Memaparkan catatan dengan label Ashraf Muslim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ashraf Muslim. Papar semua catatan

23 Ogo 2022

Drama Demi Lakonan Puteri Aishah (TV Okey)



Drama Demi TV Okey, Sinopsis Drama Demi TV Okey, Drama Demi Cast, Drama Demi Full Episode, Drama Demi Episod 1 Hingga 26, Pelakon - Pelakon Drama Demi TV Okey,  Puteri Aishah, Ashraf Muslim, Keith Foo, Ika Nabila, Puteri Rayyana Rayqa, Dato Jalaluddin Hassan, Safura Yaacob, Riz Amin, Hasnul Rahmat, Safwan Nazri, Drama TV Okey 2022,

Drama Demi sudah mula bersiaran di TV Okey sejak 10 Ogos 2022 yang lalu, setiap hari Selasa hingga Jumaat, jam 9 malam. Drama Demi ini boleh ditonton di saluran Astro channel 146 atau MYTV di channel 110 serta boleh ditonton di portal rasmi RTM di rtmklik.rtm.gov.my. Drama ini diinspirasikan daripada Novel Demi karya Rina Azdi yang merupakan sebuah kisah benar. Antara pelakon drama Demi ini adalah Puteri Aishah, Ashraf Muslim, Keith Foo, Ika Nabila, Puteri Rayyana Rayqa, Dato Jalaluddin Hassan, Safura Yaacob, Riz Amin, Hasnul Rahmat, Safwan Nazri dan ramai lagi. Selain itu drama Demi ini mempunyai 26 episod dan diarahkan oleh Rahila Ali serta diterbitkan oleh Elisa Vision Sdn. Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Demi beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Demi TV Okey

  • Puteri Aishah sebagai Suraya
  • Puteri Rayyana Rayqa sebagai Nadia
  • Keith Foo sebagai Dr. Fairul
  • Ashraf Muslim sebagai Arman
  • Dato' Jalaluddin Hassan sebagai Rahman
  • Safura Ya'cob sebagai Ramlah
  • Hasnul Rahmat sebagai Hisham
  • Riz Amin sebagai Sufi
  • Shafiq Sahli sebagai Tengku Zahari
  • Ika Nabella sebagai Ima
  • Safwan Nazri sebagai Rashid




Sinopsis Drama Demi Lakonan Puteri Aishah, Keith Foo dan Ashraf Muslim (TV Okey)

Mengisahkan tentang kehidupan wanita bernama Suraya yang penuh pahit getir, ketulusan, kecekalan, pengorbanan, perjuangan dan cinta demi kebahagiaan dirinya. Tanpa sengaja Suraya bertemu Dr. Fairul di bumi Scotland dan mereka lalu berkahwin atas dasar cinta. Mereka menjalani kehidupan yang bahagia dan dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Nadia. Seluruh kasih sayang pasangan suami isteri ini dicurahkan kepada Nadia tanpa berbelah bahagi. Namun kebahagiaan mereka tidak lama apabila Dr. Fairul mula berubah hati dan sikap. Perwatakannya bertukar menjadi seorang yang panas baran dan sukar dijangka. Lebih memilukan hati Suraya sebagai isteri bila mana suaminya itu juga mula menyimpang jauh dari ajaran agaman Islam. 

Situasi itu membuatkan Suraya dan Nadia terseksa dan mula memikirkan yang terbaik untuk diri dan anaknya.Apatahlagi akidah anak mereka yang masih kecil mudah berubah bila melihatkan contoh yang tidak baik setiap hari terhidang di depan mata.Suraya nekad melarikan diri dari bumi Scotland ke Malaysia. Meskipun perasaan sayang kepada suaminya masih menebal namun dia perlu bertindak sewajarnya. Dia menyerahkan jodohnya dengan Dr. Fairul kepada Allah semata-mata. Di Malaysia, Suraya bertemu dengan Arman, yang sudah mencintai Suraya sejak sekian lama. Namun segalanya tidak disedari oleh Suraya. Mampukah Suraya menemui kebahagiaan untuk dia dan anaknya?

Lagu Tema / Runut Bunyi / OST Drama Demi

👄👄 Aku Tak Sempurna nyanyian Farawahida

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Sinopsis Drama Biarkan Ia Pergi Di Slot Samarinda TV3

⏩⏩ Drama Ash dan Aish Lakonan Meerqeen dan Siti Khadijah Di Astro Ria

👉👉 Sinopsis Drama Anak Beranak Abe Yie Di Slot Sakura TV3

Read More

6 Apr 2022

Drama Imamku Okey Episod 1 Hingga 26 (Akhir) Di TV Okey



Drama Imamku Okey, Sinopsis Drama Imamku Okey, Drama Imamku Okey Full Episode, Drama Imamku Okey Episod 1 Hingga Episod 16, Ending Drama Imamku Okey, Episod Akhir Drama Imamku Okey, OST Drama Imamku Okey, Imamku Okey Cast, Pelakon - Pelakon Drama Imamku Okey, Ashraf Muslim, Sharifah Husna, Hanna Aqeela, Ozlynn, Didie Alias, Aidil Aziz, Afifah Nasir, Drama TV Okey 2022,

Drama Imamku Okey telah pun bersiaran di TV Okey sejak 29 Mac 2022 yang lalu, setiap hari Selasa hingga Jumaat, jam 2.30 petang. Antara pelakon drama Imamku Okey ini adalah Ashraf Muslim, Sharifah Husna, Hanna Aqeela, Ozlynn, Didie Alias, Shaharuddin Thamby, Rosnah Johari, Aidil Aziz, Zaidi Omar, Annie Mosha, Puteri Rayyana Rayqa, Beego, Liza Abdullah, Safwan Nazri, Anne Abdullah, Khaty Azian, Afifah Nasir dan ramai lagi. Selain itu drama Imamku Okey ini mempunyai 26 episod dan diarahkan oleh Harris Fadzillah serta diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn Bhd. Wah nampak macam best je kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Imamku Okey di bawah ini beserta sinopsisnya sekali okey..

Ashraf Muslim sebagai Adam
Sharifah Husna sebagai Aishah
Ozlynn sebagai Aloya
Didie Alias sebagai Mak Yam
Rosnah Johari sebagai Mak Som
Aidil Aziz sebagai Amir
Annie Mosha sebagai Umi
Puteri Rayyana Rayqa sebagai Iman
Hanna Aqeela sebagai Suraya
Liza Abdullah sebagai Mak Dah
Safwan Nazri sebagai Kamal
Anne Abdullah sebagai Kak Kiah Viral
Khaty Azian sebagai Mama Jun
Afifah Nasir sebagai Amira




Sinopsis Drama Imamku Okey Lakonan Ashraf Muslim, Sharifah Husna dan Hanna Aqeela Di TV Okey

Mengisahkan Adam seorang lelaki yang sempurna dalam segala segi dan mempunyai kerjaya yang bagus di Kuala Lumpur. Namun umur Adam yang sudah masuk 33 tahun menyebabkan emaknya risau kerana Adam masih lagi bujang dan tidak mempunyai calon isteri. Di kampungnya, Aloya telah lama menaruh hati pada Adam serta merancang untuk masuk meminang Adam. Bagi mengelak perkara tersebut, Adam memperkenalkan Suraya yang merupakan rakan sekerjanya sebagai teman wanitanya kepada ibu bapanya. Tapi lain pula jadinya apabila Adam tidak menyangka yang Suraya sudah lama menyukainya. Emak Adam sudah berkenan dengan Suraya untuk menjadi menantunya dan merancang ingin masuk meminang Suraya. Adam makin rimas dengan situasi itu dan terpaksa berterus - terang mengenai hal yang sebenar. Walaupun emaknya dapat menerima perkara tersebut, Adam percaya selagi dia belum berkahwin, emaknya akan terus mencari jodoh untuknya. Hal tersebut makin bertambah buruk, apabila mak Aloya membuat fitnah dan menyebarkan cerita bahawa Adam sebenarnya lelaki songsang pada orang kampung. Adam kemudiannya bertemu dengan Aishah, seorang wanita yang berperwatakan kasar dan tidak percaya dengan perkahwinan. Apa yang berlaku seterusnya.
Drama Imamku Okey, Sinopsis Drama Imamku Okey, Drama Imamku Okey Full Episode, Drama Imamku Okey Episod 1 Hingga Episod 16, Ending Drama Imamku Okey, Episod Akhir Drama Imamku Okey, OST Drama Imamku Okey, Imamku Okey Cast, Pelakon - Pelakon Drama Imamku Okey, Ashraf Muslim, Sharifah Husna, Hanna Aqeela, Ozlynn, Didie Alias, Aidil Aziz, Afifah Nasir, Drama TV Okey 2022,
Lagu Tema / OST Drama Imamku Okey 

👄👄 Di Hujung Rindu nyanyian Errisa Puteri Hashim

Tonton Online Drama Imamku Okey Full Episode

Bagi yang terlepas menonton drama ini di kaca TV, korang juga boleh menonton drama ini di 👉 Youtube Radio Televisyen Malaysia



Read More

3 Mac 2022

Episod Akhir dan Ending Drama 3 Nota Cinta - Di Slot Akasia TV3



Drama 3 Nota Cinta, Drama 3 Nota Cinta Slot Akasia TV3, Drama Slot Akasia TV3, Poster Drama 3 Nota Cinta, Info dan Sinopsis Drama 3 Nota Cinta, Sinopsis Penuh Drama 3 Nota Cinta, 3 Nota Cinta Cast, Pelakon - Pelakon Drama 3 Nota Cinta, Ashraf Muslim, Sharifah Rose, Drama TV3,
Drama 3 Nota Cinta Episod 1 Hingga 14 (Akhir) Lakonan Ashraf Muslim dan Sharifah Rose Di Slot Akasia TV3

Drama 3 Nota Cinta adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bermula 14 Februari 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Shakira lakonan Janna Nick, Shukri Yahaya dan Khai Bahar yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama 3 Nota Cinta ini adalah Ashraf Muslim, Sharifah Rose, Afifah Nasir, Wanie Kayrie, Muaz Fitri, Zila Bakarin, Jalaludin Hassan, Aznah Hamid, Jasper Supayah, Salina Saibi dan ramai lagi. Selain itu drama ini mempunyai 14 episod dan diarahkan oleh Emi Suffian serta diterbitkan oleh Orangetree Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama 3 Nota Cinta ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Ashraf Muslim sebagai Zain
Sharifah Rose sebagai Alisa
Afifah Nasir sebagai Abby
Wanie Kayrie sebagai Aini 
Zila Bakarin sebagai Sofea
Khairil Anwar Aman sebagai Razak
Jalaludin Hassan sebagai Bahar
Aznah Hamid sebagai Aminah




Sinopsis Drama 3 Nota Cinta Lakonan Ashraf Muslim dan Sharifah Rose Di Slot Akasia TV3

Mengisahkan Alisa (Sharifah Rose) sering menjadi mangsa kemarahan ibunya, Sofea (Zila Bakarin) selepas bapanya Razak (Khairil Anwar Aman) meninggalkan mereka tanpa khabar berita pada beberapa tahun lalu. Sofea terpaksa menebus fasakh sehingga terjatuh talak ketiga. Keluarga Alisa hancur dan sikap Sofea juga berubah secara drastik. Sofea menjadi pemarah dan mula mengongkong kehidupan anak-anaknya yang belum berkahwin. Hubungan Sofea dengan ibu bapanya, Bahar dan Aminah juga menjadi tegang apabila Sofea menganggap merekalah punca utama Razak bertindak meninggalkannya. Bahar mula menunjukkan tanda-tanda pelupa dan kadang-kala tidak dapat menguruskan diri. Setelah disahkan mengidap penyakit Alzheimer, nota-nota cinta yang ditulis olehnya dalam bahasa jawi menjadi memori paling indah buat Aminah. Alisa kagum dengan cinta utuh datuk dan neneknya yang masih setia bersama walaupun diuji dengan pelbagai insiden. Namun, Alisa tidak menaruh harapan dan tidak percaya akan wujudnya lelaki yang baik seakan datuknya dalam hidupnya

Satu hari, Alisa telah membawa Bahar dan Aminah makan di sebuah kedai. Dalam keadaan huru-hara untuk menguruskan Bahar, Zain (Ashraf Muslim) tampil menghulurkan bantuan. Zain cuba sedaya upaya untuk berkenalan dengan Alisa selepas pertemuan tersebut. Berdasarkan kad nama yang diberi oleh Aminah, Zain cuba mendekati Alisa dengan pertolongan Aminah, nenek Alisa. Akhirnya, Zain berjaya menghubungi Aminah dan dipelawa ke rumah. Aminah ingin menjodohkan Zain dan Alisa. Zain teruja untuk berkenalan dengan Alisa akan tetapi, Sofea mula bersikap dingin terhadap mereka. Sofea pernah memberi amaran keras kepada Alisa supaya tidak jatuh cinta pada mana-mana lelaki. Bagi Sofea, perkahwinan hanya akan membawa penderitaan. Setelah mengetahui Alisa pandai menulis puisi, Zain mengambil peluang meminta tolong Alisa meneliti lirik lagunya. Sebagai seorang pencipta lagu, Zain masih menunggu peluang untuk memperkenalkan karyanya kepada umum. Alisa menjumpai buku-buku nota milik datuknya yang mengandungi puisi dan kisah cinta Aminah dan Bahar.  Kebolehan Zain untuk membaca tulisan jawi juga menolong Alisa memahami ayat-ayat cinta nukilan datuknya. Lama-kelamaan, Alisa mula jatuh cinta dengan kebaikan Zain yang juga sangat prihatin dengan datuknya yang semakin uzur.
Drama 3 Nota Cinta, Drama 3 Nota Cinta Slot Akasia TV3, Drama Slot Akasia TV3, Poster Drama 3 Nota Cinta, Info dan Sinopsis Drama 3 Nota Cinta, Sinopsis Penuh Drama 3 Nota Cinta, 3 Nota Cinta Cast, Pelakon - Pelakon Drama 3 Nota Cinta, Ashraf Muslim, Sharifah Rose, Drama TV3,
Aminah memujuk Alisa untuk menerima Zain sebagai suaminya. Alisa menjadi serba salah kerana bantahan keras daripada ibunya. Malahan, kakaknya Abby (Afifah Nasir) juga menaruh perasaan pada Zain dan cuba memikat lelaki itu. Akhirnya, Zain dan Alisa bakal disatukan. Dengan bantuan Aminah dan Bahar, mereka berusaha menjejaki Razak untuk memintanya menjadi wali. Kehadiran Razak di majlis nikah Alisa mencetuskan kemarahan Sofea sehingga terjadinya insiden Bahar terpaksa dikejar ke hospital. Majlis terpaksa berhenti seketika. Ayah Zain, Datuk Hashim yang tidak bersetuju dengan pilihan anaknya juga beredar dari majlis kerana beranggapan keluarga Alisa tidak setaraf dengan mereka. Malahan, pertelingkahan besar juga terjadi di antara Zain dan ayahnya. Kejadian aib dan kekecohan terjadi pada Zain dan Alisa di hadapan tetamu yang hadir. Zain memujuk Alisa untuk teruskan hidup bersama keluarga yang sedang punah di hadapan mata mereka. Pelbagai dugaan mula menerpa setelah mereka bergelar suami isteri. Apakah bakal berlaku seterusnya? 

Tonton Online Drama 3 Nota Cinta Full Episode

Selain dari Kaca TV, korang juga boleh menonton drama ini secara online di perkhidmatan penstriman iQiyi pada hari yang sama selepas siaran di TV3

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Info dan Sinopsis Drama Filipina Legal Wives (TV3)


Read More


My Random Post