Memaparkan catatan dengan label Siti Nurhaliza. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Siti Nurhaliza. Papar semua catatan

25 Feb 2022

9 Pesanan Buat Usahawan - Datuk K, Ashraf Dan Dr Azizan Osman



                             

Pasti pelik kenapa pesanan buat usahawan ini dari 3 orang iaitu Datuk K,

Asyraf iaitu anak Datuk K, dan juga Datuk Wira Dr Azizan Osman yang

merupakan mentor pemasaran terbaik di Asia. Jika anda masih belum

mengenali, sebenarnya ketiga-tiga insan ini berada dalam bidang

perniagaan dan pemasaran. Datuk K adalah Ahli perniagaan, Asyraf

juga merupakan pengasas syarikatnya manakala Datuk Wira Dr

Azizan Osman adalah Mentor Usahawan yang telah diiktiraf global.

Datuk Wira Dr Azizan Osman telah membantu ramai usahawan di luar sana.

Beliau merupakan mentor perniagaan bagi Asyraf Khalid.

                                 

Baru-baru ini, sempat menghadiri makan malam sempena hari lahir Datuk K

di rumahnya. Datuk K mendedahkan perubahan Asyraf setelah belajar

di dalam kelas Richworks. Datuk K ingin merakamkan penghargaan

buat Datuk Wira kerana membimbing anaknya sehingga berjaya

dalam perniagaan dan kehidupan hanya tempoh 3 tahun sahaja.

Itu amat menakjubkan. Berdasarkan Video ucapan penghargaan

Datuk K kepada mentor anaknya, Datuk Wira Dr Azizan Osman,

beberapa pesanan dan kebaikan dapat kita rumuskan bersama.


  1. Perlu Ada Big Why Dalam Perniagaan


Asyraf mempunyai big why yang sangat kuat untuk membanggakan ayahnya. Beliau ingin bebas kewangan dan menjadi usahawan berjaya.


"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini.” - Asyraf



  1.  Percaya Kepada Mentor 


Yakin jika itu adalah rezeki yang Allah bagi, maka perlu komited usahakan sehingga dapat hasil. Ikut sahaja guru yang kita sudah yakin kepadanya.


"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik," - Asyraf



  1. Semua Orang Mampu Berubah

Datuk K juga mendedahkan bahawa dahulunya Asyraf tidak seperti sekarang. Beliau dikategorikan budak nakal dan selalu mengecewakan bapanya malah merasa tidak berjaya. Tapi Alhamdulillah semua orang mampu berubah dan berjaya.



  1.  Sentiasa Bersyukur Dengan Apa Yang Terjadi


Syukur kerana ucapan Datuk K baru-baru ini menunjukkan Datuk K telah

berbangga dengan kejayaan Asyraf. Alhamdulillah usaha membuahkan

hasil. Sabar pula ada manis akhirnya.


"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan

saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan

dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.”

- Asyraf


  1.  Kegagalan Adalah Pengajaran


Gagal itu normal bagi kita semua kerana jika sudah gagal, kita dapat

belajar dan baiki kesilapan kita.

Itulah sepatutnya. Jangan lagi kecewa jika gagal ya!


"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada

Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini,"

- Asyraf


  1. Sentiasa Berkongsi Ilmu Walau Sudah Pandai


Asyraf menceritakan akan usahawan titan atau anak didik Datuk Wira

Dr Azizan Osman sangat suka berkongsi ilmu, tidak jemu dan sentiasa

beritahu apa yangsebetulnya untuk dibuat. Syukur Asyraf berada dalam kalangan mereka,

tak perlu buat salah, sebab dah tahu jalan betul.


"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu

tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgitmasih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan,"

- Asyraf


  1.  Ilmu Menyeluruh Dunia Dan Akhirat


Datuk K tahu bagaimana Azizan Osman bimbing anaknya kerana anaknya

benar-benar berubah

menjadi lebih baik dari sebelumnya. Ilmu yang diterapkan Azizan

Osman adalah ilmu dunia dan akhirat.


“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan,

beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya

sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil

bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.”

- Datuk K


  1.  Kesungguhan Bantu Dan Beri Manfaat Kepada Orang Lain


Kesungguhan Datuk Wira Dr Azizan Osman dilihat oleh datuk K. Beliau

bersungguh-sungguhmembantu anak didik beliau. MasyaAllah, sangat komited tuan guru,

kalau beginilah anak-anak murid pasti berjaya laju-laju!


“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang,

mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat,

awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung.

Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa

memulakan perniagaan,”

- Datuk K


  1.  Rendah Diri Dan Jangan Ego


Kejayaan ini milik Allah SWT. Jika Allah izinkan kita berjaya, jangan

kita lupa kepada orang yang belum berjaya. Kita perlu bantu orang lain

dan jangan sesekali ego atau sombong.


“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak

berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble,

more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,”

- Datuk K


Berikut adalah antara pesanan dari Datuk K, Asyraf dan Datuk Wira

Dr Azizan

Osman. Pesanan ini sebenarnya adalah ucapan Asyraf dan Datuk K

pada majlis

makan malam sempena hari lahir Datuk K. Tetapi diekspresikan

dalam bentuk pesanan. 


Fahami Perkara Ini


Banyak perkara yang boleh kita fahami. Antaranya adalah:


  • Datuk Wira Dr Azizan Osman merupakan seorang mentor yang terbaik buat

  • Asyraf

  • Datuk Wira bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata

  • tetapi juga

  • membimbing dari segi kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan

  • Sang Pencipta.

  • Nilai-nilai baik diwujudkan dalam lingkungan anak didik Azizan dan RichWorks

  • menaikkan semangat mereka satu sama lain.


Datuk K juga menyatakan beliau mencemburui dan kagum kebolehan yang dimiliki Azizan melahirkan ramai usahawan jutawan. 


“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.”


Ini bermakna, Datuk Wira Dr Azizan Osman adalah mentor usahawan terbaik untuk Asyraf dan untuk semua usahawan di luar sana!

Read More

24 Sep 2019

Sinopsis Filem Dendam Pontianak




Dendam Pontianak, Revenge Of Pontianak, Sinopsis Filem Dendam Pontianak, Filem Melayu, Malay Movie, Filem Baru Fazura, Filem Baru Remy Ishak, OST Filem Dendam Pontianak Dinyanyikan Oleh Dato Sri Siti Nurhaliza, Sinopsis Dendam Pontianak, Senarai Pelakon Filem Dendam Pontianak, Remy Ishak, Nur Fazura, Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Tony Eusoff, Nam Ron, Nadia Aqilah, Nik Harraz Danish, Wan Hanafi Su, Nadiah M.Din, Poster Filem Dendam Pontianak,
Sinopsis Filem Dendam Pontianak Lakonan Fazura dan Remy Ishak

Filem Dendam Pontianak (Revenge Of The Pontianak) telah pun ditayangkan di pawagam Malaysia pada 12 September 2019 yang lalu. Antara pelakon filem Dendam Pontianak ini adalah Remy Ishak, Nur Fazura, Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Tony Eusoff, Nam Ron, Nadia Aqilah, Nik Harraz Danish, Wan Hanafi Su, Nadiah M.Din dan ramai lagi. Selain itu filem seram Dendam Pontianak ini diarahkan oleh Glen Goei & Gavin Yap dan diterbitkan oleh Tiger Tiger Pictures & 13 Little Pictures. Nampak menarik filem ini kan, plus ada Fazura dan Remy Ishak gitu. Apa pun jom tengok sinopsis filem ini di bawah ye...





Sinopsis Filem Dendam Pontianak

1965, Malaysia. Di sebuah kampung terpencil, Khalid (Remy Ishak) dan Siti (Shenty Feliziana) membuat persiapan hari pernikahan mereka dan tak lama kemudian mereka pun bernikah. Setelah pernikahan mereka selesai, anasir jahat mula menyelubungi perkampungan itu apabila berlakunya kematian dan kejadian misteri yang telah mencetuskan ketakutan dan kekecohan di kalangan penduduk kampung. Kejadian tersebut memaksa Khalid untuk mengaku bahawa dia telah membunuh seorang perempuan bernama Mina (Fazura) yang sedang mengandungkan anaknya beberapa tahun lalu, dan kini dia muncul sebagai Pontianak. Khalid telah mengumpulkan semua lelaki di kampungnnya untuk memburu Pontianak itu di hutan akan tetapi adakah pemburuan mereka berhasil?
dam Pontianak, Filem Melayu, Malay Movie, Filem Baru Fazura, Filem Baru Remy Ishak, OST Filem Dendam Pontianak Dinyanyikan Oleh Dato Sri Siti Nurhaliza, Sinopsis Dendam Pontianak, Senarai Pelakon Filem Dendam Pontianak, Remy Ishak, Nur Fazura, Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Tony Eusoff, Nam Ron, Nadia Aqilah, Nik Harraz Danish, Wan Hanafi Su, Nadiah M.Din, Poster Filem Dendam Pontianak,
Read More

17 Sep 2019

Lirik Lagu Kasihku Selamanya Nyanyian Dato Sri Siti Nurhaliza




Lagu Kasihku Selamanya nyanyian Dato Sri Siti Nurhaliza, Siti Nurhaliza, Penyanyi Nombor 1 Malaysia, Lirik Lagu Kasihku Selamanya Nyanyian Dato Sri Siti Nurh aliza, OST Filem Dendam Pontianak, OST Filem Dendam Pontianak Lakonan Fazura dan Remy Ishak,
Lirik Lagu Kasihku Selamanya Nyanyian Dato Sri Siti Nurhaliza

Selepas sukses dengan lagu Anta Permana, Dato Sri Siti Nurhaliza kembali dengan lagu baru ciptaan Aubrey Suwito dan lirik lagu ditulis oleh Ad Samad bertajuk Kasihku Selamanya. Lagu Kasihku Selamanya ini juga adalah lagu tema / OST Filem Dendam Pontianak lakonan Fazura dan Remy Ishak gitu. So jom layan lirik lagu ini di bawah okey..lalalaala..


Sayangi ku...Sayang ku
Seperti sayangnya ku padamu
Ku tagih kasihmu 
Ku raih dari mu 
Semangat cinta paling agung

Telah ku katakan kepadamu
Engkau dan aku selamanya
Biapun berakhir masa terhenti nyawa 
Ku masih kan mencinta

Telah kau berjanji kepada ku
Setia mu selamanya
Akulah satu-satunya
Yang akan kau cinta

Sayangi ku... Sayang ku...
Sayangi hanya aku.. Sayang ku
Ku dendam rindu mu
Ku idam darimu 
Kasmara cinta paling pijar

Telah ku katakan kepadamu
Engkau dan aku selamanya
Biapun berakhir masa terhenti nyawa 
Ku masih kan mencinta

Telah kau berjanji kepada ku
Setia mu selamanya
Akulah satu-satunya
Yang akan kau cinta

Ku di dalam kerasukkan
Kau begitu mengasyikkan
Maaf kiranya ku tersimpang

Telah ku katakan kepadamu
Engkau dan aku selamanya
Biapun berakhir masa terhenti nyawa 
Ku masih kan mencinta

Telah kau berjanji kepada ku
Setia mu selamanya
Akulah satu-satunya
Yang akan kau cinta

Akulah satu-satunya
Yang akan kau cinta
Read More


My Random Post