Pasti pelik kenapa pesanan buat usahawan ini dari 3 orang iaitu Datuk K,
Asyraf iaitu anak Datuk K, dan juga Datuk Wira Dr Azizan Osman yang
merupakan mentor pemasaran terbaik di Asia. Jika anda masih belum
mengenali, sebenarnya ketiga-tiga insan ini berada dalam bidang
perniagaan dan pemasaran. Datuk K adalah Ahli perniagaan, Asyraf
juga merupakan pengasas syarikatnya manakala Datuk Wira Dr
Azizan Osman adalah Mentor Usahawan yang telah diiktiraf global.
Datuk Wira Dr Azizan Osman telah membantu ramai usahawan di luar sana.
Beliau merupakan mentor perniagaan bagi Asyraf Khalid.
Baru-baru ini, sempat menghadiri makan malam sempena hari lahir Datuk K
di rumahnya. Datuk K mendedahkan perubahan Asyraf setelah belajar
di dalam kelas Richworks. Datuk K ingin merakamkan penghargaan
buat Datuk Wira kerana membimbing anaknya sehingga berjaya
dalam perniagaan dan kehidupan hanya tempoh 3 tahun sahaja.
Itu amat menakjubkan. Berdasarkan Video ucapan penghargaan
Datuk K kepada mentor anaknya, Datuk Wira Dr Azizan Osman,
beberapa pesanan dan kebaikan dapat kita rumuskan bersama.
Perlu Ada Big Why Dalam Perniagaan
Asyraf mempunyai big why yang sangat kuat untuk membanggakan ayahnya. Beliau ingin bebas kewangan dan menjadi usahawan berjaya.
"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini.” - Asyraf
Percaya Kepada Mentor
Yakin jika itu adalah rezeki yang Allah bagi, maka perlu komited usahakan sehingga dapat hasil. Ikut sahaja guru yang kita sudah yakin kepadanya.
"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik," - Asyraf
Semua Orang Mampu Berubah
Datuk K juga mendedahkan bahawa dahulunya Asyraf tidak seperti sekarang. Beliau dikategorikan budak nakal dan selalu mengecewakan bapanya malah merasa tidak berjaya. Tapi Alhamdulillah semua orang mampu berubah dan berjaya.
Sentiasa Bersyukur Dengan Apa Yang Terjadi
Syukur kerana ucapan Datuk K baru-baru ini menunjukkan Datuk K telah
berbangga dengan kejayaan Asyraf. Alhamdulillah usaha membuahkan
hasil. Sabar pula ada manis akhirnya.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan
saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan
dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.”
- Asyraf
Kegagalan Adalah Pengajaran
Gagal itu normal bagi kita semua kerana jika sudah gagal, kita dapat
belajar dan baiki kesilapan kita.
Itulah sepatutnya. Jangan lagi kecewa jika gagal ya!
"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada
Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini,"
- Asyraf
Sentiasa Berkongsi Ilmu Walau Sudah Pandai
Asyraf menceritakan akan usahawan titan atau anak didik Datuk Wira
Dr Azizan Osman sangat suka berkongsi ilmu, tidak jemu dan sentiasa
beritahu apa yangsebetulnya untuk dibuat. Syukur Asyraf berada dalam kalangan mereka,
tak perlu buat salah, sebab dah tahu jalan betul.
"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu
tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgitmasih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan,"
- Asyraf
Ilmu Menyeluruh Dunia Dan Akhirat
Datuk K tahu bagaimana Azizan Osman bimbing anaknya kerana anaknya
benar-benar berubah
menjadi lebih baik dari sebelumnya. Ilmu yang diterapkan Azizan
Osman adalah ilmu dunia dan akhirat.
“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan,
beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya
sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil
bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.”
- Datuk K
Kesungguhan Bantu Dan Beri Manfaat Kepada Orang Lain
Kesungguhan Datuk Wira Dr Azizan Osman dilihat oleh datuk K. Beliau
bersungguh-sungguhmembantu anak didik beliau. MasyaAllah, sangat komited tuan guru,
kalau beginilah anak-anak murid pasti berjaya laju-laju!
“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang,
mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat,
awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung.
Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa
memulakan perniagaan,”
- Datuk K
Rendah Diri Dan Jangan Ego
Kejayaan ini milik Allah SWT. Jika Allah izinkan kita berjaya, jangan
kita lupa kepada orang yang belum berjaya. Kita perlu bantu orang lain
dan jangan sesekali ego atau sombong.
“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak
berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble,
more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,”
- Datuk K
Berikut adalah antara pesanan dari Datuk K, Asyraf dan Datuk Wira
Dr Azizan
Osman. Pesanan ini sebenarnya adalah ucapan Asyraf dan Datuk K
pada majlis
makan malam sempena hari lahir Datuk K. Tetapi diekspresikan
dalam bentuk pesanan.
Fahami Perkara Ini
Banyak perkara yang boleh kita fahami. Antaranya adalah:
Datuk Wira Dr Azizan Osman merupakan seorang mentor yang terbaik buat
Asyraf
Datuk Wira bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata
tetapi juga
membimbing dari segi kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan
Sang Pencipta.
Nilai-nilai baik diwujudkan dalam lingkungan anak didik Azizan dan RichWorks
menaikkan semangat mereka satu sama lain.
Datuk K juga menyatakan beliau mencemburui dan kagum kebolehan yang dimiliki Azizan melahirkan ramai usahawan jutawan.
“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.”
Ini bermakna, Datuk Wira Dr Azizan Osman adalah mentor usahawan terbaik untuk Asyraf dan untuk semua usahawan di luar sana!
bahagia ayah nya....
BalasPadam