11 Feb 2022

Episod Akhir dan Ending Drama Shakira - Slot Akasia TV3



Drama Shakira, Drama Shakira Episod 1 Hingga 28 Full Episode - Slot Akasia TV3, Drama Shakira Full Episod, Sinopsis Penuh Drama Shakira, Info dan Sinopsis Drama Shakira, Poster Drama Shakira, Shakira Cast, Drama Akasia TV3, Pelakon - Pelakon Drama Shakira, Janna Nick, Shukri Yahaya, Khai Bahar,

Drama Shakira adalahd rama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama Kisah Cinta Kita yang telah tamat episodnya. Drama Shakira ini sudah mula bersiaran di tv3 sejak 5 Januari 2022 setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Antara pelakon drama Shakira ini adalah Janna Nick, Shukri Yahaya, Khai Bahar, Syerinie Myra, Ikhwan Khairudin, Nada Nur Syuhada, Wan Raja, Marisa Yasmin, Edika Yusof, Ramona Zamzam, Wan Nor Azlin dan ramai lagi. Selain itu drama Shakira ini mempunyai 28 episod dan diarahkan oleh Idora Abdul Rahman serta diterbitkan oleh Wiranusa Corporation Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, plus para pelakon utama drama ini popular belaka gitu. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Shakira ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Janna Nick sebagai Shakira 
Shukri Yahaya sebagai Amir
Khai Bahar sebagai Irdi
Syerinie Myra sebagai Anita
Ikhwan Khairudin sebagai Shidi
Nada Nur Syuhada sebagai Hanisah
Wan Raja sebagai Zakuan
Marisa Yasmin sebagai Makcik Aida
Edika Yusof sebagai Tuan Rizal
Ramona Zamzam sebagai Kartini
Wan Nor Azlin sebagai Kalsom
Melissa Wafa sebagai Yanie
Fathil Dani sebagai Dani 
Halimah Naim sebagai Mak Leha 
Aishah Sudin sebagai Kak Zah




Sinopsis Penuh Drama Shakira Lakonan Janna Nick, Shukri Yahaya dan Khai Bahar Slot Akasia TV3

Kehidupan Shakira (Janna Nick) dan Hanisah (Nada Nursyuhada) bukan mudah sejak dari kecil. Dua beradik yatim piatu menumpang teduh di rumah Makcik Aida (Marisa Yasmin), adik tiri arwah ibu mereka yang tamak, pentingkan diri sendiri dan sanggup buat apa saja demi mendapatkan harta peninggalan arwah ibu bapa mereka. Selepas Hanisah tamat pengajian dan baru mula bekerja, dia telah bercinta dengan Zakuan (Wan Raja). Walaupun hanya dua bulan berkenalan, Hanisah telah berkahwin dengan Zakuan atas rancangan Makcik Aida. Makcik Aida mempergunakan Zakuan yang juga anak saudaranya memujuk Hanisah menyerahkan duit simpanan yang sepatutnya diguna untuk biayai pengajian Shakira di universiti kepada Zakuan. Apabila Shakira mendapat tahu duit itu telah dijadikan modal perniagaan Zakuan, dia mula menjadi buskers untuk membiayai yurannya. Zakuan terjerumus dengan kegiatan berjudi dan berhutang keliling pinggang. 
Drama Shakira, Drama Shakira Episod 1 Hingga 28 Full Episode - Slot Akasia TV3, Drama Shakira Full Episod, Sinopsis Penuh Drama Shakira, Info dan Sinopsis Drama Shakira, Poster Drama Shakira, Shakira Cast, Drama Akasia TV3, Pelakon - Pelakon Drama Shakira, Janna Nick, Shukri Yahaya, Khai Bahar,
Sejak itu, Hanisah mula mengalami gangguan mental. Shakira terpaksa berhenti belajar dari kolej dan menjadi buskers sepenuh masa dengan kumpulan Busker Cinta Hati yang diketuai oleh Irdi (Khai Bahar). Satu hari, Shakira ditawarkan untuk menyanyi bersama-sama live band di sebuah resort baharu. Irdi menyokong keputusan Shakira. Dalam diam, Irdi menyukai Shakira tapi dia tidak mampu meluahkan isi hatinya. Irdi masih dibelunggui rasa bersalah atas kematian arwah isterinya. Dalam diam, Shakira juga semakin rapat dengan Amir (Shukri Yahaya). Amir seorang lelaki yang nampak serius tetapi berubah menjadi ceria setelah berkenalan dengan Shakira. Dia bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat sendiri. Empat tahun yang lalu, Amir patah hati setelah ditinggalkan oleh tunangnya, Anita. Pada mulanya, Amir tidak menyukai pemuzik jalanan kerana benci akan abang iparnya, Irdi. Demi Shakira, Amir mula mengubah pandangannya itu. Apa yang berlaku seterusnya?..

Lagu Tema / OST Drama Shakira

👄👄 Demi Cinta Ini nyanyian Tomok dan Fatin Afeefa 

Tonton Online Drama Shakira Episod 1 - Episod 28 (Akhir)
https://www.iq.com/play/qceoy1zl6p?&lang=ms_my&sh_pltf=4



Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post