25 Ogo 2020

Drama Pengantin Satu Malam Lakonan Amelia Henderson dan Nazim Othman




Drama Pengantin Satu Malam, Drama Adaptasi Novel, Novel 1001 Malam Karya Sophilea, Sinopsis Drama Pengantin Satu Malam, Poster Drama Pengantin Satu Malam, Pelakon - Pelakon Drama Pengantin Satu Malam, Nazim Othman, Amelia Henderson, Fizo Omar, Afifah Nasir, Drama Baru Nazim Othman, Drama Baru Fizo Omar,

Drama Pengantin Satu Malam adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama 7 Hari Mencintaiku 2 yang telah tamat episodnya. Drama ini mula disiarkan bermula 18 Ogos 2020 yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam serta mempunyai 28 episod. Antara pelakon drama Pengantin Satu Malam ini adalah Nazim Othman, Amelia Henderson, Fizo Omar, Afifah Nasir, Mustapha Kamal, Susan Manen, Edika Yusof, Sanjana Suri, Sharifah Shahora, Norish Karman, Farisha Irwayu dan ramai lagi. Selain itu drama Pengantin Satu Malam ini juga adalah adaptasi daripada Novel 1001 Malam Karya Sophilea. Selain itu drama ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan diterbitkan oleh A10 Alliance Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.




Sinopsis 
Drama Pengantin Satu Malam Lakonan Amelia Henderson dan Nazim Othman (Slot Akasia TV3)

Mengisahkan Zulaikha Nasreen (Amelia Henderson) yang tersepit antara menyelamatkan nyawa ibunya atau maruah dirinya. Dugaan datang menimpa hidup Zulaikha apabila dia terpaksa berhenti kerja kerana perangai tak senonoh majikannya. Adi teman lelakinya pula memilih untuk memutuskan hubungan mereka dan ibunya pula sakit dan memerlukan kos rawatan yang tinggi. Manakala Zahred Hadri (Nazim Othman) pula membenci wanita apabila cintanya dikhianati, Zahred kecewa setelah mengetahui kekasihnya Balqis curang ketika dia berada di Jepun dengan menjadi isteri kedua ayahnya. Zahred juga membenci ayahnya kerana ayahnya telah mengkhianati dirinya dengan merampas kekasihnya. Sejak itu Zahred menjauhkan diri dan tidak mahu bercakap lagi dengan ayahnya. Dato Haris (Edika Yusof) ayah Zahred sememangnya seorang playboy besar dan sentiasa mencari wanita jelita. Mak Zahred Datin Roziah (Norish Karman) hanya mampu makan hati dengan sikap suaminya itu iaitu Dato Haris. 
Drama Pengantin Satu Malam, Drama Adaptasi Novel, Novel 1001 Malam Karya Sophilea, Sinopsis Drama Pengantin Satu Malam, Poster Drama Pengantin Satu Malam, Pelakon - Pelakon Drama Pengantin Satu Malam, Nazim Othman, Amelia Henderson, Fizo Omar, Afifah Nasir, Drama Baru Nazim Othman, Drama Baru Fizo Omar,
Zulaikha kemudian bekerja di syarikat Zahred dan Rasul Fadlan (Fizo Omar). Rasul sentiasa melayan Zulaikha dengan baik dan mengambil berat tentang Zulaikha. Berbeza dengan Zahred yang membenci Zulaikha kerana baginya Zulaikha juga sama seperti bekas kekasihnya yang hanya mahukan duit lelaki kaya sahaja. Zahred mula membuli Zulaikha di tempat kerja manakala Zulaikha pula hanya mampu bersabar dan perlu mencari duit yang banyak untuk kos pembedahan ibunya. Akibat terdesak Zulaikha cuba meminta belas ihsan Zahred untuk membenarkan dirinya membuat pinjaman daripada syarikat. Namun Zahred tidak membenarkan sebaliknya mencadangkan sesuatu yang mengejutkan Zulaikha. Zulaikha terdesak hingga terpaksa mengorbankan masa depannya kerana satu malam yang tak akan dilupakan sampai bila-bila. Apa yang berlaku seterusnya?..
Drama Pengantin Satu Malam, Drama Adaptasi Novel, Novel 1001 Malam Karya Sophilea, Sinopsis Drama Pengantin Satu Malam, Poster Drama Pengantin Satu Malam, Pelakon - Pelakon Drama Pengantin Satu Malam, Nazim Othman, Amelia Henderson, Fizo Omar, Afifah Nasir, Drama Baru Nazim Othman, Drama Baru Fizo Omar,
Lagu Tema / OST Drama Pengantin Satu Malam
➤➤ Satu Malam nyanyian Qody Rany

2 ulasan:



My Random Post