11 Ogo 2020

Sinopsis Telefilem Aku Tak Gila Lakonan Zara Zya




Telefilem Aku Tak Gila, Telemovie Aku Tak Gila, Astro Citra, Sinopsis Telefilem Aku Tak Gila, Poster Telefilem Aku Tak Gila, Pelakon - Pelakon Telefilem Aku Tak Gila, Zara Zya, Hasnul Rahmat, Zafrul Nordin, Hairi Safwan Puteri Rafasya, Azza Elite,

Aku ada tonton telefilem Aku Tak Gila yang disiarkan di Astro Citra pada 8 Ogos 2020 yang lepas iaitu pada hari Sabtu. Antara pelakon telefilem Aku Tak Gila ini adalah Zara Zya, Hasnul Rahmat, Zafrul Nordin, Hairi Safwan Puteri Rafasya, Azza Elite dan ramai lagi. Selain itu telemovie Aku Tak Gila ini diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh Cinema Stage Production Sdn Bhd. Background muzik telefilem ni boleh tahan seram hehehe tapi jalan ceritanya tak seram cuma seriau jugalah tengok watak Zara Zya tu. Zara Zya dan Hasnul Rahmat jadi anak dan bapa dalam telefilem ni. Dulu dalam drama popular Korban Kasih tu pun diorang jadi anak dan bapa juga hehe. Apa pun jom tengok sinopsis telefilem ini dibawah ye..




Sinopsis Telefilem Aku Tak Gila Lakonan Zara Zya 
(Astro Citra)

Balqis yang berusia 12 tahun ketika itu telah diculik oleh Rudy (Hairi Safwan) atas arahan seorang Tan Sri sebagai membalas dendam pada bapa Balqis (Hasnul Rahmat). Balqis (Zara Zya) telah dikurung dan diasingkan dari masyarakat selama 10 tahun. Rudy yang ditugaskan untuk menjaga Balqis sepenuhnya. Balqis diseksa secara fizikal dan mentalnya, dia dipukul dan dirogol dan akhirnya Balqis mula trauma dan mengalami DID (Dissociative Identity Disorder) dimana wujud beberapa personaliti lain dalam diri Balqis. Suatu hari Balqis berjaya melepaskan diri dan berazam ingin membalas dendam pada mereka yang bertanggungjawab atas penderitaannya itu. Apa yang berlaku seterusnya?..
Telefilem Aku Tak Gila, Telemovie Aku Tak Gila, Astro Citra, Sinopsis Telefilem Aku Tak Gila, Poster Telefilem Aku Tak Gila, Pelakon - Pelakon Telefilem Aku Tak Gila, Zara Zya, Hasnul Rahmat, Zafrul Nordin, Hairi Safwan Puteri Rafasya, Azza Elite,
⏩ Resepi Kek Pandan Yang Simple dan Gebu

2 ulasan:



My Random Post