Drama Kamar Kamariah Lakonan Nabila Huda dan Dato Fizz Fairuz - Slot Akasia TV3
Drama 13 episod bertajuk Kamar Kamariah telah pun disiarkan di slot Akasia TV3 bermula 17 April yang lalu, bagi menggantikan drama Asalkan Dia Bahagia lakonan Shukri Yahaya dan Ayda Jebat yang telah tamat episodnya. Tak silap aku drama ni awalnya akan disiarkan di slot Zehra TV3, pastu tiba - tiba disiarkan di slot Akasia pula. Tapi tak kisahlah kan, janji best, jalan cerita okey, para pelakonnya juga best dan berpengalaman gitu. Kalau drama tu ada Nabila Huda dan Dato Fizz Fairuz memang kena tengoklah kan sebab memang terbaik lakonan diorang. Lagu tema / OST Kamar Kamariah ini bertajuk Aku Bukan Malaikat nyanyian Dato Siti Nurhaliza. Apa pun jom tengok sinopsis dan senarai pelakon drama Kamar Kamariah ini serta watak - watak yang dilakonkan mereka di bawah ini..
Watak - Watak Pelakon Drama Kamar Kamariah
Dato Fizz Fairuz sebagai Murad
Nabila Huda sebagai Kamariah
Tasha Shilla sebagai Sally
Syafie Naswip sebagai Qhalif
Riena Diana sebagai Ratna
Aidil Aziz sebagai Hisyam
Engku Faridah sebagai Hafsah
Shuhanty Hanafiah sebagai Sarah
Zetty Shahibullah sebagai Maimun
Ismail Yaacob sebagai Pak Jalil
Rose Aida sebagai Ummu Jannah
Mohamad Sobri Hussain sebagai Ustaz Kahiril
Halimah Naim sebagai Kak Peah
Syaza Irwinie sebagai Shila
Faiz Katek seabgai Ronny
Shyrim sebagai Razman
Najwa Jaafar sebagai Maria
Sinopsis Drama Kamar Kamariah (Akasia TV3)
Mengisahkan Kamariah yang bekerja keras untuk menyara ibu bapa dan adik - beradiknya. Kamariah yang bekerja sebagai pelayan kelab malam akhirnya berhenti kerja selepas dirinya dirogol oleh seseorang yang tidak dikenalinya ketika menumpang tidur di rumah Maria. Kamariah kemudiannya pulang ke kampung, namun ibu bapanya serta adiknya mula risau bila dapat tahu yang Kamariah sudah berhenti kerja. Dalam hal yang lain Murad adalah seorang lelaki yang menjalankan perniagaan kelab malam dan kaya raya. Namun ketika berada di kampung, Murad berpura - pura menjadi seorang yang alim dan baik serta disenangi oleh penduduk kampung dan ibunya. Atas permintaan ibunya, Murad akhirnya berkahwin dengan Kamariah. Penduduk kampung berasa cemburu dengan keluarga Kamariah kerana dapat menantu kaya - raya. Malah di awal perkahwinan Murad juga melayan Kamariah dengan baik, sehinggalah suatu hari apabila Murad terkejut melihat Kamariah yang tiba - tiba bersalin di bilik mereka.
Murad kemudian cuba membuang bayi tersebut di tepi surau tapi belum sempat dia pergi dari situ, ada yang nampak dia dengan bayi tersebut disitu. Murad kemudian mereka - reka cerita yang kononnya dia terjumpa bayi tersebut di tepi surau dan akhirnya Murad disuruh untuk membawa bayi tu pulang ke rumahnya buat sementara waktu. Ibu Murad iaitu Hafsah berasa sayang dengan bayi tersebut yang dinamakannya Qhalif dan mahukan Murad dan Kamariah mengambil bayi tersebut sebagai anak angkat mereka. Murad yang tersepit dengan permintaan ibunya serta kebenciannya pada bayi tersebut terpaksa mengikut permintaan ibunya. Murad juga mula melayan Kamariah dengan kasar dan kejam sekali, hanya apabila berada di depan ibunya atau orang lain, barulah Murad berpura - pura melayan Kamariah dengan baik dan penuh kasih sayang. Selain tu Murad juga mempunyai perempuan simpanan bernama Sally. Apa yang berlaku seterusnya? dapatkah Kamariah bertahan dengan sikap panas baran Murad?.
(Blog Dari Hati Miss Mulan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan