Memaparkan catatan dengan label Azlee Khairi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Azlee Khairi. Papar semua catatan

26 Jun 2022

Drama Roxy Episod 1 Hingga 20 Di Slot Dahlia TV3



Drama Roxy, Drama Robot TV3, Drama Slot Dahlia TV3, Sinopsis Drama Roxy, Roxy Cast, Pelakon - Pelakon Drama Roxy tv3, Drama Roxy Full Episode, Drama Roxy Episod 1 Hingga 20, Poster Drama Roxy,

Drama Roxy mula bersiaran di slot Dahlia TV3 bermula 25 Jun 2022, setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 7 malam. Antara pelakon drama Roxy ini adalah Nadiyah Shahab, Azlee Khairi, Eira Syazira, Aqeesh Aleeya, Nik Adam Mika, Zizan Nin, Tony Eusoff, Zack Kool, Kween Keela, Oktovia Manrose, Roy Azman, Atu Zero, Chiwan Chilok, Amyza Aznan, Aliff Zulkarnain, Ramli Long dan ramai lagi. Selain itu drama Roxy ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh M. Nazir Juhan (Jet Lee) serta diterbitkan oleh Aquila Emas Sdn Bhd. Wah nampak macam best drama ini kan,mesti lawak ni, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Roxy ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Roxy

  • Nadiyah Shahab sebagai Roxy
  • Azlee Khairi sebagai Aqil
  • Eira Syazira sebagai Arissa
  • Aqeesh Aleeya sebagai Amira
  • Nik Adam Mika sebagai Amar
  • Zizan Nin sebagai Dharma
  • Amyza Aznan sebagai Norlela
  • Roy Azman sebagai Murad
  • Atu Zero sebagai Domi
  • Chiwan sebagai Bidin
  • Kween Keela sebagai Sushen
  • Zack Kool sebagai Profesor Melon
  • Tony Eusoff sebagai Dr Rosli
  • Oktovia Manrose sebagai Katalina
  • Zaki Yamani sebagai Ku Ann




Sinopsis Drama Roxy Lakonan Nadiyah Shahab, Azlee Khairi dan Eira Syazira di Slot Dahlia TV3

ROXY mengisahkan kehidupan sepasang suami isteri berkerjaya iaitu Aqil lakonan Azlee Khairi dan Arissa yang dilakonkan oleh Eira Syazira yang sering berhadapan dengan masalah pembantu rumah yang melarikan diri berikutan Aqil dan Arissa amat sibuk dengan kerjaya dan sangat mengharapkan pembantu rumah yang cekap dan boleh dipercayai untuk menguruskan dua orang cahaya mata mereka iaitu Amira dan Amar. Aqil bertindak membawa pulang sebuah robot persis manusia yang telah rosak di dalam setor syarikatnya sebagai solusi masalah pembantu rumah yang melarikan diri.  Kehidupan harian mereka lebih terurus dan berjalan lancar pada peringkat kehadiran ROXY (Nadiyah Syahab) hasil pemberian nama oleh Amar.  Amira dan Amar kini menganggap ROXY sebagai penjaga dan teman sebaya mereka yang jujur, amanah dan setia apabila ibu bapa mereka semakin sibuk dengan kerja.
Drama Roxy, Drama Robot TV3, Drama Slot Dahlia TV3, Sinopsis Drama Roxy, Roxy Cast, Pelakon - Pelakon Drama Roxy tv3, Drama Roxy Full Episode, Drama Roxy Episod 1 Hingga 20, Poster Drama Roxy,
Selain itu, kekecohan dan insiden yang lucu mula timbul selepas kehadiran ROXY seperti pegawai keselamatan di taman perumahan itu iaitu Domi dan Bidin telah jatuh cinta dengan ROXY yang dipercayai sebagai seorang gadis sempurna, bukan itu sahaja Pakcik Murad berkenan untuk menjadikannya sebagai menantu.  Isteri Pakcik Murad, Makcik Norlela pula sentiasa mahu mencungkil rahsia ROXY kerana beranggapan ROXY ialah pendatang asing tanpa izin.  Bukan itu sahaja, ROXY turut dilamar oleh seorang pakar dermatologi iaitu Dr. Rosli sebagai duta produknya serta-merta membuatkan Puan Maria berasa cemburu kerana selama ini hanya dia yang menjadi duta untuk produk suaminya. Ingin tahu apakah akan terjadi pada ROXY? Adakah robot ini merupakan penyelesaian terbaik dan pembantu rumah sempurna bagi keluarga Aqil dan Arissa?

Lagu Tema / OST Drama Roxy

👄 Layar Bersama nyanyian Yuveena
👄 Kau Ada nyanyian Aqeesh dan Momo



Read More

15 Feb 2022

Episod Akhir dan Ending Drama Derhaka Cinta Jebat (TV1)



Drama Derhaka Cinta Jebat, Drama Slot Widuri TV1, Drama Derhaka Cinta Jebat Slot Widuri TV1, Poster Drama Derhaka Cinta Jebat, Info dan Sinopsis Drama Derhaka Cinta Jebat, Drama Derhaka Cinta Jebat Episod 1 Hingga 26 TV1, Derhaka Cinta Jebat Full Episode, Derhaka Cinta Jebat Novel PDF, Derhaka Cinta Jebat Drama, Novel Derhaka Cinta Jebat Bab 1 Hingga Bab Akhir, Derhaka Cinta Jebat Wattpad, OST Derhaka Cinta Jebat, Derhaka Cinta Jebat Episode 1, Episod Akhir Drama Derhaka Cinta Jebat, Derhaka Cinta Jebat Ending, Derhaka Cinta Jebat Cast, Pelakon - Pelakon Drama Derhaka Cinta Jebat, Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Ikmal Amry, Jasper Supayah, Drama Melayu 2022 tv1,

Drama Derhaka Cinta Jebat adalah drama terbaru yang disiarkan di slot Widuri TV1, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang. Drama ini sudah pun bersiaran sejak 3 Januari yang lalu dan merupakan adaptasi Novel Derhaka Cinta Jebat karya Cik Tet. Antara pelakon drama Derhaka Cinta Jebat ini adalah Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Ikmal Amry, Jasper Supayah, Faez Nick, Daniel Fong, Ikhwan Rosli, Nina Fazurina, Mimi Ernida, Wilma Muhammad, Aznah Hamid dan ramai lagi. Selain itu drama Derhaka Cinta Jebat ini mempunyai 26 episod dan diarahkan oleh Ejump Mohd serta diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, plus para pelakonnya juga best. Agak - agak korang macam manalah ending drama Derhaka Cinta Jebat ini nanti kan?. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

  • Azlee Khairi sebagai Jebat Zulkarnain
  • Elvina Mohamad sebagai Aisyah Humairah
  • Ikmal Amry sebagai Tuah Iskandar
  • Jasper Supayah sebagai Cemelia
  • Faez Nick sebagai Iqbal
  • Daniel Fong sebagai Amar/Eric Wong
  • Ikhwan Rosli sebagai Salim
  • Nina Fazurina sebagai Amira
  • Puteri A'teeqah Ayu sebagai Suria
  • Mimi Ernida sebagai Inara
  • Hannah Qiassatina sebagai Fatihah
  • Wilma Muhammad sebagai Huda
  • Aznah Hamid sebagai Opah
  • Bohari Ibrahim sebagai Azman
  • Puteri Ateeqah sebagai Suria
  • Razali Ghani sebagai Pak Husin
  • Siti Ruwiyani sebagai Cik Yam
  • Izzendra sebagai Teja




Sinopsis Drama Derhaka Cinta Jebat Lakonan Azlee Khairi dan Elvina Mohamad - Slot Widuri TV1

Semua berpunca kerana rasa dendam, salah faham dan ditambah pula dengan ego yang tinggi melangit, sanggup Jebat Zulkarnain menzalimi Aisyah Humaira isterinya sendiri. Bijaknya Jebat mengatur rancangan agar Aisyah jatuh cinta padanya hingga membawa kepada sebuah perkahwinan dengan niat ingin membalas dendam. Aisyah Humaira, suatu ketika dahulu pernah menjalinkan hubungan cinta dengan adik lelaki Jebat iaitu Tuah Iskandar. Tanpa usul periksa teganya Jebat menjatuhkan hukuman sewenang-sewangnya tanpa memberi peluang kepada Aisyah untuk menjelaskan segala-galanya. Aisyah dituduh berlaku curang semasa dia berkasihan dengan Tuah dan menjadi penyebab musibah yang menimpa adik lelaki kesayangannnya. Aisyah benar-benar kecewa. Jebat mendustai cintanya. Dia dinikahi Jebat bukan untuk disayang, dicintai sepenuh hati tapi Jebat punya agendanya sendiri. 


Misi Jebat hanyalah satu, melunaskan dendamnya dan membalas balik segala kesengsaraan Tuah yang kononnya dikhianati Aisyah dahulu. Hati isteri manalah yang tidak kecewa. Bahagia yang diharapkan namun dibalas dengan derita sengsara oleh sang suami yang sangat dicintainya sepenuh hati. Aisyah semakin menderita, lalu dia mengambil keputusan untuk pergi meninggalkan Jebat bersama sekeping hati yang luka. Mainan takdir, disaat segala kebenaran terbentang di depan mata, Jebat pula yang jadi penasaran. Menyesal kini tidak berguna, Aisyah semakin jauh membawa diri. Penyesalan kini menyeksa diri Jebat. Masih berkesempatan lagikah dia atau sudah terlambatkah untuk dia meraih sebuah kemaafan dan cinta Aisyah kembali?


Lagu Tema / OST Drama Derhaka Cinta Jebat

👄👄 Yang Benar nyanyian Floor 88


Tonton Online Drama Derhaka Cinta Jebat Full Episode

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik iaitu 👉 Di sini..dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.


Jom Baca Ini Juga ⏩⏩ Info dan Sinopsis Drama Maryam Qistina (TV Okey)


👉👉 Drama 4 Abdul 1 Mohd (Astro Ria)


⏩⏩ Drama Life Lila Slot Lestary TV3

Read More

22 Jan 2021

Drama Slot Akasia Rahimah Tanpa Rahim Episod 1 Hingga Episod 28 (Akhir) Di TV3



Drama Rahimah Tanpa Rahim, Drama Slot Akasia TV3, Info dan Sinopsis Drama Rahimah Tanpa Rahim, Tonton Full Episode Drama Rahimah Tanpa Rahim, Pelakon - Pelakon Drama Rahimah Tanpa Rahim, OST Drama Rahimah Tanpa Rahim, Drama Baru Puteri Aishah, Drama Baru Azlee Khairi, Drama Baru Ezzaty Abdullah, Drama Baru Hafidz Roshdi,

Drama Rahimah Tanpa Rahim adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama Bidadari Salju lakonan Sweet Qismina dan Adam Lee yang telah tamat episodnya. Drama Rahimah Tanpa Rahim ini akan mula bersiaran pada 22 Januari 2021 setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam dan mempunyai 28 episod. Antara pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim ini adalah Azlee Khairi, Puteri Aishah, Hafidz Roshdi, Ezzaty Abdullah, Liza Abdullah, Amelina, Mustaqim Bahadon, Sera Melissa, Anne Abdullah, Diana Dee, Badrul Muhayat, Farhan Asri, Azri Iskandar, Che Kem dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan diterbitkan oleh Country & Universal Sdn Bhd. Tajuk drama ini agak unik, jadi sebab tu ada bertindak mempersendakan tajuk drama ini. Sedangkan drama ini mengangkat isu sindrom Mayer Rokitansky Kuster Hauser (MRKH), dimana ada wanita yang dilahirkan tanpa rahim. Apa pun nampak best drama ini kan, jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Rahim Tanpa Rahim di bawah ini okey beserta sinopsisnya sekali.
Drama Rahimah Tanpa Rahim, Drama Slot Akasia TV3, Info dan Sinopsis Drama Rahimah Tanpa Rahim, Tonton Full Episode Drama Rahimah Tanpa Rahim, Pelakon - Pelakon Drama Rahimah Tanpa Rahim, OST Drama Rahimah Tanpa Rahim, Drama Baru Puteri Aishah, Drama Baru Azlee Khairi, Drama Baru Ezzaty Abdullah, Drama Baru Hafidz Roshdi,
Azlee Khairi sebagai Jauhar
Puteri Aishah sebagai Rahimah
Hafidz Roshdi sebagai Adli
Ezzaty Abdullah sebagai Nurul
Liza Abdullah sebagai Mak Ani
Amelina sebagai Puan Sakinah
Mustaqim Bahadon sebagai Ramzi
Sera Melissa sebagai Rozana
Anne Abdullah sebagai Puan Faridah
Diana Dee sebagai Shidah
Badrul Muhayat sebagai Pak Akob
Farhan Asri sebagai Idin
Azri Iskandar sebagai Tuan Rosdi
Che Kem sebagai Tuan Firdaus




Sinopsis Penuh Drama Rahimah Tanpa Rahim 
Lakonan Puteri Aishah, Azlee Khairi dan Ezzaty Abdullah Di TV3

Mengisahkan Rahimah (Puteri Aishah), seorang gadis kampung tinggal bersama ibunya, Mak Ani (Liza Abdullah) dan bapanya, Pak Akob (Badrul Muhayat). Sengsara telah lama menemani Rahimah bila dirinya selalu dipersalahkan dan dibenci oleh ibubapanya sendiri. Hasutan dan penipuan adiknya, Rozana (Sera Melissa) adalah punca Rahimah selalu ditimpa malang. Adli (Hafidz Rosdi) ada menyimpan perasaan terhadap Rahimah tetapi perasaan itu semakin menyakitkan bila Rahimah temui seorang jejaka bernama Jauhar (Azlee Khairi). Jauhar mengambil keputusan untuk memperisterikan Rahimah dan Rahimah mengikut suaminya pulang ke bandar. Nurul (Ezzaty Abdullah) merupakan gadis yang disukai Ramzi (Mustaqim Bahadon) tetapi Nurul hanya cintakan Jauhar. Nurul hanya anggap Ramzi sebagai kawan untuk mengadu segala masalahnya. Satu hari, Rahimah ditimpa satu penyakit sindrom dan disebabkan itu, Rahimah mengetahui bahawa sejak lahir lagi, dia memang tiada rahim dalam perutnya. Dia tidak akan mendapat zuriat sepanjang hayatnya. Rahimah berfikir bagaimanakah kehidupannya sebagai seorang isteri yang tidak mampu memberi zuriat pada suaminya. Dengan rela hatinya untuk mengekalkan kebahagian rumah tangganya, Rahimah mengizinkan suaminya berkahwin sekali lagi, dengan Nurul. Akhirnya, Jauhar dijodohkan dengan Nurul. Namun timbul pelbagai konflik yang menimpa Rahimah supaya Rahimah berpisah dengan Jauhar. Satu persatu perkara akan terbongkar dan adakah kebahagiaan akan menemui Rahimah.Lahirkah bahagia yang didambakan??

Lagu Tema / OST Drama Rahimah Tanpa Rahim
👄 Lara nyanyian Hael Husaini, Naim Daniel dan Haqiem Rusli
Drama Rahimah Tanpa Rahim, Drama Slot Akasia TV3, Info dan Sinopsis Drama Rahimah Tanpa Rahim, Tonton Full Episode Drama Rahimah Tanpa Rahim, Pelakon - Pelakon Drama Rahimah Tanpa Rahim, OST Drama Rahimah Tanpa Rahim, Drama Baru Puteri Aishah, Drama Baru Azlee Khairi, Drama Baru Ezzaty Abdullah, Drama Baru Hafidz Roshdi,
Tonton Episod Penuh Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 1 Hingga Episod 28 (Akhir)
Kalau terlepas menonton di TV, korang juga boleh menonton online di aplikasi iQIYI Malaysia gitu. Tapi aku akan sertakan link - linknya di entry ini dan akan kemaskininya dari masa ke semasa.

Rahimah Tanpa Rahim Episod 1 https://www.iq.com/play/1sxf36pcar0?frmrp=album&frmb=album_information&frmrs=1

Rahimah Tanpa Rahim Episod 2 https://www.iq.com/play/139pc2zq5m0?frmrp=album&frmb=album_information&frmrs=1

Rahimah Tanpa Rahim Episod 3https://www.iq.com/play/rdcjidklag?frmrp=album&frmb=album_information&frmrs=1

Rahimah Tanpa Rahim Episod 4https://www.iq.com/play/1w5j49132w8?frmrp=album&frmb=album_information&frmrs=1

Rahimah Tanpa Rahim Episod 5 https://www.iq.com/play/1ojttm1l0p8?frmrp=album&frmb=album_information&frmrs=1

Rahimah Tanpa Rahim Episod 6https://www.iq.com/play/ffsxk1dvt0?frmrp=album&frmb=album_information&frmrs=1

Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 7

Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 8

Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 9

Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 10

Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 11

(Coming Soon)

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Info dan Sinopsis Drama Hindi Yehh Jadu Hai Jinn Ka! (Slot Sonia TV3)

⏩ Tonton Drama Tercipta Satu Ikatan Full Episode Lakonan Aeril Zafrel dan Hannah Delisha Di Astro Ria

Read More

10 Okt 2020

Telefilem Rahsia Malam Jumaat Lakonan Janna Nick dan Elfira Loy (TV3)



Cerekarama Rahsia Malam Jumaat Lakonan Janna Nick, Elfira Loy dan Azlee Khairi (TV3)

Telefilem Rahsia Malam Jumaat akan disiarkan pada 10 Oktober 2020 ini di slot Cerekarama TV3, jam 9 malam. Antara pelakon telefilem Rahsia Malam Jumaat ini adalah Janna Nick, Elfira Loy, Azlee Khairi, Zila Bakarin, Danish Hazriq, Kamarool Hj Yusoff dan ramai lagi. Selain itu telemovie Rahsia Malam Jumaat diarahkan oleh Kyoll Hamzah dan diterbitkan oleh OrangeTree Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, plus para pelakonnya juga best - best kan. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini dibawah ye..




Sinopsis Telefilem Rahsia Malam Jumaat Lakonan Janna Nick, Elfira Loy dan Azlee Khairi (Cerekarama TV3)

Mengisahkan Hana dan Nani yang balik kampung untuk melawat ibu dan adik mereka. Ketika itu, heboh tentang isu pembunuh bersiri. Suatu malam, ketika pulang dari tengok konsert, mereka ternampak tangan terkapai-kapai dari sebuah lubang di tepi jalan. Apa yang berlaku seterusnya?..

👉👉 Sinopsis Telefilem Kisah Seram Hospital Lakonan Fattah Amin dan Fatin Afeefa (Astro Citra)

 Sinopsis Novel Perempuan Tanpa Dosa Karya Fatinilam Sari Ahmad

Read More

24 Jan 2020

Baca Online Novel Seadanya Aku Karya Rissa Adhiya




Seadanya Aku, Novel Seadanya Aku, Novel Seadanya Aku Karya Rissa Adhiya, Drama Seadanya Aku, Drama Adaptasi Novel, Slot Akasia, TV3, Novel Online, Baca Online Novel Seadanya Aku Bab 1 Hingga Bab 15, Drama Baru Zara Zya, Drama Baru Azlee Khairi, Cover Depan Novel Seadanya Aku,

Novel Seadanya Aku Karya Rissa Adhiya telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 28 episod yang tengah kini tengah hangat bersiaran di slot Akasia TV3. Azlee Khairi dan Zara Zya yang sebelum ini pernah mencetuskan fenomena menerusi drama Love You Mr Arrogant kembali bergandingan menjadi hero dan heroin drama adaptasi novel Seadanya Aku ini. Azlee Khairi akan membawa watak sebagai Zarul manakala Zara Zya pula akan melakonkan watak Aufiya. Elvina Mohamad akan melakonkan watak sebagai Wina yang merupakan kawan baik pada Aufiya dan tunang pada Zarul. Pelakon Redza Rosli pula akan membawa watak sebagai Taufik, Dayana Roza pula sebagai Zureen, Fadlan Hazim sebagai Hadi, Norish Karman sebagai Kartina dan lain - lain lagi. Novel Seadanya Aku ini diterbitkan pada tahun 2018 oleh Penerbitan Karya Seni. Jadi sambil tengok drama Seadanya Aku di TV tu, korang juga boleh baca Novel Seadanya Aku secara online juga, caranya korang hanya perlu klik link di bawah ini okey. Apa pun jom tengok sinopsis novel ini di bawah ini terlebih dahulu ye. Selamat membaca okey..




Sinopsis Novel Seadanya Aku Karya Rissa Adhiya

Cerita itu. Ya, cerita yang ingin dilupakannya. Bertahun dia menyimpannya sendiri, berharap yang cerita itu akan terkubur sendiri. Siapa tahu, cerita itu muncul semula ketika bahagia di depan mata. Kesuciannya dipersoalkan, kejujurannya diragui.“Fik dah fikirkan dalam-dalam. Ikhlas Fik sayangkan Fiya. Fik tak kesahdengan cerita silam Fiya. Kita kahwin!” - TAUFIK
Janji Taufik untuk menerima dirinya seadanya dia, hanya tinggal janji. Kenduri sedang berlangsung. Tetamu sudah berpusu datang. Jurunikah sudah lelah menunggu, tetapi pengantin lelakinya langsung tidak muncul. Aufiya rasa lebih baik dia mati sahaja daripada menanggung malu. Dan, lelaki itu muncul tiba-tiba menyelamatkan maruahnya dari terus ditelanjangkan Taufik. Dia menerima huluran bantuan Zarul walaupun rasa bersalah menggunung tinggi. Zarul yang tegas, Zarul yang dingin dan Zarul juga tunangan Wina. Zarul itulah yang dihantar Tuhan sebagai penyelamatnya.“Saya tak tahu saya bakal jadi pengantin hari ni. Jadi saya tak sediakan apa-apa untuk Aufiya. Saya cuma ada cincin ini sebagai tanda saya ikat Aufiya dalam hati saya.”- ZARUL

Perkahwinan itu tidak mampu Aufiya khabarkan hatta kepada kawan-kawan baiknya sendiri kerana yang menjadi suaminya itu hanyalah sekadar pinjaman. 

Seadanya Aku, Novel Seadanya Aku, Novel Seadanya Aku Karya Rissa Adhiya, Drama Seadanya Aku, Drama Adaptasi Novel, Slot Akasia, TV3, Novel Online, Baca Online Novel Seadanya Aku Bab 1 Hingga Bab 15, Drama Baru Zara Zya, Drama Baru Azlee Khairi, Drama Bersiri TV3 2020, Senarai Pelakon Drama Seadanya Aku, Zara Zya, Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Dayana Roza, Redza Rosli, Fadlan Hazim, Sharifah Husna, Azri Iskandar, Norish Karman, Ainina Ahmad, Jasmin Hamid, Anne Abdullah,

Pinjaman seorang sahabat yang dikhianatinya dalam diam.“Abang bukan hak Fiya dari mula. Abang hak Wina. Fiya tak mahu rampas abang daripada kawan baik Fiya sendiri.”- AUFIYA

Zarul. Dia menawarkan diri bukan kerana terpaksa. Tapi demi rasa yang sudah sekian lama ada. Tapi, sabarnya seakan-akan diuji. Sayang Aufiya terhadap Wina seolah-olah tidak bertepi.

“Kalau sayang sangat dengan Wina tu, apa kata, Fiya bermadu aje dengan dia? Senang, kan?”- ZARUL

Hati Aufiya mula berdolak-dalik, antara suami dan sahabat yang dikasihi. Sikap Zarul yang melindungi dan menerima dia seadanya tanpa sebarang syarat mula membuatkan hatinya terbuai. Tapi Wina itu sahabatnya yang paling baik. Melukakan Wina umpama melukakan hati sendiri. Tegarkah Aufiya terus melukakan hati Wina yang sudah dianggap seperti darah dagingnya itu? Atau Aufiya rela menghancurkan hatinya sendiri demi melihat Wina bahagia? Antara kehendak sendiri dan persahabatan, yang manakah akan menang?





~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Read More


My Random Post