinta dan kasih sayang keluarga, disulam dengan kenakalan remaja yang mula membawa padah tatkala batas dilangkah. Mereka merupakan sahabat karib sejak kecil. Di mana ada Fazarul, pasti akan kelihatan Khalid dan Sean di sampingnya. Kenakalan zaman remaja dirasakan suatu lumrah. Namun, ia mula membawa padah tatkala batasnya dilangkah. Jiwa remaja mereka mula hanyut tidak terbendung.

Khalid tersilap memilih jalan hidup. Sedikit demi sedikit dia terheret ke kancah kumpulan kongsi gelap. Semakin hari semakin sukar untuk melarikan diri. Keinginan untuk berseronok di sebuah pusat hiburan hanya mengundang sengketa. Tempat sueh itu menjelmakan tragedi. Sean menjadi mangsa pertama. Fazarul pula masih kuat semangatnya. Dia nekad mahu melepaskan Khalid dari dunia itu. Rakannya dipujuk untuk menyerah diri. Tetapi, tiada yang pasti apabila hati sudah diselubungi dendam. Di manakah titik pengakhirannya?



1 ulasan:



My Random Post