22 Ogo 2020

Sinopsis Telefilem Luluh - Cerekarama TV3




Telefilem Luluh, Telemovie Luluh, Slot Cerekarama, TV3, Cerekarama Luluh, Senarai Pelakon Telefilem Luluh, Aeril Zafrel, Izzue Islam, Ummi Nazeera, Nad Zainal, Haeriyanto Hassan, Fadilah Mansor,

Telefilem Luluh akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 22 Ogos 2020 ini, jam 10 malam. Antara pelakon telefilem Luluh ini adalah Aeril Zafrel, Izzue Islam, Ummi Nazeera, Nad Zainal, Haeriyanto Hassan, Fadilah Mansor dan ramai lagi. Selain itu telemovie Luluh ini diarahkan oleh Pali Yahya dan diterbitkan oleh PnD pictures. Nampak menarik kan telefilem ini, plus para pelakonnya juga best - best belaka. Oh ya Aeril Zafrel, Ummi Nazeera dan Izzue Islam macam reunion balik pula dalam telefilem ini selepas drama gandingan mereka bertiga sebelum ini iaitu drama Patahnya Sebelah Sayap. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini dibawah ye..




Sinopsis Telefilem Luluh Lakonan Aeril Zafr
el, Izzue Islam, Ummi Nazeera dan Nad Zainal 
(Cerekarama TV3)

Farhan (Aeril Zafrel) yang berada di tahun 2 pengajian di universiti balik ke kampung. Semasa cuti semester tersebut, Farhan ditunangkan dengan Khairina (Nad Zainal), jiran dan juga 'girlfriend' nya sejak di sekolah menengah lagi. Namun seminggu selepas majlis pertunangan mereka, Husin, ayah Farhan meninggal dunia semasa pulang dari laut. Memandangkan Husin adalah yang selama ini bertanggunjawab menyara keluarga, Farhan ambil keputusan untuk berhenti belajar demi untuk menjaga ibu dan memberi laluan pada adiknya, Syakir (Izzue Islam) untuk memulakan pengajian di Universiti. Apa yang berlaku seterusnya.

1 ulasan:

  1. pagi ni bgun baru tgk Aeril Zafrel punya insta story about this cerekerama..maka atie pun terlepas nak nonton.. huhuhu

    BalasPadam



My Random Post