Memaparkan catatan dengan label Remy Ishak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Remy Ishak. Papar semua catatan

28 Mac 2022

Drama Jangan Menangis Cinta Episod 1 Hingga 40 Slot MegaDrama Astro Ria



Drama Jangan Menangis Cinta, Sinopsis Drama Jangan Menangis Cinta, OST Drama Jangan Menangis Cinta, Poster Drama Jangan Menangis Cinta, Drama Jangan Menangis Cinta Full Episode, Jangan Menangis Cinta Cast, Pelakon - Pelakon Drama Jangan Menangis Cinta, Remy Ishak, Amyra Rosli, Drama Bulan Ramadan Astro Ria,

Drama Jangan Menangis Cinta adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan Drama Ulya Dini. Drama ini mempunyai 40 episod dan mula bersiaran di Astro Ria sejak 21 Mac 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Antara pelakon drama Jangan Menangis Cinta ini adalah Remy Ishak, Amyra Rosli, Rita Nadira, Halim Radzi, Siti Rohkhaida @ Kiah Propa, Hilal Azman Khaty Azian, Ku Faridah, Fadilah Mansor, Atilia Haron, Rahim Jailani, Wanns Ahmad, Amanda Amry, Idzham Ismail, Fiza Thomas, Rashdan Baba, Sharifah Fathimah Hawra dan ramai lagi. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Jangan Menangis Cinta Karya Siti Rosmizah Semail. Selain itu drama ini diarahkan oleh Raja Mukhriz dan diterbitkan oleh SR One Sdn Bhd. Drama Jangan Menangis Cinta ini juga akan bersiaran sepanjang bulan Ramadan ini kerana episodnya agak panjang iaitu 40 episod, sama macam drama Rindu Awak Separuh Nyawa gitu. Nampak menarik kan drama ini, apa pun jom tengok watak - watak pelakon drama Jangan Menangis Cinta ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey, selamat membaca..

Remy Ishak sebagai Zafran
Amyra Rosli sebagai Riyana
Rita Nadira sebagai Dina
Halim Radzi sebagai Hariz
Sharifah Fathimah Hawra sebagai Cinta Aryana
Kiah Propa sebagai Mak Yang
Atilia Haron sebagai Amirah 
Khaty Azian sebagai Puan Sabrina
Wanns Ahmad sebagai Hafiz
Fiza Thomas sebagai Mawar
Ku Fridah sebagai Puan Seri Latifah
Amanda Amry sebaagai Nabilah
Idzham Ismail sebagai Zulkifli
Rahim Jailani sebagai Dato Seri Jaafar
Fadilah Mansor sebagai Datin Seri Raziah
Hilal Azman sebagai Pak Nordin




Sinopsis Drama Jangan Menangis Cinta Lakonan Remy Ishak dan Amyra Rosli Di Slot MegaDrama Astro Ria

Mengisahkan perkahwinan aturan keluarga antara Riyana (Amyra Rosli) dan Zafran (Remy Ishak) yang mana mencetuskan rasa cinta apabila Riyana hamil. Bagaimanapun perkahwinan mereka diduga apabila anak mereka, Cinta Aryana, dilahirkan tanpa sebelah kaki. Riyana seorang gadis dari keluarga sederhana. Seorang pelajar yang bijak dan sedang menuntut di universiti tempatan. Pertemuan tanpa diduga dengan Zafran Zahim telah menghuru-harakan hidupnya. Pertemuan tanpa sengaja dengan abangnya, Hariz makin mendekatkan Riyana dengan musuh utamanya. Takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalang. Riyana bertemu jodoh dengan Zafran. Tetapi dia tidak bahagia. Riyana bukan saja makan hati dengan sikap suaminya tetapi juga dengan emak mentua yang begitu membencinya. Dalam Riyana mengharungi dugaan hidupnya. Allah menyemaikan kasih di dalam hati suaminya. Zafran akhirnya jatuh cinta dengan isterinya. Namun, bahagia seketika cuma. Dugaan datang melanda. Cinta Aryana pengikat kasih mereka, lahir tidak sempurna. Riyana redha tetapi Zafran tidak boleh menerima. Cinta dihina! Dicemuh! Dibenci! Oleh bapa kandungnya sendiri. Sehinggakan nak memegangnya pun terasa jijik! Luluh hati Riyana melihat nasib anaknya. Demi Cinta, Riyana sanggup berkorban apa saja.
Drama Jangan Menangis Cinta, Sinopsis Drama Jangan Menangis Cinta, OST Drama Jangan Menangis Cinta, Poster Drama Jangan Menangis Cinta, Drama Jangan Menangis Cinta Full Episode, Jangan Menangis Cinta Cast, Pelakon - Pelakon Drama Jangan Menangis Cinta, Remy Ishak, Amyra Rosli, Drama Bulan Ramadan Astro Ria,
Runut Bunyi / Lagu Tema/ OST Drama Jangan Menangis Cinta 

  • Jangan Menangis Cinta - Idayu
  • Selamat Tinggal Cinta - Syarfa
  • Cinta Khayalan - Wany Hasrita
  • Bukan Milikku - Muna Shahirah
  • Kecewa - Tuah Adzmi
  • Izinkan Aku - Tajul Ariff
  • Mimpi - Haqiem Rusli
  • Malam Semakin Dingin - Tajul Ariff & Afieq Shazwan
  • Hello - Farisha Iris
  • Lumpuh - Izzal Anuar
  • Duri - Ahmad Syafiq
  • Hati Nan Rapuh - Fanzi Ruji
  • Cemburu - Nabila Razali

Tonton Online Drama Jangan Menangis Cinta Full Episode

Drama Jangan Menangis Cinta boleh ditonton di Youtube Astro Gempak tapi hanya 4 episod terawal saja, selebihnya boleh ditonton di Astro Go.



Read More

22 Okt 2020

Drama Hati Yang Tersakiti Lakonan Remy Ishak, Nad Zainal dan Mimi Lana (TV3)



Drama Hati Yang Tersakiti, Slot Samarinda, TV3, Sinopsis Drama Hati Yang Tersakiti, Info - Info Drama Hati Yang Tersakiti, Poster Drama Hati Yang Tersakiti, Pelakon - Pelakon Drama Hati Yang Tersakiti, Drama Baru Remy Ishak, Drama Baru Nad Zainal, Drama Baru Mimi Lana, Biodata Terkini Mimi Lana,

Drama Hati Yang Tersakiti adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama Bicara Cinta Lakonan Adi Putra dan Emma Maembong yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Hati Yang Tersakiti ini adalah Remy Ishak, Nad Zainal, Mimi Lana, Riz Amin, Husna Mustaffa, Meor Mohd, Fad Anuar, Ainina Ahmad B, Rahim Jailani dan ramai lagi. Selain itu drama ini sudah mula bersiaran sejak 15 Oktober yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama Hati Yang Tersakiti ini mempunyai 15 episod dan diarahkan oleh Feroz Kader serta diterbitkan oleh Art Ornament Sdn Bhd. Mimi Lana memegang watak jahat dalam drama ni gitu, memang nampak menarik drama ni kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini dibawah ye..
 



Sinopsis Drama Hati Yang Tersakiti Lakonan Remy Ishak, Nad Zainal dan Mimi Lana - Slot Samarinda TV3

Mona (Nad Zainal) dan Farah (Mimi Lana )berkawan baik sejak mereka belajar di kolej. Selepas beberapa tahun, mereka berdua bertemu kembali. Mona kini hidup bahagia dengan suaminya, Haris (Remy Ishak) walaupun belum dikurniakan cahaya mata. Namun, rumah tangga yang dibina berdasarkan kepercayaan mulai tergugat. Mampukah ia diselamatkan dan persahabatan yang terjalin lama dimuliakan? Atau bakal ada hati yang tersakiti ?
Haris (Remy Ishak) dahulunya seorang penghantar surat. Berkat usahanya, dia kini berjaya menjadi seorang usahawan maklumat teknologi (IT). Mona (Nad Zainal) pula seorang lepasan kolej yang bekerja sebagai perunding majlis. Pertemuan pertama Haris dan Mona di kolej membibitkan cinta tetapi Farah (Mimi Lana) rasa Haris tidak layak dan tidak setaraf dengan Mona yang berpelajaran tinggi. Farah pernah memperkenalkan Mona kepada anak Datuk malahan dia sendiri memilih anak kepada seorang Tan Sri sebagai suaminya. Farah tidak menjemput Mona ke majlis perkahwinannya. Dia juga tidak hadir ke majlis perkahwinan Mona dengan alasan bekerja.
Drama Hati Yang Tersakiti, Slot Samarinda, TV3, Sinopsis Drama Hati Yang Tersakiti, Info - Info Drama Hati Yang Tersakiti, Poster Drama Hati Yang Tersakiti, Pelakon - Pelakon Drama Hati Yang Tersakiti, Drama Baru Remy Ishak, Drama Baru Nad Zainal, Drama Baru Mimi Lana, Biodata Terkini Mimi Lana,

Selepas berkahwin dengan Adrian (Riz Amin), Farah sudah tidak menghubungi Mona. Masing-masing telah membawa haluan sendiri dan tidak bertanya khabar berita. Kini, perkahwinan Haris dan Mona sudah masuk 5 tahun dan dipenuhi dengan kasih sayang dan kebahagiaan. Haris tidak pernah melalaikan tanggungjawab sebagai seorang suami cuma mereka belum berpeluang mendapatkan cahaya mata sebagai pelengkap perkahwinan. Farah pula menjadi seorang model terkenal dan masih tidak mempunyai anak, malah dia sekarang di dalam proses penceraian. Mona dan Farah bertemu kembali. Selepas mengetahui keadaan Farah yang belum mendapatkan tempat tinggal kerana krisis rumah tangga, Mona mempelawa kawan baiknya untuk tinggal di rumahnya buat sementara waktu. Haris tidak senang dengan kehadiran Farah kerana ia akan mengganggu privasi mereka dan mula tetapkan syarat kepada Farah. Akhirnya, Haris akur kerana Mona rasa kasihan dan mahu membantu sahabatnya. Farah berterima kasih dengan keprihatinan yang diberikan kepadanya. Lama-kelamaan, dalam diam Farah mulai mencemburui kesempurnaan yang dirasai dalam rumah tangga Mona dan makin lama dia juga ingin memilikinya.

Read More

1 Mei 2020

Drama Bukan Gadis Biasa Lakonan Remy Ishak dan Ayda Jebat




Drama Bukan Gadis Biasa, Drama Akasia TV3, Drama Bulan Ramadan, Drama Adaptasi Novel, Novel Bukan Gadis Biasa Karya Liza Nur, Poster Drama Bukan Gadis Biasa, Pelakon Utama Drama Bukan Gadis Biasa, Remy Ishak, Ayda Jebat, Nazim Othman, Mas Khan, Sheila Rusly, Ozlynn Waty, Sinopsis Drama Bukan Gadis Biasa,
Drama Bukan Gadis Biasa - Slot Akasia TV3


Drama Bukan Gadis Biasa adalah drama terbaru di slot Akasia yang disiarkan bagi menggantikan drama Ironi Kasih yang telah tamat episodnya. Kiranya ni bulan Ramadan gitu sebab disiarkan dalam bulan Ramadan. Drama ini adalah adaptasi daripada Novel Bukan Gadis Biasa karya Liza Nur. Selain itu drama Bukan Gadis Biasa ini mempunyai 28 episod dan sudah mula bersiaran di TV3 sejak 23 April 2020 yang lalu, iaitu setiap Isnin hingga Sabtu, jam 7 malam. Antara pelakon drama Bukan Gadis Biasa ini adalah Ayda Jebat, Remy Ishak, Nazim Othman, Sheila Rusly, Ozlynn Waty, Chacha Maembong, Mas Khan, Idzham Ismail, Zarul Husin, Ako Mustapha, Shajiry, Haeryanto Hassan, Lia Natalia dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Azman Haji Yahya dan diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Antara lagu tema / OST Drama Bukan Gadis Biasa ini adalah Angkara nyanyian Aisha Hanim dan lagu Satu nyanyian Zulhilmi. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.




Sinopsis Drama Bukan Gadis Biasa Lakonan Remy Ishak dan Ayda Jebat (Akasia TV3)


Jo atau Johana (Ayda Jebat) berubah perwatakan persis lelaki (tomboy) apabila terpaksa melalui kemelut kehidupan yang sukar semasa kecil dan terpaksa menjaga anak buahnya, Aisya setelah kematian kakaknya. Amirul (Mas Khan), jurulatih tinju kepada Johana meyimpan perasaan terhadapnya kerana tertarik dengan peribadi Johana yang penuh persoalan. Rayyan memiliki syarikat penyiasatan persendirian dan dia diupah oleh ayahnya untuk menjejaki opahnya sendiri iaitu Aminah yang hilang dari rumah. Rayyan sangat membenci opahnya kerana opahnya selalu mendera dan membuli ibunya dan juga dirinya sejak dia masih kecil lagi. Awalnya Rayyan tak mahu mengambil tahu pasal opahnya yang hilang itu. Tapi mengenangkan syarikat penyiasatannya yang kini hampir bankrup, dia bersetuju untuk mencari opahnya itu. 
 Drama Bukan Gadis Biasa, Drama Akasia TV3, Drama Bulan Ramadan, Drama Adaptasi Novel, Novel Bukan Gadis Biasa Karya Liza Nur, Poster Drama Bukan Gadis Biasa, Pelakon Utama Drama Bukan Gadis Biasa, Remy Ishak, Ayda Jebat, Nazim Othman, Mas Khan, Sheila Rusly, Ozlynn Waty, Sinopsis Drama Bukan Gadis Biasa,
Dalam masa yang sama Rayyan dah mula tertarik dengan Johana apabila mereka sering terserempak. Selepas meninggalkan rumah, Aminah yang sudah nyanyuk dan kurang siuman tersesat di tengah kota raya dan dibantu oleh Johana. Johana yang kasihan melihat Aminah membawanya pulang dan mereka tinggal bersama. Rayyan memulakan penyiasatan untuk mencari. Di situlah dia mengetahui opahnya kini berada dengan Johana. Insiden demi insiden berlaku membuatkan Rayyan makin jatuh hati dengan Johana. Namun kemunculan Amer (Nazim Othman) yang juga merupakan adik pada Rayyan yang cuba mencuri hati Johana membuatkan semuanya menjadi semakin sukar. Rayyan dan Amer sememangnya tidak rapat sejak dari kecil kerana berlainan ibu dan mereka juga saling membenci antara satu sama lain. Apa yang berlaku seterusnya?.

Jom Baca Ini Juga ➡️ Sinopsis dan Review Drama Korea My Fellow Citizen
⏩ Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai
Read More

24 Sep 2019

Sinopsis Filem Dendam Pontianak




Dendam Pontianak, Revenge Of Pontianak, Sinopsis Filem Dendam Pontianak, Filem Melayu, Malay Movie, Filem Baru Fazura, Filem Baru Remy Ishak, OST Filem Dendam Pontianak Dinyanyikan Oleh Dato Sri Siti Nurhaliza, Sinopsis Dendam Pontianak, Senarai Pelakon Filem Dendam Pontianak, Remy Ishak, Nur Fazura, Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Tony Eusoff, Nam Ron, Nadia Aqilah, Nik Harraz Danish, Wan Hanafi Su, Nadiah M.Din, Poster Filem Dendam Pontianak,
Sinopsis Filem Dendam Pontianak Lakonan Fazura dan Remy Ishak

Filem Dendam Pontianak (Revenge Of The Pontianak) telah pun ditayangkan di pawagam Malaysia pada 12 September 2019 yang lalu. Antara pelakon filem Dendam Pontianak ini adalah Remy Ishak, Nur Fazura, Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Tony Eusoff, Nam Ron, Nadia Aqilah, Nik Harraz Danish, Wan Hanafi Su, Nadiah M.Din dan ramai lagi. Selain itu filem seram Dendam Pontianak ini diarahkan oleh Glen Goei & Gavin Yap dan diterbitkan oleh Tiger Tiger Pictures & 13 Little Pictures. Nampak menarik filem ini kan, plus ada Fazura dan Remy Ishak gitu. Apa pun jom tengok sinopsis filem ini di bawah ye...





Sinopsis Filem Dendam Pontianak

1965, Malaysia. Di sebuah kampung terpencil, Khalid (Remy Ishak) dan Siti (Shenty Feliziana) membuat persiapan hari pernikahan mereka dan tak lama kemudian mereka pun bernikah. Setelah pernikahan mereka selesai, anasir jahat mula menyelubungi perkampungan itu apabila berlakunya kematian dan kejadian misteri yang telah mencetuskan ketakutan dan kekecohan di kalangan penduduk kampung. Kejadian tersebut memaksa Khalid untuk mengaku bahawa dia telah membunuh seorang perempuan bernama Mina (Fazura) yang sedang mengandungkan anaknya beberapa tahun lalu, dan kini dia muncul sebagai Pontianak. Khalid telah mengumpulkan semua lelaki di kampungnnya untuk memburu Pontianak itu di hutan akan tetapi adakah pemburuan mereka berhasil?
dam Pontianak, Filem Melayu, Malay Movie, Filem Baru Fazura, Filem Baru Remy Ishak, OST Filem Dendam Pontianak Dinyanyikan Oleh Dato Sri Siti Nurhaliza, Sinopsis Dendam Pontianak, Senarai Pelakon Filem Dendam Pontianak, Remy Ishak, Nur Fazura, Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Tony Eusoff, Nam Ron, Nadia Aqilah, Nik Harraz Danish, Wan Hanafi Su, Nadiah M.Din, Poster Filem Dendam Pontianak,
Read More

2 Sep 2019

Sinopsis Filem Sangkar (2019)




Sangkar, Filem, Movie, Filem Melayu, Malay Movie, Filem Sangkar, Sangkar Movie, Sinopsis Filem Sangkar, Filem Baru Remy Ishak, Filem Baru Zul Ariffin, Filem Kedua Mira Filzah, Biodata Penuh Mira Filzah, Poster Filem Sangkar, Pelakon Filem Sangkar, Zul Ariffin, Remy Ishak, Mira Filzah, Achey Bocey, Fadlan Hazim, James Mcsweeney, Carliff Carleel, Andy Teh, Rashid Salleh, Ray Era, Nik Adam Mika, Niezam Zaidi, Arman Graseka, Filem Melayu 2019,
Sinopsis Filem Sangkar Lakonan Zul Ariffin, Remy Ishak dan Mira Filzah

Filem Sangkar kini sudah ditayangkan di pawagam bermula 29 Ogos yang lalu. Filem Sangkar ini mengisahkan tentang dua pejuang MMA (seni bela diri campuran) tempatan dan permusuhan antara mereka, serta perjuangan demi maruah dan keluarga. Antara pelakon filem Sangkar ini adalah Zul Ariffin, Remy Ishak, Mira Filzah, Achey Bocey, Fadlan Hazim, James Mcsweeney, Carliff Carleel, Andy Teh, Rashid Salleh, Ray Era, Nik Adam Mika, Niezam Zaidi, Arman Graseka dan ramai lagi. Selain itu filem aksi ini diarahkan oleh Kabir Bhatia dan diterbitkan oleh Primeworks Studios, Astro Shaw, Infinitus Gold dan mm2 Entertainment. Filem Sangkar ini juga adalah filem kedua Mira Filzah selepas filem Rise : Ini Kalilah. Banyak komen - komen yang aku baca di Twitter mengatakan filem Sangkar ini best dan menarik. Apa pun jom tengok sinopsis filem ini di bawah okey.




Sinopsis Filem Sangkar ( #SangkarMovie )

Mengisahkan tentang Adam (Zul Ariffin), seorang pejuang MMA yang angkuh, telah memenangi sebuah pertarungan dengan taktik kotornya. Apabila dicabar di luar Sangkar, Adam secara tidak sengaja mencederakan pihak lawannya, Johan (Remy Ishak). Adam dibelenggu rasa bersalah dan risau kerana Johan tahu bahawa dialah punca menyebabkan kecederaan itu. Tetapi lama kelamaan, Adam secara tidak sengaja telah menjadi sebahagian daripada hidup Johan. Dia kemudian mendapat tahu kecederaan yang telah menimpa Johan itu telah menyebabkan Liya (Mira Filzah) dan Reza (Nik Adam Mika), ahli keluarga Johan hilang punca rezeki dan harapan. Untuk menebus kesalahannya, Adam kembali bertarung di pertarungan bawah tanah untuk mendapatkan habuan supaya dapat membantu Johan sekeluarga. Johan pula sedang bertarung dengan kesihatan dan pemulihan demi keluarganya, Pada saat ini, Adam mengingatkan tujuan diri sebagai pejuang MMA dan ambil cabaran untuk melawan dengan pejuang MMA antarabangsa. Bolehkan dia berjaya?

Jom Baca Ini juga ➔ Biodata Terkini Mira Filzah

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Read More

11 Mei 2019

Sinopsis Drama Imaan Lakonan Nora Danish & Remy Ishak




Imaan, Drama Imaan, Sinopsis Drama Imaan, Astro Ria, Drama Bersiri, Drama Melayu, Drama Melayu Astro Ria 2019, Drama Bulan Ramadan, Drama Islamik, Pengajaran, Adaptasi Drama Pakistan Khuda Aur Mohabbat, OST Drama Imaan, Cast, Pelakon Drama Imaan, Nora Danish, Remy Ishak, Fendy Bakry, Datuk Rahim Razali, Dian P Ramlee, Fikhree Bakar, Wan Sharmila, Sharifah Husna, Shafira Edora, Rahim Omar, Eizlan Yusof, Adam Corrie, Syamim Farid, Nora Danish Bertudung Labuh Dalam Drama Imaan, Ending Drama Imaan,

Drama Imaan ini sudah bersiaran di Astro Ria sejak 1 Mei 2019 yang lalu, setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Antara pelakon drama Imaan ini adalah Nora Danish, Remy Ishak, Fendy Bakry, Datuk Rahim Razali, Dian P Ramlee, Fikhree Bakar, Wan Sharmila, Sharifah Husna, Shafira Edora, Rahim Omar, Eizlan Yusof, Adam Corrie, Syamim Farid dan ramai lagi. Drama Imaan ini adalah adaptasi daripada drama Pakistan yang bertajuk Khuda Aur Mohabbat (2011). Selain itu drama Imaan ini mempunyai 15 episod dan diarahkan oleh Yusry Abdul Halim serta diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Manakala lagu tema / OST Imaan ini dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah bertajuk Nanti. Drama Imaan ini memang bergenre islamik gitu tapi kalau diorang ikut ending drama Pakistan tu memang sedihlah ending drama Imaan ni kecualilah kalau diorang tukar endingnya untuk versi drama Melayu ni. Comel giler Nora Danish pakai tudung labuh tu kan, sweet je. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey..




Sinopsis Drama Imaan (Astro Ria)

Drama Imaan mengisahkan tentang perbezaan ideologi agama. Hezrey (Remy Ishak) dilahirkan dari keluarga elite dan kaya telah bertemu dengan Imaan (Nora Danish) dimana Imaan adalah anak kepada seorang guru Agama yang mengajar kanak-kanak mengaji di kampung. 
Pertemuan itu telah menyebabkan kehidupan Hezrey berubah dan sanggup meninggalkan segala kekayaannya dan sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan demi Imaan. Tujuan utama perubahan yang dilakukan oleh Hezrey adalah untuk meletakkan dirinya sebagai menantu dan di terima oleh keluarga Imaan. Dalam masa yang sama Abdullah (Fendy Bakry) seorang lelaki yang baik dan alim di kampung itu turut jatuh hati pada Imaan.
Imaan, Drama Imaan, Sinopsis Drama Imaan, Astro Ria, Drama Bersiri, Drama Melayu, Drama Melayu Astro Ria 2019, Drama Bulan Ramadan, Drama Islamik, Pengajaran, Adaptasi Drama Pakistan Khuda Aur Mohabbat, OST Drama Imaan, Cast, Pelakon Drama Imaan, Nora Danish, Remy Ishak, Fendy Bakry, Datuk Rahim Razali, Dian P Ramlee, Fikhree Bakar, Wan Sharmila, Sharifah Husna, Shafira Edora, Rahim Omar, Eizlan Yusof, Adam Corrie, Syamim Farid, Nora Danish Bertudung Labuh Dalam Drama Imaan, Ending Drama Imaan,
Akibat penghinaan keluarga Hezrey terhadap ayah Imaan menyebabkan usaha yang dilakukan selama ini sia-sia sahaja. Demi permintaan ayah Imaan telah menyuruh Hezrey pulang ke keluarganya tetapi dia enggan. Keadaan menjadi rumit menyebabkan Imaan stress dan jatuh sakit. Apa yang berlaku seterusnya? Adakah Hezrey dapat memiliki Imaan? Dan adakah Ayah Imaan dapat menerima Hezrey sebagai menantu? Bagaimana pula dengan Abdullah, adakah Abdullah berjaya menjadikan Imaan isterinya?.

(Blog Dari Hati Miss Mulan)
Read More

15 Apr 2019

Sinopsis Filem Bu - Kasih Suci




Bu, Bu - Kasih Suci, Filem, Filem Melayu 2019, Malay Movie, Filem Bu - Kasih Suci, Sinopsis Filem Bu, Poster Filem Bu - Kasih Suci, Cast, Pelakon Filem Bu - Kasih Suci, Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Dian P.Ramlee, Iedil Putra, Nadia Brian, Rashidi Ishak, Mawar Rashid, Wan Hanafi Su, Tia Sarah, Filem Di Pawagam,
Sinopsis Filem Bu - Kasih Suci

Filem Bu atau Bu - Kasih Suci sudah pun ditayangkan pawagam bermula 11 April 2019 yang lalu. Antara pelakon filem Bu - Kasih Suci ini adalah Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Dian P.Ramlee, Iedil Putra, Nadia Brian, Rashidi Ishak, Mawar Rashid, Wan Hanafi Su, Tia Sarah dan ramai lagi. Wah ada ramai pelakon best dalam filem ini okey, selain itu filem Bu ini diarahkan oleh Jeany Amir dan diterbitkan oleh MM2 Entertainment. Filem Bu - Kasih Suci ini ini berkisarkan tentang cinta dan pengorbanan tiga ibu: seorang wanita bekerja, seorang suri rumah, seorang ibu hamil dengan keluarga mereka selepas sebuah kemalangan berlaku. Memang nampak menarik kan filem Bu ini, apa pun jom tengok sinopsis filem ini di bawah okey..




Sinopsis Filem Bu

Impian Kak Mah (Dian P. Ramlee) untuk memperoleh cucu mulai retak apabila menantu perempuannya, Diana (Mawar Rashid) tidak berhasrat memiliki zuriat dalam masa terdekat kerana memberi fokus terhadap kariernya. Walaupun mendapat sokongan daripada suaminya, Zack (Iedil Putra) namun Kak Mah tidak bersetuju dengan keputusan itu. Lebih teruk lagi, Kak Mah dan Diana juga tidak tahu tentang syarikat arkitek kepunyaan Zack dah gulung tikar dan kini dia masih menganggur. Manakala Aishah (Nadiya Nisaa) pula adalah seorang suri rumah berasa hidupnya semakin tertekan dan tidak dihargai apabila suaminya, Norman (Rashidi Ishak) yang bekerja sebagai doktor lebih fokus kepada kerjaya. Anak perempuan mereka, Julie (Tia Sarah) pula jarang ada di rumah dan suka bergaul dengan komuniti cosplay. Hubungan di antara Aishah dengan Norman dan Julie semakin renggang menyebabkannya mula meragui keputusan sendiri yang sanggup lepaskan impian sendiri demi keluarga tetapi pengorbanannya tidak dihargai.
Bu, Bu - Kasih Suci, Filem, Filem Melayu 2019, Malay Movie, Filem Bu - Kasih Suci, Sinopsis Filem Bu, Cast, Pelakon Filem Bu - Kasih Suci, Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Dian P.Ramlee, Iedil Putra, Nadia Brian, Rashidi Ishak, Mawar Rashid, Wan Hanafi Su, Tia Sarah, Filem Di Pawagam,
Hasrat Hafiz (Remy Ishak) dan isterinya, Norimah (Nadia Brian) termakbul apabila Norimah disahkan hamil setelah sekian lama mereka menanti berita gembira itu. Walaupun Hafiz yang bekerja sebagai tukang masak dipecat tetapi hubungan mereka semakin rapat malah Norimah menyokong Hafiz untuk mengejar impiannya menjadi novelis. Tetapi disebabkan Norimah yang dah berumur 40 tahun, kandungan bayinya berdepan dengan risiko tinggi dan perlu dijaga dengan sebaik mungkin. Keadaan menjadi semakin serius dan garisan kehidupan mereka mula bersilang apabila Zack sedang mengejar Diana yang tengah mengamuk itu terlanggar Aishah yang tertekan dengan layanan ahli keluarganya. Keadaan Aishah tidak stabil dan kemungkinan besar tidak akan sedar lagi. Kandungan Norimah juga dalam bahaya apabila dia dan Hafiz hampir dilanggar kereta yang meluncur laju di depan mereka. Apa yang berlaku seterusnya?

Lagu Tema / OST Filem Bu - Kasih Suci
⏩ Kasih Suci nyanyian Aina Abdul

Jemput Baca ini juga ➔ Sinopsis Filem Tiada Tajuk Arahan Mawi

(Blog Dari Hati Miss Mulan)
Read More


My Random Post