Memaparkan catatan dengan label Penyanyi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penyanyi. Papar semua catatan

28 Nov 2022

Final Gegar Vaganza 9 dan Keputusan Markah Konsert



GV9, Gegar Vaganza 9, Finalis GV9, Elly Mazlein, Kak Lina Kepom, Konsert Final GV9, Konsert Akhir GV9, Top 3 GV9,

Berakhir sudah Gegar Vaganza Musim Ke 9 yang menobatkan Jaclyn Victor sebagai juara GV9. Walaupun kemenangan Jaclyn Victor sudah diramal dan bukan satu kejutan, namun semua peserta lain memberikan tentangan yang sengit terutamanya di Konsert Akhir Gegar Vaganza 9 ini. Namun tak dinafikan Jac layak menjadi juara GV9 kerana hasil usahanya dan juga persembahan memukau di kedua - dua pusingan iaitu pusingan solo dan juga Battle Round dengan kumpulan VE. Jac menyanyi lagu rap pun mantap gitu. Bob Yusof juga cemerlang di konsert final GV9 ini, tapi sayangnya di pusingan battle round ianya kurang menyerlah tapi tetap comel okey. Agak kesian juga dengan Shila Amzah kerana dia sakit tekak, masa dia bercakap di sesi sidang media, selepas konsert tu memang hilang terus suara dia, nak bercakap pun susah. Aku rasa persembahan semua finalis di konsert final Gegar Vaganza Musim Ke -9  ni memang best - best belaka. Elly Mazlein a.k.a Kak Lina Kepom memang penyeri GV9 ni kan..Apa pun jom tengok keputusan pemenang GV9 di bawah ini okey..




Keputusan Pemenang Gegar Vaganza 9 (GV9)

Juara GV9 - Jaclyn Victor
Naib Juara - Bob Yusof
Tempat Ketiga - Shila Amzah
Tempat Keempat - Tomok
Tempat Kelima - VE
Tempat Keenam - Hazrul Nizam

Keputusan Markah Peserta Konsert Final GV9

Juara GV9 - Jaclyn Victor (85.86%)
Naib Juara - Bob Yusof (76.28%)
Tempat Ketiga - Shila Amzah (76.02%)
Tempat Keempat - Tomok (75.83%)
Tempat Kelima - VE (72.39%)
Tempat Keenam - Hazrul Nizam (69.75%)

Senarai Juara - Juara Gegar Vaganza

Juara GV1 - Ayai Ilusi
Juara GV2 - Siti Nordiana
Juara GV3 - Azharina Azhar
Juara GV4 - Aishah 
Juara GV5 - Noryn Aziz
Juara GV6 - Naqiu dan Hady Mirza
Juara GV7 - Cliff Umar
Juara GV8 - Aliff Aziz
Juara GV9 - Jaclyn Victor


Read More

24 Jan 2022

Aliff Aziz Juara Gegar Vaganza Musim Kelapan (GV8)



Aliff Aziz, Bella Astillah, Aliff Aziz Menang GV8, Keputusan Pemenang Gegar Vaganza Musim Kelapan, Senarai Pemenang GV8, Juara GV8 Milik Aliff Aziz,

Walaupun konsisten dalam kedudukan top 3 atau top 4 dalam setiap konsert GV8, ramai yang tidak menyangka Aliff Aziz akan muncul Juara GV8. Selepas beraksi cemerlang di konsert separuh akhir GV8, nama Aweera mula menjadi sebutan peminat untuk menjadi juara. Nama Nikki dan Suki turut disebut - sebut untuk menjadi juara kerana sentiasa konsisten dan memberi saingan sengit. Namun seperti yang dikatakan dalam sidang media selepas konsert, pemilihan lagu yang salah menjadi punca para peserta mendapat markah yang rendah daripada juri. Semua lagu sebenarnya dipilih oleh peserta dan dipersetujui oleh pihak Astro. Berbalik pada kemenangan Aliff Aziz ni, awalnya aku menyangka Nikki akan menjadi juara. 




Namun rezeki memihak pada Aliff. Aliff Aziz menyanyikan lagu Dealova, duet bersama Hafiz Suip kemudian menyanyikan lagu solo bertajuk Sampai Syurga nyanyian asal Faizal Tahir. Memang tak dinafikan kedua - dua lagu tersebut memang kena dengan suara Aliff. Kemudian dalam pusingan Battle pula Aliff Aziz akan berentap dengan Aweera menyampaikan lagu Bangun. Dalam battle round ni pun memang nampak Aliff lebih menyerlah sikit dari Aweera. Walaubagaimanapun dalam segmen battle tu aku lebih suka tengok battle di antara Adibah Noor dan Azan Scan menyanyikan lagu Kami Rappers nyanyian asal kumpulan 4U2C dan juga battle lagu Oppa Gangnam Style nyanyian Suki dan Nikki. Apa pun semua peserta all out malam ini, tahniah untuk semua finalis GV8.

Keputusan Pemenang GV8 

Juara - Aliff Aziz
Naib Juara - Nikki
Tempat Ketiga - Suki
Tempat Keempat - Adibah Noor
Tempat Kelima - Azan Scan
Tempat Keenam - Aweera



Read More

24 Mei 2021

Telefilem Dolla Watch Me Glow (Astro Citra)



Telefilem Dolla Watch Me Glow, Telemovie Dolla Watch Me Glow, Poster Telefilem Dolla Watch Me Glow, Info dan Sinopsis Telefilem Dolla Watch Me Glow, Pelakon - Pelakon Telefilem Dolla Watch Me Glow, Telemovie Astro Citra, Kumpulan Dolla,

Telefilem Dolla Watch Me Glow telah pun disiarkan di Astro Citra pada 22 Mei 2021 yang lalu. Antara pelakon telefilem Dolla Watch Me Glow ini adalah Sabronzo, Angel, Syasya, Tabby, Azwan Ali, Fauziah Nawi, Catriona Ross, Aida Aris, Angeline Tan, Douglas Lim, Mat Over, Aniq Suhair dan ramai lagi. Telefilem ini mengangkat kisah hidup anggota kumpulan Dolla iaitu Sabronzo, Angel, Syasya dan Tabby. Telemovie Dolla Watch Me Glow ini diarahkan oleh Izuan Mokhtar, rasanya ramai yang kenal kumpulan Dolla ni kan, semua lagu diorang popular seperti Make You Wanna, Impikan serta lagu Raya diorang bertajuk Raya Raya Raya. Apa pun memang nampak menarik kan telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis telemovie Dolla Watch Me Glow di bawah ini okey..




Sinopsis Penuh Telefilem Dolla Watch Me Glow (Astro Citra)

Mengisahkan Sabrina, gadis yang sedang menyambung pengajian di peringkat sarjana dalam bidang perniagaan di Los Angeles, California. Juga Tabby, seorang anak tunggal yang dikongkong keluarga. Manakala Shasha  pula yang sekian lama dibenci ibunya sendiri dan Angel, gadis yang sentiasa ingin keluar dari zon selesa hidupnya. Sabrina, Tabby, Angel dan Shasha ingin menggapai cita cita dan minat mereka dalam bidang muzik. Mereka berempat menjalani uji bakat bersama syarikat rakaman tersohor, Universal Muzik secara solo. Bagaimanapun, penyelasar A&R syarikat berkenaan, Kelly lakonan Azwan  Ali membuat keputusan untuk menyatukan mereka sebagai sebuah kumpulan. Sabronzo yang sejak dari kecil bercita-cita hendak menjadi rappers mula tidak berpuas hati dan bermula pelbagai peristiwa bagi membentuk sebuah kumpulan. Apa yang berlaku seterusnya?..
Telefilem Dolla Watch Me Glow, Telemovie Dolla Watch Me Glow, Poster Telefilem Dolla Watch Me Glow, Info dan Sinopsis Telefilem Dolla Watch Me Glow, Pelakon - Pelakon Telefilem Dolla Watch Me Glow, Telemovie Astro Citra, Kumpulan Dolla,

Read More

25 Jan 2021

Drama Takdir Yang Tertulis Slot Samarinda TV3 Tonton Episod 1 Hingga 15 (Full Episode)



Drama Takdir Yang Tertulis, Info dan Sinopsis Drama Takdir Yang Tertulis, Poster Drama Takdir Yang Tertulis, OST Drama Drama Takdir Yang Tertulis, Tonton Full Episode Drama Takdir Yang Tertulis,

Drama Takdir Yang Tertulis sudah pun mula bersiaran di Slot Samarinda TV3 pada 21 Januari 2021 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Bougainvillea lakonan Beto Kusyairy, Nora Danish dan Intan Ladyana yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Takdir Yang Tertulis ini adalah Nazim Othman, Nad Zainal, Elvina Mohamad, Alvin Chong, Isaac Iman, Didie Alias, Uchee Fukada, Iman Suhana, Muaz Fitri Maslan dan ramai lagi. Selain itu drama 15 episod ini diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin dan diterbitkan oleh Radius One. Apa pun memang nampak menarik drama ini kan, plus karya - karya Shahrulezad Mohameddin ni memang selalunya best - best. Jadi haruslah tengok drama ini kan, okey itu serba sedikit mengenai info drama Takdir Yang Tertulis ini.Apa pun jom tengok - watak pelakon dalam drama Takdir Yang Tertulis ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Barisan Pelakon Drama Takdir Yang Tertulis


Nazim Othman sebagai Azlan
Nad Zainal sebagai Juweta
Elvina Mohamad sebagai Ruhila
Alvin Chong sebagai Ean
Didie Alias sebagai Che Salmah
Muaz Fitri sebagai Hakim
Uchee Fukada sebagai Kak Jo
Iman Suhana sebagai Ruzita 
Isaac Iman sebagai Mika




Sinopsis Penuh Drama 
Takdir Yang Tertulis Lakonan Nazim Othman dan Nad Zainal, Alvin Chong dan Elvina Mohamad - Slot Samarinda TV3

Juweta dan Azlan merupakan sepasang suami isteri yang sentiasa mempunyai masalah rumah tangga. Azlan (Nazim Othman) merupakan Ketua Pegawai Operasi, manakala Juweta (Nad Zainal) adalah seorang Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik keluarganya. Kadang kala ketegangan antara mereka turut dirasai di tempat kerja terutamanya ketika Azlan telah membentangkan idea dalam satu mesyuarat lembaga pengarah tanpa persetujuan Juweta. Lalu berlaku satu pertengkaran besar di pejabat mereka. Peristiwa yang amat memalukan Azlan itu telah diadukan kepada rakan baik mereka, yang juga pembantu peribadi Juweta, Ruhila (Elvina Mohamed). Bukan itu sahaja yang diadukan kepada Ruhila, kebanyakan perihal Mika (Isaac Iman), anak Azlan dan Juweta juga telah diserahkan kepada Ruhila. Kebergantungan menyeluruh Juweta kepada Ruhila adalah kerana kesibukan Juweta dengan hal syarikatnya. Azlan akhirnya tidak tahan lagi dengan Juweta yang tidak pernah menghormatinya sebagai suami, telah melafazkan cerai terhadap Juweta. Sebuah lagi pertengkaran besar tercetus antara mereka sehingga dipanjangkan ke pengetahuan Mika. Berasa dikhianati, Juweta nekad untuk ke pejabat dan memecat Azlan. Tetapi, tibanya Juweta di pejabat, Juweta terkejut saat melihat kehadiran peguam syarikat untuk membawa khabar buruk. Apakah khabar buruk tersebut yang ingin disampaikan peguam syarikat Juweta? Apa berlaku seterusnya?
Drama Takdir Yang Tertulis, Info dan Sinopsis Drama Takdir Yang Tertulis, Poster Drama Takdir Yang Tertulis, OST Drama Drama Takdir Yang Tertulis, Tonton Full Episode Drama Takdir Yang Tertulis, Pelakon - Pelakon Drama Takdir Yang Tertulis, Info dan Sinopsis Drama Takdir Yang Tertulis, Poster Drama Takdir Yang Tertulis, OST Drama Drama Takdir Yang Tertulis, Tonton Full Episode Drama Takdir Yang Tertulis,
Lagu Tema / Lagu Sisipan / OST Drama Takdir Yang Tertulis
    👄 Karma nyanyian Kaka dan Jaz Hayat
    👄 Cinta Denganmu nyanyian Aishah Retno
    👄 Kendati nyanyian Amylea
    👄 Putus nyanyian Vanessa
    👄 Kendati (Male Version)
    - Version 1 nyanyian Rian Shain
    - Version 2 nyanyian Megat Mentor
    👄 Mencintaimu nyanyian Alvin Chong
    👄 Siapa Diriku nyanyian Amylea dan Nadia Aqilah
    👄 Juwita nyanyian Here Comes July

    Tonton Online Takdir Yang Tertulis Episod 1 Hingga 15 (Akhir)


    - Drama Takdir Yang Tertulis Episod 6
    - Drama Takdir Yang Tertulis Episod 7
    Drama Takdir Yang Tertulis Episod 8
    Drama Takdir Yang Tertulis Episod 9
    Takdir Yang Tertulis Episod 10

    (Coming Soon)

    Read More

    16 Dis 2020

    Senarai 12 Lagu Yang Layak Ke Anugerah Juara Lagu 35



    Semi Final Muzik - Muzik 35, #SFMM35, #AJL35, Anugerah Juara Lagu 35, Finalis AJL35, Senarai 12 Lagu AJL35,

    Tamat sudah Semi Final Muzik - Muzik 35 #SFMM35 yang ketiga setelah ditunda hari itu. Kini terjawab sudah 12 lagu yang berjaya ke AJL35. Korang boleh tengok senarai lagu tersebut dalam gambar diatas okey. Ikutkan aku mengharap sangat agar Hafiz dan Adira berjaya masuk ke Anugerah Juara Lagu Ke - 35 tu. Lagu nyanyian Shila Amzah pun tak terpilih, sayangnya. Aku suka betul tengok Hafiz dan Adira berduet, sayangnya lagu diorang tak terpilih pula. Rasanya semi final hari tu diorang dah nyanyi okey dah, tapi nak buat camna kan. Rezeki Hael Husaini memang mencurah - curah, 3 lagu ciptaannya terpilih ke AJL35 tu sampai ada yang kata kat twitter, diorang boleh buat Anugerah Juara Lagu - Lagu Hael Husaini pula lepas ni hahaha. Apa pun good luck untuk semua finalis AJL35.


    Read More

    12 Dis 2020

    Telefilem Kifarah Buta Lakonan Azmi Saat dan Farisha Iris (Astro Citra)



    Info dan Sinopsis Telefilem Kifarah Buta Lakonan Azmi Saat, Farisha Iris dan Fadh Majid (Astro Citra)

    Telefilem Kifarah Buta akan disiarkan pada 12 Disember 2020 (Sabtu) jam 9 malam di Astro Citra. Antara pelakon telefilem Kifarah Buta ini adalah Azmi Saat, Farisha Iris, Fadh Majid, Izzmad Harun, Fareez Fauzi, Coki,  Zali Shuhali, Din Latah dan ramai lagi. Selain itu telemovie Kifarah Buta ini diarahkan oleh Hashim Rejab dan diterbitkan oleh Arie Zaharie Production dan Knack-Knack Studios. Nampak menarik kan telefilem Kifarah Buta ini, so jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye..




    Sinopsis Telefilem Kifarah Buta Lakonan Azmi Saat, Farisha Iris dan Fadh Majid (Astro Citra)

    Zahid hidup bersendirian dan berdikari walaupun serba kekurangan. Minat Zahid terhadap muzik membawanya kepada Suraya, seorang gadis yang menjadi mangsa ketamakan abangnya sendiri, Kamal, yang kehilangan pandangannya secara beransur. Zahid menjadi tempat Suraya berkongsi cerita, impian dan cita-cita sehingga ketamakan Kamal mula mengancam keselamatan Suraya. Kehadiran Fikri, seorang eksekutif muda yang bencikan pengemis dan orang kurang upaya mengubah hidup Kamal yang selalu selalu mengemis untuk dadah dan hiburan.

    Read More

    24 Dis 2019

    Gegar Vaganza 2019 Ada Dua Juara




    Juara Gegar Vaganza 2019, Pemenang, Gegar Vaganza Musim Ke - 6, GV6, Hady Mirza, Naqiu Boboy, Gegar Vaganza 2019 Ada Dua Juara,
    Hady Mirza dan Naqiu Boboy Juara Gegar Vaganza 2019

    Tiada pemenang tempat kedua atau Naib Juara untuk musim ke-6 Gegar Vaganza 2019 ini. Naqiu Boboy dan Hady Mirza berkongsi kejuaraan kerana mereka juga berkongsi markah yang sama, sehingga melayakkan mereka berdua diangkat menjadi juara. Bak kata juri, dua - dua sangat bagus dan dua - dua patut jadi juara. Tapi diorang tak berkongsi hadiahlah kan sebab masing - masing dapat hadiah yang sama gitu hehe. Ramai juga netizen lain tak puas hati dengan keputusan ini, tapi bagi aku okey je, even juara pun tak kisah gitu bila sama - sama menang. Suka tengok pusingan battle antara Hady Mirza dan Naqiu Boboy tu, terbaik gitu. Manakala battle round antara Jatt Ali dan Sham Visa tu comel habis and kelakar hehe. Dalam GV6 ni actually aku sokong Naqiu, Nurfatima dan Roy gitu, tapi tak sangka Hady Mirza juga best gitu. Apa pun tahniah buat Naqiu, Hady Mirza dan semua finalis Gegar Vaganza Musim Ke - 6 ini.



    Read More

    30 Nov 2019

    12 Finalis Anugerah Juara Lagu Ke - 34 (AJL34)




    Semi Final Muzik - Muzik 34, sfmm34, AJL34, Anugerah Juara Lagu Ke - 34, Finalis AJL34, Senarai 12 Lagu Yang Layak Ke Anugerah Juara Lagu Ke - 34,
    12 Finalis Anugerah Juara Lagu Ke - 34 ( #AJL34 )

    Akhirnya terjawab sudah tentang lagu mana yang terpilih ke Anugerah Juara Lagu ke - 34. Dari tweet - tweet yang aku baca di Twitter, ramai yang tak puas hati sebab banyak lagu best yang popular tak layak pula ke AJL34. Misalnya lagu Alyah, Adira, Indah Ruhaila, Amylea, Siti Nordiana, Khai Bahar semua tak dapat masuk ke AJL34 tu. Dari 12 lagu yang layak ke AJL34 tu aku suka lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel, lagu dari Drama Band, Ernie Zakri, lagu Anta Permana dan lagu Hafiz. Hope lagu Sumpah dapat menang besar kat AJL34 nanti. Ramalan aku untuk Vokal Terbaik AJL34 pastilah Ernie Zakri dan saingan terdekat Ernie Zakri pastilah Aina Abdul kan. Kalau nak tambah penyanyi lelaki maybe Hafiz dan Bob boleh beri sedikit saingan. Banyak Band layak ke AJL34 kali ini dan ada banyak variasi lagu, sayangnya banyak lagu balada best-best tak dapat masuk pula. Apa pun rezeki masing - masing kan. Good Luck untuk semua finalis AJL34.



    Read More

    9 Nov 2019

    Sinopsis Drama Suri Katriana - Slot Tiara Astro Prima




    Suri Katriana, Drama Suri Katriana, Slot Tiara, Astro Prima, Sinopsis Drama Suri Katriana, Drama Melayu Astro 2019, Drama Bersiri Astro Prima 2019, Penyanyi, Drama Pertama Ernie Zakri, Drama Baru Ummi Nazeera, Drama Baru Zul Huzaimy, Drama Baru Nazim Othman, OST Suri Katriana, Lagu Sinar Mata Hati nyanyian Ernie Zakri, Watak - Watak Pelakon Drama Suri Katriana, Poster Drama Suri Katriana, Senarai Pelakon Drama Suri Katriana, Ernie Zakri, Ummi Nazeera, Aishah Azman, Nadiya Nisaa, Ezzaty Abdullah, Zul Huzaimy, Nazim Othman, Hasnul Rahmat, Rozita Che Wan, Fadilah Mansor, Kazar Saisi, Zaidi Omar, Aisyah Atan, Eleena Sui, Ryzal Jaafar, Ku Zara Eryna, Ending Drama Suri Katriana,

    Drama Suri Katriana adalah drama terbaru di slot Tiara, Astro Prima yang mula bersiaran sejak 30 Oktober yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 Petang. Drama Suri Katriana ini mempunyai 49 episod dan disiarkan bagi menggantikan drama Puteri Yang Ditukar yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Suri Katriana ini adalah Ernie Zakri, Ummi Nazeera, Aishah Azman, Nadiya Nisaa, Ezzaty Abdullah, Zul Huzaimy, Nazim Othman, Hasnul Rahmat, Rozita Che Wan, Fadilah Mansor, Kazar Saisi, Zaidi Omar, Aisyah Atan, Eleena Sui, Ryzal Jaafar, Ku Zara Eryna dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya) dan diterbitkan oleh MIG Production Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye, sebelum tu jom tengok juga watak - watak pelakon drama Suri Katriana ini
    Suri Katriana, Drama Suri Katriana, Slot Tiara, Astro Prima, Sinopsis Drama Suri Katriana, Drama Melayu Astro 2019, Drama Bersiri Astro Prima 2019, Penyanyi, Drama Pertama Ernie Zakri, Drama Baru Ummi Nazeera, Drama Baru Zul Huzaimy, Drama Baru Nazim Othman, OST Suri Katriana, Lagu Sinar Mata Hati nyanyian Ernie Zakri, Watak - Watak Pelakon Drama Suri Katriana, Poster Drama Suri Katriana, Senarai Pelakon Drama Suri Katriana, Ernie Zakri, Ummi Nazeera, Aishah Azman, Nadiya Nisaa, Ezzaty Abdullah, Zul Huzaimy, Nazim Othman, Hasnul Rahmat, Rozita Che Wan, Fadilah Mansor, Kazar Saisi, Zaidi Omar, Aisyah Atan, Eleena Sui, Ryzal Jaafar, Ku Zara Eryna, Ending Drama Suri Katriana,
    Ernie Zakri sebagai Suri
    Ummi Nazeera sebagai Katriana
    Nadiya Nisaa sebagai Saerah
    Aishah Azman sebagai Yasmin
    Ezzaty Abdullah sebagai Edora 
    Zul Huzaimy sebagai Faizal
    Nazim Othman sebagai Daniel
    Hasnul Rahmat sebagai Tuan Syed Sadiq
    Rozita Che Wan sebagai Puan Sofea
    Fadilah Mansor sebagai Mak Limah
    Eleena Sui sebagai Amanda
    Ryzal Jaafar sebagai Rizal
    Ku Zara Eryna sebagai Liyana (5 tahun)




    Sinopsis Drama Suri Katriana Lakonan Ernie Zakri dan Ummi Nazeera - Slot Tiara Astro Prima


    Mengisahkan tentang pergolakan dan cabaran hidup yang perlu ditempuhi seorang gadis cantik bernama Suri (lakonan Ernie Zakri), yang begitu meminati seni tari, namun tidak dapat meneruskan pembelajaran kerana kekangan kewangan. Selepas dari kematian ibu bapanya, keadaan semakin mendesak sehingga Suri membuat keputusan untuk berkahwin dengan Tuan Syed Sadiq (lakonan Hasnul Rahmat), bekas majikan arwah ibunya yang selama ini banyak membantu kehidupan mereka. Suri turut digilai oleh rakan sekampungnya iaitu Faizal (lakonan Zul Huzaimy). Kematian ibu Suri ada kena mengena dengan Farid. Selepas berkahwin, Suri berpindah dan kehidupannya cukup lain dari sebelum ini. Beliau kembali sebagai Kat (lakonan Umi Nazeera), yang ingin menuntut bela di atas apa yang berlaku kepada dirinya dan ibunya. Rahsia kematian ibunya serta rahsia perubahan pada dirinya akhirnya terbongkar dan pada ketika itu kehidupan Suri terus dibelenggu dengan dugaan.nApakah yang membuat gadis suci seperti Suri sanggup merubah wajah untuk membalas dendam? Apakah dugaan yang bakal dihadapinya itu?
    Suri Katriana, Drama Suri Katriana, Slot Tiara, Astro Prima, Sinopsis Drama Suri Katriana, Drama Melayu Astro 2019, Drama Bersiri Astro Prima 2019, Penyanyi, Drama Pertama Ernie Zakri, Drama Baru Ummi Nazeera, Drama Baru Zul Huzaimy, Drama Baru Nazim Othman, OST Suri Katriana, Lagu Sinar Mata Hati nyanyian Ernie Zakri, Watak - Watak Pelakon Drama Suri Katriana, Poster Drama Suri Katriana, Senarai Pelakon Drama Suri Katriana, Ernie Zakri, Ummi Nazeera, Aishah Azman, Nadiya Nisaa, Ezzaty Abdullah, Zul Huzaimy, Nazim Othman, Hasnul Rahmat, Rozita Che Wan, Fadilah Mansor, Kazar Saisi, Zaidi Omar, Aisyah Atan, Eleena Sui, Ryzal Jaafar, Ku Zara Eryna, Ending Drama Suri Katriana,
    Lagu Tema / OST Suri Katriana
    ⏩ Sinar Mata Hati nyanyian Ernie Zakri

    Jom Baca ini juga ➔ Drama Satukan Rasa Lakonan Siti Nordiana dan Khai Bahar

    ~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
    Read More

    7 Nov 2019

    Drama Satukan Rasa Lakonan Siti Nordiana dan Khai Bahar




    Satukan Rasa, Drama Satukan Rasa, Lagu Satukan Rasa, Drama Satukan Rasa Lakonan Khai Bahar dan Siti Nordiana, Lagu Satukan Rasa nyanyian Siti Nordiana dan Khai Bahar, Drama Melayu Astro 2019, Drama Bersiri Astro Ria 2019, Slot MegaDrama, Astro Ria, Sinopsis Drama Satukan Rasa, Watak - Watak Pelakon Drama Satukan Rasa, Poster Drama Satukan Rasa, Senarai Lagu - Lagu OST Drama Satukan Rasa, Senarai Pelakon Drama Satukan Rasa, Siti Nordiana, Khai Bahar, Nine, Shasha Abedul, Yusuf Bahrin, Isyariana, Che Kem, Nina Juren, Nadya Syahera, Ainin Batrisya, Raja Azmi,
    Drama Satukan Rasa adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang mula disiarkan sejak 4 November yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama Satukan Rasa ini mempunyai 20 episod dan disiarkan bagi menggantikan drama Demi Rindumu lakonan Janna Nick dan Sean Lee yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Satukan Rasa ini adalah Siti Nordiana, Khai Bahar, Nine, Shasha Abedul, Yusuf Bahrin, Isyariana, Che Kem, Nina Juren, Nadya Syahera, Ainin Batrisya, Raja Azmi dan ramai lagi. Lebih menarik bila drama ini merupakan drama pertama yang Khai Bahar benar - benar berlakon gitu. Sebelum ni dia pernah muncul juga dalam drama lain tapi dia jadi diri sendiri gitu. Selain itu drama ini diarahkan oleh Hadith Omar dan diterbitkan Suhan Movies & Trading. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye dan jom tengok juga watak - watak pelakon drama Satukan Rasa ini.
    Satukan Rasa, Drama Satukan Rasa, Lagu Satukan Rasa, Drama Satukan Rasa Lakonan Khai Bahar dan Siti Nordiana, Lagu Satukan Rasa nyanyian Siti Nordiana dan Khai Bahar, Drama Melayu Astro 2019, Drama Bersiri Astro Ria 2019, Slot MegaDrama, Astro Ria, Sinopsis Drama Satukan Rasa, Watak - Watak Pelakon Drama Satukan Rasa, Poster Drama Satukan Rasa, Senarai Lagu - Lagu OST Drama Satukan Rasa, Senarai Pelakon Drama Satukan Rasa, Siti Nordiana, Khai Bahar, Nine, Shasha Abedul, Yusuf Bahrin, Isyariana, Che Kem, Nina Juren, Nadya Syahera, Ainin Batrisya, Raja Azmi,
    Siti Nordiana sebagai Indah Suhaila
    Khai Bahar sebagai Jai Bakri
    Nine sebagai Ben
    Shasha Abedul sebagai Dede
    Yusuf Bahrin asebagai Shah Bakri
    Isyariana sebagai Saerah
    Che Kem sebagai Bakri
    Nina Juren sebagai Datin Amelia
    Nadya Syahera sebagai Yatt
    Ainin Batrisya sebagai Aira
    Raja Azmi sebagai Kalthom




    Sinopsis Drama Satukan Rasa Lakonan Khai Bahar dan Siti Nordiana

    Mengisahkan Indah, seorang balu dan penyanyi yang pernah popular namun mengambil keputusan untuk menyepi dari bidang seni tanahair berikutan sudah jemu dengan dunia hiburan dan mahu menumpukan perhatian kepada satu-satunya anaknya. Indah meneruskan kehidupannya dengan tenang dan selesa menjalani kehidupannya sebagai pekerja servis party. Dengan pekerjaan itu, Indah merasa puas setiap kali berjaya menjalankan parti yang dikehendaki oleh pelanggan. Namun Indah akhirnya terpaksa akur untuk memasuki semula dunia hiburan apabila kehadiran penyanyi baru yang viral di media sosial, Jai memerlukan khidmatnya sebagai seorang penyanyi senior dan lebih-lebih lagi mereka akan digandingkan bersama. Jai mempunyai satu masalah yang dihidapi sejak dari kecil lagi iaitu perasaan gemuruh apabila berdepan dengan penonton. Indah terpaksa memikirkan cara bagi membantu Jai untuk menghilangkan rasa gemuruhnya di pentas.

    Satukan Rasa, Drama Satukan Rasa, Lagu Satukan Rasa, Drama Satukan Rasa Lakonan Khai Bahar dan Siti Nordiana, Lagu Satukan Rasa nyanyian Siti Nordiana dan Khai Bahar, Drama Melayu Astro 2019, Drama Bersiri Astro Ria 2019, Slot MegaDrama, Astro Ria, Sinopsis Drama Satukan Rasa, Watak - Watak Pelakon Drama Satukan Rasa, Poster Drama Satukan Rasa, Senarai Lagu - Lagu OST Drama Satukan Rasa, Senarai Pelakon Drama Satukan Rasa, Siti Nordiana, Khai Bahar, Nine, Shasha Abedul, Yusuf Bahrin, Isyariana, Che Kem, Nina Juren, Nadya Syahera, Ainin Batrisya, Raja Azmi,

    Lagu Tema / Lagu Sisipan / OST Drama Satukan Rasa

    ➤ Satukan Rasa nyanyian Siti Nordiana dan Khai Bahar

    ➤ Ruang Mimpi nyanyian Neeta
    ➤ Bayang nyanyian Khai Bahar
    ➤ Dari Jauh Saja nyanyian Khai Bahar
    ➤ Luluh nyanyian Khai Bahar
    ➤ #123 nyanyian Khai Bahar
    ➤ Rahsia Kita nyanyian Khai Bahar dan Fatin Husna
    ➤ Dia nyanyian Khai Bahar
    ➤ Keranamu nyanyian Khai Bahar
    ➤ Menyesal nyanyian Khai Bahar
    ➤ Sumpah nyanyian Naim Daniel
    ➤ Terus Mencintaimu nyanyian Siti Nordiana
    ➤ Semakin Jelas nyanyian Siti Nordiana
    ➤ Aku Pun Rela nyanyian Siti Nordiana 
    ➤ Cinta Yang Bersinar nyanyian Siti Nordiana 
    ➤ Perlukanmu nyanyian Siti Nordiana
    ➤ Seribu Janji nyanyian Siti Nordiana
    ➤ Resepi Berkasih nyanyian Siti Nordiana dan Achik Spin
    ➤ Memori Berkasih nyanyian Siti Nordiana dan Achik Spin
    ➤ Kasihmu Seakan Berubah nyanyian Siti Nordiana
    ➤ Gurauan Berkasih nyanyian Siti Nordiana dan Achik Spin

    Jom Baca Ini juga ➔ Review Drama Korea Spring Turns To Spring

    ~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
    Read More

    23 Sep 2019

    Biodata Han Byul - Juara Big Stage 2019




    Han Byul, Jang Han Byul, Han Byul Big Stage 2019, Big Stage 2019, Big Stage Musim Kedua, Penyanyi, Penyanyi Korea Han Byul, Artis Korea, Artis Korea Han Byul, Profil Han Byul, Biodata Han Byul, Biodata Penuh Han Byul, Biodata Terkini Han Byul, Biodata Terkini Han Byul Big Stage 2019, Foto - Foto Han Byul, Gambar - Gambar Han Byul, Han Byul Nyanyi Lagu Melayu, Lagu - Lagu Nyanyian Han Byul, OST Korean Drama, Lagu - Lagu Nyanyian Han Byul Di Big Stage 2019, Finalis Big Stage 2019, Blog Dari Hati Miss Mulan,

    Siapa yang tengok pertandingan nyanyian Big Stage Musim Kedua (Big Stage 2019) yang melibatkan penyanyi - penyanyi baru pastinya kenal dengan salah seorang pesertanya yang bernama Han Byul. Dari awal lagi Han Byul telah mencuri tumpuan seluruh peminat Malaysia kerana berjaya menyanyikan lagu Melayu dengan baik sekali, walaupun dia orang Korea gitu. Ini ditambah lagi dengan nyanyiannya yang best serta personalitinya yang ramah, ceria dan gila- gila membuatkan dirinya disenangi ramai dan makin bertambah peminatnya di Malaysia. Malah dia juga sering mendapat undian serta markah yang tinggi dari penonton serta juri dalam Big Stage 2019. Jadi rasanya hampir pasti Han Byul akan ke final Big Stage 2019 nanti, malah tak mustahil juga dia boleh jadi juara gitu. Setakat ini Han Byul dah menyanyikan 2 lagu Melayu dalam pertandingan Big Stage 2019 itu iaitu lagu Vroom Vroom di minggu kedua serta lagu dangdut Yang Sedang - Sedang Saja di konsert minggu ke 5.
    Update~ 7/10/2019 - Tahniah Han Byul kerana menjadi Juara Big Stage 2019
    Han Byul, Jang Han Byul, Han Byul Big Stage 2019, Big Stage 2019, Big Stage Musim Kedua, Penyanyi, Penyanyi Korea Han Byul, Artis Korea, Artis Korea Han Byul, Profil Han Byul, Biodata Han Byul, Biodata Penuh Han Byul, Biodata Terkini Han Byul, Biodata Terkini Han Byul Big Stage 2019, Foto - Foto Han Byul, Gambar - Gambar Han Byul, Han Byul Nyanyi Lagu Melayu, Lagu - Lagu Nyanyian Han Byul, OST Korean Drama, Lagu - Lagu Nyanyian Han Byul Di Big Stage 2019, Finalis Big Stage 2019, Blog Dari Hati Miss Mulan,
    Kalau tengok dari kerjaya seni Han Byul ini, dia bukannya artis baru or penyanyi baru tapi dia boleh dikatakan sebagai artis berpengalaman dah. Lagu - lagu nyanyiannya juga dah banyak dijadikan OST Drama -Drama Korea okey. Dia juga sering join rancangan realiti show di Korea tu. Maybe sebelum ini dia kurang popular di Malaysia, tapi sejak dia sertai Big Stage ni, namanya dah jadi sebutan gitu dan persembahannya sentiasa dinantikan. Apa pun dalam entry ini aku nak kongsikan serba sedikit biodata Han Byul ini, so jom tengok biodatanya di bawah ini okey.




    Biodata Terkini Han Byul


    Nama : Jang Han Byul
    Umur : 29 Tahun
    Tarikh Lahir : 4 Julai 1990
    Tempat Lahir : Australia
    Kerjaya : Penyanyi, Youtuber, bekas vokalis utama kumpulan LEDApple dan membuat debut sulungnya dengan album mini CODA pada bulan November 2011
    Senarai Lagu - Lagu nyanyian Han Byul : I'll Be There For You (OST Drama Korea 7th Grade Civil Servant), Call My Nama (OST Drama Korea Marriage, Not Dating), Shooting Star (OST Drama Korea Sassy Go Go), Winter Wind (OST Drama Korea Remember), 그 말/Those Words (OST Drama Korea Blow Breeze)
    Program / Rancangan TV Yang Disertai Han Byul : Hos After School Club (2013), Peserta Code : Secret Room (Channel JTBC / 2015), Peserta Touch Q (Arirang TV /2016), Peserta Society Game (Channel TVN / 2016), Peserta and Finalis Big Stage 2019 (Channel Astro Ria / Malaysia).
    Han Byul, Jang Han Byul, Han Byul Big Stage 2019, Big Stage 2019, Big Stage Musim Kedua, Penyanyi, Penyanyi Korea Han Byul, Artis Korea, Artis Korea Han Byul, Profil Han Byul, Biodata Han Byul, Biodata Penuh Han Byul, Biodata Terkini Han Byul, Biodata Terkini Han Byul Big Stage 2019, Foto - Foto Han Byul, Gambar - Gambar Han Byul, Han Byul Nyanyi Lagu Melayu, Lagu - Lagu Nyanyian Han Byul, OST Korean Drama, Lagu - Lagu Nyanyian Han Byul Di Big Stage 2019, Finalis Big Stage 2019, Blog Dari Hati Miss Mulan,
    Fanclub / Kelab Peminat : Twinkler FC
    Senarai Lagu - lagu nyanyian Han Byul di Big Stage 2019 : Shooting Star, Vroom Vroom, I'll Never Love Again, Just Give Me A Reason (duet dengan Sarah Suhairi), Yang Sedang Sedang Saja, Love Someone, Bang Bang (battle dengan Neeta), Boy With Luv (BTS), Dirgahayu (duet dengan Siti Sarah)
    Lagu Single Melayu Pertama Han Byul : Luka dan Bahagia ciptaan Haqiem Rusly
    Pencapaian: Juara Big Stage 2019 
    Media Sosial Han Byul : Instagram Han ByulChannel Youtube Han Byul
    Foto - Foto / Gambar - Gambar Han Byul
    Han Byul, Jang Han Byul, Han Byul Big Stage 2019, Big Stage 2019, Big Stage Musim Kedua, Penyanyi, Penyanyi Korea Han Byul, Artis Korea, Artis Korea Han Byul, Profil Han Byul, Biodata Han Byul, Biodata Penuh Han Byul, Biodata Terkini Han Byul, Biodata Terkini Han Byul Big Stage 2019, Foto - Foto Han Byul, Gambar - Gambar Han Byul, Han Byul Nyanyi Lagu Melayu, Lagu - Lagu Nyanyian Han Byul, OST Korean Drama, Lagu - Lagu Nyanyian Han Byul Di Big Stage 2019, Finalis Big Stage 2019, Blog Dari Hati Miss Mulan,


    Han Byul, Jang Han Byul, Han Byul Big Stage 2019, Big Stage 2019, Big Stage Musim Kedua, Penyanyi, Penyanyi Korea Han Byul, Artis Korea, Artis Korea Han Byul, Profil Han Byul, Biodata Han Byul, Biodata Penuh Han Byul, Biodata Terkini Han Byul, Biodata Terkini Han Byul Big Stage 2019, Foto - Foto Han Byul, Gambar - Gambar Han Byul, Han Byul Nyanyi Lagu Melayu, Lagu - Lagu Nyanyian Han Byul, OST Korean Drama, Lagu - Lagu Nyanyian Han Byul Di Big Stage 2019, Finalis Big Stage 2019, Blog Dari Hati Miss Mulan,

    Han Byul, Jang Han Byul, Han Byul Big Stage 2019, Big Stage 2019, Big Stage Musim Kedua, Penyanyi, Penyanyi Korea Han Byul, Artis Korea, Artis Korea Han Byul, Profil Han Byul, Biodata Han Byul, Biodata Penuh Han Byul, Biodata Terkini Han Byul, Biodata Terkini Han Byul Big Stage 2019, Foto - Foto Han Byul, Gambar - Gambar Han Byul, Han Byul Nyanyi Lagu Melayu, Lagu - Lagu Nyanyian Han Byul, OST Korean Drama, Lagu - Lagu Nyanyian Han Byul Di Big Stage 2019, Finalis Big Stage 2019, Blog Dari Hati Miss Mulan, Finalis Big Stage 2019, Han Byul Finalis Big Stage 2019,
    Hope nanti - nanti dia nyanyi lagu Melayu lagi hehehe. Good Luck Han Byul..

    Jom Baca ini juga ➔ Review Drama Korea Big Issue

    ~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
    Read More


    My Random Post