Memaparkan catatan dengan label Suki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Suki. Papar semua catatan

15 Mei 2022

Telefilem Bintang GV Dikejar Zombie (Astro Citra)



Telefilem Bintang GV Dikejar Zombie, Telemovie Bintang GV Dikejar Zombie (Astro Citra), Poster Telefilem Bintang GV Dikejar Zombie (Astro Citra), Info dan Sinopsis Telefilem Bintang GV Dikejar Zombie, Bintang GV Dikejar Zombie Cast, Pelakon - Pelakon Bintang GV Dikejar Zombie, Suki Low, Bandi Amuk, Yassin, Telefilem Astro Citra 2022, Telemovie Astro Citra,

Telefilem Bintang GV Dikejar Zombie telah pun disiarkan pada hari Sabtu, 14 Mei 2022, jam 9 malam di Astro Citra. Antara pelakon telefilem Bintang GV Dikejar Zombie ini adalah Yassin Yahya, Suki Low, Bandi Amuk, Abang Gee, Nina Smith, Mosen Nadzli, Marc syahmie, Iman Aneesa dan ramai lagi. Selain itu Telemovie Bintang GV Dikejar Zombie ini diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Wah nampak menarik kan telefilem ini, siap ada Suki berlakon lagi. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie Bintang GV Dikejar Zombie di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Bintang GV Dikejar Zombie (Astro Citra)

Tiga bintang Gegar Vaganza, Yassin, Suki dan Bandi Amuk menuju ke sebuah kampung untuk membuat sebuah persembahan khas hari raya. Malangnya, segalanya berubah apabila 3 bintang GV itu dikejar zombie di dalam kampung itu yang berkeliaran. Mampukah mereka menyelamatkan diri?

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan - Cerekarama TV3


Read More

24 Jan 2022

Aliff Aziz Juara Gegar Vaganza Musim Kelapan (GV8)



Aliff Aziz, Bella Astillah, Aliff Aziz Menang GV8, Keputusan Pemenang Gegar Vaganza Musim Kelapan, Senarai Pemenang GV8, Juara GV8 Milik Aliff Aziz,

Walaupun konsisten dalam kedudukan top 3 atau top 4 dalam setiap konsert GV8, ramai yang tidak menyangka Aliff Aziz akan muncul Juara GV8. Selepas beraksi cemerlang di konsert separuh akhir GV8, nama Aweera mula menjadi sebutan peminat untuk menjadi juara. Nama Nikki dan Suki turut disebut - sebut untuk menjadi juara kerana sentiasa konsisten dan memberi saingan sengit. Namun seperti yang dikatakan dalam sidang media selepas konsert, pemilihan lagu yang salah menjadi punca para peserta mendapat markah yang rendah daripada juri. Semua lagu sebenarnya dipilih oleh peserta dan dipersetujui oleh pihak Astro. Berbalik pada kemenangan Aliff Aziz ni, awalnya aku menyangka Nikki akan menjadi juara. 




Namun rezeki memihak pada Aliff. Aliff Aziz menyanyikan lagu Dealova, duet bersama Hafiz Suip kemudian menyanyikan lagu solo bertajuk Sampai Syurga nyanyian asal Faizal Tahir. Memang tak dinafikan kedua - dua lagu tersebut memang kena dengan suara Aliff. Kemudian dalam pusingan Battle pula Aliff Aziz akan berentap dengan Aweera menyampaikan lagu Bangun. Dalam battle round ni pun memang nampak Aliff lebih menyerlah sikit dari Aweera. Walaubagaimanapun dalam segmen battle tu aku lebih suka tengok battle di antara Adibah Noor dan Azan Scan menyanyikan lagu Kami Rappers nyanyian asal kumpulan 4U2C dan juga battle lagu Oppa Gangnam Style nyanyian Suki dan Nikki. Apa pun semua peserta all out malam ini, tahniah untuk semua finalis GV8.

Keputusan Pemenang GV8 

Juara - Aliff Aziz
Naib Juara - Nikki
Tempat Ketiga - Suki
Tempat Keempat - Adibah Noor
Tempat Kelima - Azan Scan
Tempat Keenam - Aweera



Read More


My Random Post