15 Apr 2019

Sinopsis Filem Bu - Kasih Suci




Bu, Bu - Kasih Suci, Filem, Filem Melayu 2019, Malay Movie, Filem Bu - Kasih Suci, Sinopsis Filem Bu, Poster Filem Bu - Kasih Suci, Cast, Pelakon Filem Bu - Kasih Suci, Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Dian P.Ramlee, Iedil Putra, Nadia Brian, Rashidi Ishak, Mawar Rashid, Wan Hanafi Su, Tia Sarah, Filem Di Pawagam,
Sinopsis Filem Bu - Kasih Suci

Filem Bu atau Bu - Kasih Suci sudah pun ditayangkan pawagam bermula 11 April 2019 yang lalu. Antara pelakon filem Bu - Kasih Suci ini adalah Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Dian P.Ramlee, Iedil Putra, Nadia Brian, Rashidi Ishak, Mawar Rashid, Wan Hanafi Su, Tia Sarah dan ramai lagi. Wah ada ramai pelakon best dalam filem ini okey, selain itu filem Bu ini diarahkan oleh Jeany Amir dan diterbitkan oleh MM2 Entertainment. Filem Bu - Kasih Suci ini ini berkisarkan tentang cinta dan pengorbanan tiga ibu: seorang wanita bekerja, seorang suri rumah, seorang ibu hamil dengan keluarga mereka selepas sebuah kemalangan berlaku. Memang nampak menarik kan filem Bu ini, apa pun jom tengok sinopsis filem ini di bawah okey..




Sinopsis Filem Bu

Impian Kak Mah (Dian P. Ramlee) untuk memperoleh cucu mulai retak apabila menantu perempuannya, Diana (Mawar Rashid) tidak berhasrat memiliki zuriat dalam masa terdekat kerana memberi fokus terhadap kariernya. Walaupun mendapat sokongan daripada suaminya, Zack (Iedil Putra) namun Kak Mah tidak bersetuju dengan keputusan itu. Lebih teruk lagi, Kak Mah dan Diana juga tidak tahu tentang syarikat arkitek kepunyaan Zack dah gulung tikar dan kini dia masih menganggur. Manakala Aishah (Nadiya Nisaa) pula adalah seorang suri rumah berasa hidupnya semakin tertekan dan tidak dihargai apabila suaminya, Norman (Rashidi Ishak) yang bekerja sebagai doktor lebih fokus kepada kerjaya. Anak perempuan mereka, Julie (Tia Sarah) pula jarang ada di rumah dan suka bergaul dengan komuniti cosplay. Hubungan di antara Aishah dengan Norman dan Julie semakin renggang menyebabkannya mula meragui keputusan sendiri yang sanggup lepaskan impian sendiri demi keluarga tetapi pengorbanannya tidak dihargai.
Bu, Bu - Kasih Suci, Filem, Filem Melayu 2019, Malay Movie, Filem Bu - Kasih Suci, Sinopsis Filem Bu, Cast, Pelakon Filem Bu - Kasih Suci, Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Dian P.Ramlee, Iedil Putra, Nadia Brian, Rashidi Ishak, Mawar Rashid, Wan Hanafi Su, Tia Sarah, Filem Di Pawagam,
Hasrat Hafiz (Remy Ishak) dan isterinya, Norimah (Nadia Brian) termakbul apabila Norimah disahkan hamil setelah sekian lama mereka menanti berita gembira itu. Walaupun Hafiz yang bekerja sebagai tukang masak dipecat tetapi hubungan mereka semakin rapat malah Norimah menyokong Hafiz untuk mengejar impiannya menjadi novelis. Tetapi disebabkan Norimah yang dah berumur 40 tahun, kandungan bayinya berdepan dengan risiko tinggi dan perlu dijaga dengan sebaik mungkin. Keadaan menjadi semakin serius dan garisan kehidupan mereka mula bersilang apabila Zack sedang mengejar Diana yang tengah mengamuk itu terlanggar Aishah yang tertekan dengan layanan ahli keluarganya. Keadaan Aishah tidak stabil dan kemungkinan besar tidak akan sedar lagi. Kandungan Norimah juga dalam bahaya apabila dia dan Hafiz hampir dilanggar kereta yang meluncur laju di depan mereka. Apa yang berlaku seterusnya?

Lagu Tema / OST Filem Bu - Kasih Suci
⏩ Kasih Suci nyanyian Aina Abdul

Jemput Baca ini juga ➔ Sinopsis Filem Tiada Tajuk Arahan Mawi

(Blog Dari Hati Miss Mulan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post