23 Ogo 2022

Drama Demi Lakonan Puteri Aishah (TV Okey)



Drama Demi TV Okey, Sinopsis Drama Demi TV Okey, Drama Demi Cast, Drama Demi Full Episode, Drama Demi Episod 1 Hingga 26, Pelakon - Pelakon Drama Demi TV Okey,  Puteri Aishah, Ashraf Muslim, Keith Foo, Ika Nabila, Puteri Rayyana Rayqa, Dato Jalaluddin Hassan, Safura Yaacob, Riz Amin, Hasnul Rahmat, Safwan Nazri, Drama TV Okey 2022,

Drama Demi sudah mula bersiaran di TV Okey sejak 10 Ogos 2022 yang lalu, setiap hari Selasa hingga Jumaat, jam 9 malam. Drama Demi ini boleh ditonton di saluran Astro channel 146 atau MYTV di channel 110 serta boleh ditonton di portal rasmi RTM di rtmklik.rtm.gov.my. Drama ini diinspirasikan daripada Novel Demi karya Rina Azdi yang merupakan sebuah kisah benar. Antara pelakon drama Demi ini adalah Puteri Aishah, Ashraf Muslim, Keith Foo, Ika Nabila, Puteri Rayyana Rayqa, Dato Jalaluddin Hassan, Safura Yaacob, Riz Amin, Hasnul Rahmat, Safwan Nazri dan ramai lagi. Selain itu drama Demi ini mempunyai 26 episod dan diarahkan oleh Rahila Ali serta diterbitkan oleh Elisa Vision Sdn. Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Demi beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Demi TV Okey

  • Puteri Aishah sebagai Suraya
  • Puteri Rayyana Rayqa sebagai Nadia
  • Keith Foo sebagai Dr. Fairul
  • Ashraf Muslim sebagai Arman
  • Dato' Jalaluddin Hassan sebagai Rahman
  • Safura Ya'cob sebagai Ramlah
  • Hasnul Rahmat sebagai Hisham
  • Riz Amin sebagai Sufi
  • Shafiq Sahli sebagai Tengku Zahari
  • Ika Nabella sebagai Ima
  • Safwan Nazri sebagai Rashid




Sinopsis Drama Demi Lakonan Puteri Aishah, Keith Foo dan Ashraf Muslim (TV Okey)

Mengisahkan tentang kehidupan wanita bernama Suraya yang penuh pahit getir, ketulusan, kecekalan, pengorbanan, perjuangan dan cinta demi kebahagiaan dirinya. Tanpa sengaja Suraya bertemu Dr. Fairul di bumi Scotland dan mereka lalu berkahwin atas dasar cinta. Mereka menjalani kehidupan yang bahagia dan dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Nadia. Seluruh kasih sayang pasangan suami isteri ini dicurahkan kepada Nadia tanpa berbelah bahagi. Namun kebahagiaan mereka tidak lama apabila Dr. Fairul mula berubah hati dan sikap. Perwatakannya bertukar menjadi seorang yang panas baran dan sukar dijangka. Lebih memilukan hati Suraya sebagai isteri bila mana suaminya itu juga mula menyimpang jauh dari ajaran agaman Islam. 

Situasi itu membuatkan Suraya dan Nadia terseksa dan mula memikirkan yang terbaik untuk diri dan anaknya.Apatahlagi akidah anak mereka yang masih kecil mudah berubah bila melihatkan contoh yang tidak baik setiap hari terhidang di depan mata.Suraya nekad melarikan diri dari bumi Scotland ke Malaysia. Meskipun perasaan sayang kepada suaminya masih menebal namun dia perlu bertindak sewajarnya. Dia menyerahkan jodohnya dengan Dr. Fairul kepada Allah semata-mata. Di Malaysia, Suraya bertemu dengan Arman, yang sudah mencintai Suraya sejak sekian lama. Namun segalanya tidak disedari oleh Suraya. Mampukah Suraya menemui kebahagiaan untuk dia dan anaknya?

Lagu Tema / Runut Bunyi / OST Drama Demi

👄👄 Aku Tak Sempurna nyanyian Farawahida

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Sinopsis Drama Biarkan Ia Pergi Di Slot Samarinda TV3

⏩⏩ Drama Ash dan Aish Lakonan Meerqeen dan Siti Khadijah Di Astro Ria

👉👉 Sinopsis Drama Anak Beranak Abe Yie Di Slot Sakura TV3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post