24 Jan 2020

Baca Online Novel Seadanya Aku Karya Rissa Adhiya




Seadanya Aku, Novel Seadanya Aku, Novel Seadanya Aku Karya Rissa Adhiya, Drama Seadanya Aku, Drama Adaptasi Novel, Slot Akasia, TV3, Novel Online, Baca Online Novel Seadanya Aku Bab 1 Hingga Bab 15, Drama Baru Zara Zya, Drama Baru Azlee Khairi, Cover Depan Novel Seadanya Aku,

Novel Seadanya Aku Karya Rissa Adhiya telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 28 episod yang tengah kini tengah hangat bersiaran di slot Akasia TV3. Azlee Khairi dan Zara Zya yang sebelum ini pernah mencetuskan fenomena menerusi drama Love You Mr Arrogant kembali bergandingan menjadi hero dan heroin drama adaptasi novel Seadanya Aku ini. Azlee Khairi akan membawa watak sebagai Zarul manakala Zara Zya pula akan melakonkan watak Aufiya. Elvina Mohamad akan melakonkan watak sebagai Wina yang merupakan kawan baik pada Aufiya dan tunang pada Zarul. Pelakon Redza Rosli pula akan membawa watak sebagai Taufik, Dayana Roza pula sebagai Zureen, Fadlan Hazim sebagai Hadi, Norish Karman sebagai Kartina dan lain - lain lagi. Novel Seadanya Aku ini diterbitkan pada tahun 2018 oleh Penerbitan Karya Seni. Jadi sambil tengok drama Seadanya Aku di TV tu, korang juga boleh baca Novel Seadanya Aku secara online juga, caranya korang hanya perlu klik link di bawah ini okey. Apa pun jom tengok sinopsis novel ini di bawah ini terlebih dahulu ye. Selamat membaca okey..




Sinopsis Novel Seadanya Aku Karya Rissa Adhiya

Cerita itu. Ya, cerita yang ingin dilupakannya. Bertahun dia menyimpannya sendiri, berharap yang cerita itu akan terkubur sendiri. Siapa tahu, cerita itu muncul semula ketika bahagia di depan mata. Kesuciannya dipersoalkan, kejujurannya diragui.“Fik dah fikirkan dalam-dalam. Ikhlas Fik sayangkan Fiya. Fik tak kesahdengan cerita silam Fiya. Kita kahwin!” - TAUFIK
Janji Taufik untuk menerima dirinya seadanya dia, hanya tinggal janji. Kenduri sedang berlangsung. Tetamu sudah berpusu datang. Jurunikah sudah lelah menunggu, tetapi pengantin lelakinya langsung tidak muncul. Aufiya rasa lebih baik dia mati sahaja daripada menanggung malu. Dan, lelaki itu muncul tiba-tiba menyelamatkan maruahnya dari terus ditelanjangkan Taufik. Dia menerima huluran bantuan Zarul walaupun rasa bersalah menggunung tinggi. Zarul yang tegas, Zarul yang dingin dan Zarul juga tunangan Wina. Zarul itulah yang dihantar Tuhan sebagai penyelamatnya.“Saya tak tahu saya bakal jadi pengantin hari ni. Jadi saya tak sediakan apa-apa untuk Aufiya. Saya cuma ada cincin ini sebagai tanda saya ikat Aufiya dalam hati saya.”- ZARUL

Perkahwinan itu tidak mampu Aufiya khabarkan hatta kepada kawan-kawan baiknya sendiri kerana yang menjadi suaminya itu hanyalah sekadar pinjaman. 

Seadanya Aku, Novel Seadanya Aku, Novel Seadanya Aku Karya Rissa Adhiya, Drama Seadanya Aku, Drama Adaptasi Novel, Slot Akasia, TV3, Novel Online, Baca Online Novel Seadanya Aku Bab 1 Hingga Bab 15, Drama Baru Zara Zya, Drama Baru Azlee Khairi, Drama Bersiri TV3 2020, Senarai Pelakon Drama Seadanya Aku, Zara Zya, Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Dayana Roza, Redza Rosli, Fadlan Hazim, Sharifah Husna, Azri Iskandar, Norish Karman, Ainina Ahmad, Jasmin Hamid, Anne Abdullah,

Pinjaman seorang sahabat yang dikhianatinya dalam diam.“Abang bukan hak Fiya dari mula. Abang hak Wina. Fiya tak mahu rampas abang daripada kawan baik Fiya sendiri.”- AUFIYA

Zarul. Dia menawarkan diri bukan kerana terpaksa. Tapi demi rasa yang sudah sekian lama ada. Tapi, sabarnya seakan-akan diuji. Sayang Aufiya terhadap Wina seolah-olah tidak bertepi.

“Kalau sayang sangat dengan Wina tu, apa kata, Fiya bermadu aje dengan dia? Senang, kan?”- ZARUL

Hati Aufiya mula berdolak-dalik, antara suami dan sahabat yang dikasihi. Sikap Zarul yang melindungi dan menerima dia seadanya tanpa sebarang syarat mula membuatkan hatinya terbuai. Tapi Wina itu sahabatnya yang paling baik. Melukakan Wina umpama melukakan hati sendiri. Tegarkah Aufiya terus melukakan hati Wina yang sudah dianggap seperti darah dagingnya itu? Atau Aufiya rela menghancurkan hatinya sendiri demi melihat Wina bahagia? Antara kehendak sendiri dan persahabatan, yang manakah akan menang?





~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~

1 ulasan:



My Random Post