25 Apr 2019

Korean Drama Review - The Beauty Inside




The Beauty Inside, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea The Beauty Inside, Korean Drama The Beauty Inside, Korean Drama Review, Review Drama Korea The Beauty Inside, Channel JTBC, Artis Korea, Sinopsis Drama Korea The Beauty Inside, Cast, Pelakon Drama Korea The Beauty Inside, Seo Hyun Jin, Lee Min Ki, Lee Da Hee, Ahn Jae Hyun, Moon Ji In, Kim Hee Jung, Ryu Hwa Young, Lee Tae Ri, Na Young Hee, Korean Drama 2018, The Beauty Inside Review,

Okey hari ini aku nak buat review drama Korea The Beauty Inside yang disiarkan di channel JTBC pada 1 Oktober 2018 dan tamat episodnya pada 20 November 2018 yang lalu. Drama ini mempunyai 16 episod dan merupakan remake pada movie Korea The Beauty Inside yang release pada tahun 2015 lakonan Han Hyo Joo. Walaubagaimanapun sebahagian jalan cerita The Beauty Inside versi drama telah diubah dan sedikit berbeza dari versi filem. Antara pelakon drama Korea The Beauty Inside ini adalah Seo Hyun Jin, Lee Min Ki, Lee Da Hee, Ahn Jae Hyun, Moon Ji In, Kim Hee Jung, Ryu Hwa Young, Lee Tae Ri, Na Young Hee dan ramai lagi. Pengarah drama ini iaitu Song Hyun Wook dan Seo Hyun Jin telah pernah berkerjasama dalam drama popular Another Oh Hae Young. Aku dah tengok kedua - dua versi dan bagi aku versi drama ini lebih happy ending sedikit berbanding versi filem yang lebih sedih. Kalau disuruh untuk memilih versi mana yang lebih aku suka, pastinya aku lebih suka versi filem, kerana ada ramai hero kot hahaha sebab watak utamanya sering bertukar rupa apabila bangun dari tidur. Berbeza dengan drama The Beauty Inside ini apabila si heroin yang bertukar rupa, bezanya ianya tidak bertukar setiap hari, cuma seminggu je dalam sebulan dan kemudian akan kembali ke rupa asalnya.  




Gandingan Seo Hyun Jin dan Lee Min Ki juga nampak serasi dan sweet dalam drama ini. Rasanya Seo Hyun Jin ni memang nampak serasi dan sepadan dengan semua hero gandingannya. Aksi - aksi percintaan antara Han Se Kye lakonan Seo Hyun Jin dan Seo Do Jae lakonan Lee Min Ki memang nampak sweet habis, dah macam gaya budak sekolah baru nak bercinta hahahaha. Tapi sayangnya drama ni agak slow pace dan membuatkan aku rasa bosan di pertengahan cerita. Tapi scene - scene kelakar dalam drama ni agak best juga, contohnya scene ketika mak Seo Do Jae menyangka anak lelakinya itu suka pada lelaki dan bukannya pada wanita memang lawak, sampai pengsan jadinya sebab terkejut, sedangkan mak Seo Do Jae tu sebenarnya dah salah faham hehehe. Selain tu aku suka juga scene - scene Han Se Kye bergaduh dengan rivalnya dalam dunia lakonan iaitu Chae Yoo Ri (Ryu Hwa Young) yang merupakan pelakon baru yang semakin popular. Mereka berdua berebutkan watak utama dalam sebuah filem dan akhirnya terpaksa berlakon sekali dalam filem yang sama. Aku suka cara Han Se Kye handle Chae Yoo Ri yang hampir tahu rahsia dirinya. Ugutan Han Se Kye pada Chae Yoo Ri tu berjaya buatkan dia takut gila hehehe.
The Beauty Inside, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea The Beauty Inside, Korean Drama The Beauty Inside, Korean Drama Review, Review Drama Korea The Beauty Inside, Channel JTBC, Artis Korea, Sinopsis Drama Korea The Beauty Inside, Cast, Pelakon Drama Korea The Beauty Inside, Seo Hyun Jin, Lee Min Ki, Lee Da Hee, Ahn Jae Hyun, Moon Ji In, Kim Hee Jung, Ryu Hwa Young, Lee Tae Ri, Na Young Hee, Korean Drama 2018, The Beauty Inside Review,
Selain kisah cinta Han Se Kye dan Seo Do Jae, drama ini turut memfokuskan kisah cinta adik tiri Seo Do Jae iaitu Kang Sa Ra lakonan Lee Da Hee dan Ryu Eun Ho lakonan Ahn Jae Hyun yang merupakan kawan baik Han Se Kye. Tapi entah kenapa kisah cinta diorang agak membosankan bagi aku. Apa pun aku suka dengan persahabatan Han Se Kye dengan 2 kawan baiknya iaitu Eun Ho dan Woo Mi yang juga merupakan manager pada Han Se Kye. Aku suka bila diorang tahu rahsia Han Se Kye dan sentiasa protect Han Se Kye dari sebarang bahaya. Scene paling sedih dalam drama ini pastilah scene ketika mak Han Se Kye tu mati dan juga scene ketika Han Se Kye dapat tahu punca Seo Do Jae mengalami face blindness tu. Walaubagaimanapun ending drama Korea The Beauty Inside ni memang happy ending okey. Tapi secara keseluruhannya drama ini agak biasa - biasa saja bagi aku dan aku bagi 6.5/10 bintang untuk Korean Drama The Beauty Inside ini. Apa pun jom tengok sinopsis drama Korea The Beauty Inside di bawah ini ye..

Mengisahkan Han Se Kye yang merupakan pelakon popular namun dirinya sering dilanda pelbagai kontroversi ekoran sikapnya yang suka menghilangkan diri secara tiba - tiba. Realitinya Han Se Kye mengalami satu hal luar biasa dan misteri apabila fizikalnya akan berubah menjadi orang lain dalam seminggu pada setiap bulan. Disebabkan hal tersebut Han Se Kye tidak mempunyai ramai kawan dan sentiasa berasa sunyi. Atas urusan kerja Han Se Kye kemudiannya bertemu dengan Seo Do Jae yang hensem dan kaya raya serta merupakan CEO Syarikat Penerbangan. Seo Do Jae sebenarnya mengalami masalah face blindness, dia menyembunyikan masalahnya itu dan cuba mengingat tabiat dan personaliti seseorang untuk mengecam siapa orang tersebut. Satu hari Han Se Kye berubah wajah di depan Seo Do Jae namun Han Se Kye sedikit terkejut bila Seo Do Jae langsung tidak terkejut melihat perubahan fizikalnya, sebaliknya Seo Do Jae kelihatan tenang. Tak lama kemudian Han Se Kye dan Seo Do Jae dapat tahu rahsia masing - masing. Apa yang berlaku seterusnya?... 

( Blog Dari Hati Miss Mulan)

3 ulasan:

  1. bila dah jadi drama ni mesti ada part yang draggy sampai kita rasa bosan. Nasib dia selit scene kelakar.

    https://www.farhanajafri.com/

    BalasPadam
  2. i like this. kelakar but menarik. watched all the movies dengan title yg sama jugak. kinda depressing but there's a lot of value from it too. stress tgk dye bangun dalam badan org lain. scaryyy

    BalasPadam



My Random Post