Memaparkan catatan dengan label Slot Dahlia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Slot Dahlia. Papar semua catatan

26 Jun 2022

Drama Roxy Episod 1 Hingga 20 Di Slot Dahlia TV3



Drama Roxy, Drama Robot TV3, Drama Slot Dahlia TV3, Sinopsis Drama Roxy, Roxy Cast, Pelakon - Pelakon Drama Roxy tv3, Drama Roxy Full Episode, Drama Roxy Episod 1 Hingga 20, Poster Drama Roxy,

Drama Roxy mula bersiaran di slot Dahlia TV3 bermula 25 Jun 2022, setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 7 malam. Antara pelakon drama Roxy ini adalah Nadiyah Shahab, Azlee Khairi, Eira Syazira, Aqeesh Aleeya, Nik Adam Mika, Zizan Nin, Tony Eusoff, Zack Kool, Kween Keela, Oktovia Manrose, Roy Azman, Atu Zero, Chiwan Chilok, Amyza Aznan, Aliff Zulkarnain, Ramli Long dan ramai lagi. Selain itu drama Roxy ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh M. Nazir Juhan (Jet Lee) serta diterbitkan oleh Aquila Emas Sdn Bhd. Wah nampak macam best drama ini kan,mesti lawak ni, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Roxy ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Roxy

  • Nadiyah Shahab sebagai Roxy
  • Azlee Khairi sebagai Aqil
  • Eira Syazira sebagai Arissa
  • Aqeesh Aleeya sebagai Amira
  • Nik Adam Mika sebagai Amar
  • Zizan Nin sebagai Dharma
  • Amyza Aznan sebagai Norlela
  • Roy Azman sebagai Murad
  • Atu Zero sebagai Domi
  • Chiwan sebagai Bidin
  • Kween Keela sebagai Sushen
  • Zack Kool sebagai Profesor Melon
  • Tony Eusoff sebagai Dr Rosli
  • Oktovia Manrose sebagai Katalina
  • Zaki Yamani sebagai Ku Ann




Sinopsis Drama Roxy Lakonan Nadiyah Shahab, Azlee Khairi dan Eira Syazira di Slot Dahlia TV3

ROXY mengisahkan kehidupan sepasang suami isteri berkerjaya iaitu Aqil lakonan Azlee Khairi dan Arissa yang dilakonkan oleh Eira Syazira yang sering berhadapan dengan masalah pembantu rumah yang melarikan diri berikutan Aqil dan Arissa amat sibuk dengan kerjaya dan sangat mengharapkan pembantu rumah yang cekap dan boleh dipercayai untuk menguruskan dua orang cahaya mata mereka iaitu Amira dan Amar. Aqil bertindak membawa pulang sebuah robot persis manusia yang telah rosak di dalam setor syarikatnya sebagai solusi masalah pembantu rumah yang melarikan diri.  Kehidupan harian mereka lebih terurus dan berjalan lancar pada peringkat kehadiran ROXY (Nadiyah Syahab) hasil pemberian nama oleh Amar.  Amira dan Amar kini menganggap ROXY sebagai penjaga dan teman sebaya mereka yang jujur, amanah dan setia apabila ibu bapa mereka semakin sibuk dengan kerja.
Drama Roxy, Drama Robot TV3, Drama Slot Dahlia TV3, Sinopsis Drama Roxy, Roxy Cast, Pelakon - Pelakon Drama Roxy tv3, Drama Roxy Full Episode, Drama Roxy Episod 1 Hingga 20, Poster Drama Roxy,
Selain itu, kekecohan dan insiden yang lucu mula timbul selepas kehadiran ROXY seperti pegawai keselamatan di taman perumahan itu iaitu Domi dan Bidin telah jatuh cinta dengan ROXY yang dipercayai sebagai seorang gadis sempurna, bukan itu sahaja Pakcik Murad berkenan untuk menjadikannya sebagai menantu.  Isteri Pakcik Murad, Makcik Norlela pula sentiasa mahu mencungkil rahsia ROXY kerana beranggapan ROXY ialah pendatang asing tanpa izin.  Bukan itu sahaja, ROXY turut dilamar oleh seorang pakar dermatologi iaitu Dr. Rosli sebagai duta produknya serta-merta membuatkan Puan Maria berasa cemburu kerana selama ini hanya dia yang menjadi duta untuk produk suaminya. Ingin tahu apakah akan terjadi pada ROXY? Adakah robot ini merupakan penyelesaian terbaik dan pembantu rumah sempurna bagi keluarga Aqil dan Arissa?

Lagu Tema / OST Drama Roxy

👄 Layar Bersama nyanyian Yuveena
👄 Kau Ada nyanyian Aqeesh dan Momo



Read More

9 Dis 2019

Drama Mama Papa Ekspres (Slot Dahlia TV3)




Mama Papa Ekspres, Drama Mama Papa Ekspres, Slot Dahlia, TV3, Drama Bersiri TV3 2019, Drama Melayu TV3 2019, Sinopsis Drama Drama Mama Papa Ekspres, Drama Baru Azrel Ismail, Drama Baru Julia Farhana Marin, Drama Baru Slot Dahlia TV3, OST Drama Mama Papa Ekspres, Poster Drama Mama Papa Ekspres, Watak Pelakon, Senarai Pelakon Drama Mama Papa Ekspres, Azrel Ismail, Julia Farhana Marin, Aleesya Edwan, Danish Hazriq, Puteri Arora, Hamdan Senario, Sharifah Shahora, Anas Ridzuan, Amar Asyraf, Ain Sufia, Fazlina Ahmad Daud, Dottie, Muntazar Ghufran, Draman Muhamad,
Drama Mama Papa Ekspres adalah drama terbaru di slot Dahlia TV3 yang mula disiarkan sejak 24 November 2019 yang lalu, setiap Sabtu dan Ahad, jam 7 malam. Drama Mama Papa Ekspres ini disiarkan bagi menggantikan drama Encik Suami Mat Salih Celup yang merupakan siaran ulangan. Antara pelakon drama Mama Papa Ekspres ini adalah Azrel Ismail, Julia Farhana Marin, Aleesya Edwan, Danish Hazriq, Puteri Arora, Hamdan Senario, Sharifah Shahora, Anas Ridzuan, Amar Asyraf, Ain Sufia, Fazlina Ahmad Daud, Dottie, Muntazar Ghufran, Draman Muhamad dan ramai lagi. Selain itu drama Mama Papa Ekspres ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Emi Suffian serta diterbitkan oleh OrangeTree Production Sdn Bhd. Nampak menarik drama ni kan, berkonsepkan kekeluargaan gitu, apa pun jom tengok sinopsis ringkas drama ini di bawah ye..




Sinopsis 
Drama Mama Papa Ekspres - Slot Dahlia TV3


Encik Amir (Azrel Ismail) dan Puan Fiona (Julia Farhana Marin) berkahwin selama beberapa tahun tetapi tidak dikurniakan anak. Mereka sudah beberapa kali membuat permohonan mengambil anak angkat tetapi masih tiada jawapan. Suatu hari, Encik Emir melihat instagram jiran mereka yang penuh dengan gambar bersama anak dan isteri. Encik Emir terus menangis semahu-mahunya kerana sedih dengan nasibnya. Emir dan Fiona berusaha untuk dapatkan anak sendiri. Dengan bantuan Hakim (Amar Asyraf), pelbagai tip dan petua mereka ikut. Jiran mereka iaitu Megat (Hamdan) dan Sarimah (Sharifah Shahora) juga selalu membantu mereka sekeluarga. Namun nasib menyebelahi mereka, bila mereka akhirnya menerima tiga orang anak 'segera' lantas menggalas peranan sebagai mama papa ekspres. Apa yang berlaku seterusnya? Mampukah mereka menjaga ketiga - tiga orang anak mereka itu tanpa sebarang masalah?.

Mama Papa Ekspres, Drama Mama Papa Ekspres, Slot Dahlia, TV3, Drama Bersiri TV3 2019, Drama Melayu TV3 2019, Sinopsis Drama Drama Mama Papa Ekspres, Drama Baru Azrel Ismail, Drama Baru Julia Farhana Marin, Drama Baru Slot Dahlia TV3, OST Drama Mama Papa Ekspres, Poster Drama Mama Papa Ekspres, Watak Pelakon, Senarai Pelakon Drama Mama Papa Ekspres, Azrel Ismail, Julia Farhana Marin, Aleesya Edwan, Danish Hazriq, Puteri Arora, Hamdan Senario, Sharifah Shahora, Anas Ridzuan, Amar Asyraf, Ain Sufia, Fazlina Ahmad Daud, Dottie, Muntazar Ghufran, Draman Muhamad,
Lagu Tema / OST Drama Mama Papa Ekspres
➔ #123 nyanyian Khai Bahar

Jom Baca Ini juga ➔ Review Drama Korea Perfume

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Read More

14 Jul 2019

Sinopsis Drama Ajari Playboy Itu (TV3)




Ajari Playboy Itu, Drama Ajari Playboy Itu, Drama Melayu, Drama Bersiri TV3 2019, Slot Dahlia, TV3, Drama Baru Emma Maembong, Drama Baru Fendy Bakry, Sinopsis Drama Ajari Playboy Itu, OST Ajari Playboy Itu, Sweet, Cast, Pelakon Drama Ajari Playboy Itu, Fendy Bakry, Emma Maembong, Luqman Hafidz, Jaja Iliyes, Elly Mazlein, Ridzuan Hashim, Kilafairy, Shiqin Kamal, Tasha Sheila, Risteena Munim, Mustaqim Bahadon, Shah Khan, Farah Queen, Poster Drama Ajari Playboy Itu,
Drama Ajari Playboy Itu Lakonan Fendy Bakry dan Emma Maembong

Drama Ajari Playboy Itu adalah drama terbaru di slot Dahlia TV3 yang sudah bersiaran sejak 7 Julai 2019 yang lalu, setiap setiap Sabtu dan Ahad, jam 7 malam. Drama Ajari Playboy Itu dibintangi oleh  Fendy Bakry, Emma Maembong, Luqman Hafidz, Jaja Iliyes, Elly Mazlein, Ridzuan Hashim, Kilafairy, Shiqin Kamal, Tasha Sheila, Risteena Munim, Mustaqim Bahadon dan ramai lagi. Lagu tema atau OST Drama Ajari Playboy itu dinyanyikan pleh Masya Mashitah yang bertajuk Halimunan. Nampak menarik drama ni kan, jalan cerita pun unik juga, apa pun jom tengok sinopsis drama ini dibawah okey. Sebelum tu jom tengok juga watak - watak pelakon drama Ajari Playboy Itu di bawah ini ye..
Ajari Playboy Itu, Drama Ajari Playboy Itu, Drama Melayu, Drama Bersiri TV3 2019, Slot Dahlia, TV3, Drama Baru Emma Maembong, Drama Baru Fendy Bakry, Sinopsis Drama Ajari Playboy Itu, OST Ajari Playboy Itu, Sweet, Cast, Pelakon Drama Ajari Playboy Itu, Fendy Bakry, Emma Maembong, Luqman Hafidz, Jaja Iliyes, Elly Mazlein, Ridzuan Hashim, Kilafairy, Shiqin Kamal, Tasha Sheila, Risteena Munim, Mustaqim Bahadon, Shah Khan, Farah Queen,
Fendy Bakry sebagai Haris
Emma Maembong sebagai Julia

Luqman Hafidz sebagai Zack

Jaja Iliyes sebagai Hanna

Elly Mazlein sebagai Haliza

Ridzuan Hashim sebagai Osman

Shiqin Kamal sebagai Jaja

Tasha Sheila sebagai Delia
Kilafairy sebagai Izyan
Risteena Munim sebagai Niki
Mustaqim Bahadon sebagai Mirza
Shah Khan sebagai Deen
Farah Queen sebagai Aida





Sinopsis Drama Ajari Playboy Itu Slot Dahlia TV3

Mengisahkan tentang Julia dan Hanna yang geram dengan sikap Haris yang terlalu mudah mengecewakan hati wanita yang menggilainya. Hanna adalah adik Haris, manakala Julia pula adalah kawan baik Hanna. Haris sememangnya seorang playboy dan suka mengorat wanita - wanita yang ditemuinya. Salah seorang pekerja butik kafe milik Hanna dan Julia iaitu Aida baru saja berhenti kerja kerana kecewa dengan sikap Haris. Lalu Julia dan Hanna merancang untuk mengajar Haris. Namun, apa yang tidak disedari oleh Haris mahupun Hanna, rupanya Julia hanya mahu melepaskan dendam kerana telah lama menyintai Haris di dalam diam namun tidak mendapat perhatian playboy itu. Apa yang berlaku seterusnya? adakah Haris akan insaf?.
Read More

7 Mac 2019

Drama Cikgu Papa Kirim Salam Lakonan Amar Asyraf dan Liyana Jasmay




Cikgu Papa Kirim Salam, Drama Cikgu Papa Kirim Salam, Slot Dahlia, TV3, Drama Melayu, Drama Bersiri, Liyana Jasmay New Drama, Drama Melayu 2019, Drama Melayu TV3, Watak Pelakon, Guru, Cast, Senarai Pelakon Drama Cikgu Papa Kirim Salam, Amar Asyraf, Liyana Jasmay, Rania Humaira, Zee Zainal, Shasha Raman, Aprena Manrose, Iswan Ismail, Kuna Muzani, Anas Ridzuan, Aman Graseka, Rashidah Jaafar, Amanda Misbun, Kismah Johar, Julia Farhana Marin, Rafasya,
Drama Cikgu Papa Kirim Salam Slot Dahlia TV3

Drama Cikgu Papa Kirim Salam adalah drama terbaru di slot Dahlia yang disiarkan bagi menggantikan drama Petua Nenek yang telah tamat episodnya. Selain itu Drama Cikgu Papa Kirim Salam ini mempunyai 20 episod dan bersiaran setiap Sabtu dan Ahad, jam 7 malam. Drama ini juga sudah mula bersiaran di TV3 sejak 2 March 2019 yang lalu. Nampak macam sweet je cerita ni kan, kalau baca sinopsis pun memang rasa best drama ini. Manakala lagu tema / OST Drama Cikgu Papa Kirim Salam ini pula bertajuk Stereotype nyanyian Akim & The Majistret. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini serta senarai pelakon drama Drama Cikgu Papa Kirim Salam serta watak - watak yang mereka bawa di bawah ini ye.




Watak - Watak Pelakon Drama Cikgu Papa Kirim Salam

Amar Asyraf sebagai Adam Haikal
Liyana Jasmay sebagai Cikgu Siti Munirah
Rania Humaira sebagai Soraya
Zee Zainal sebagai Paan
Aprena Manrose sebagai Normala
Anas Ridzuan sebagai Anas Lokman
Kuna Muzani sebagai Hasimah
Aman Graseka sebagai Rahman
Shasha Raman sebagai Cikgu Intan
Iswan Ismail sebagai Sufian
Rashidah Jaafar sebagai Rohaya
Kismah Johar sebagai Salmah
Amanda Misbun sebagai Ibu Mimi
Julia Farhana Marin sebagai Atia
Cikgu Papa Kirim Salam, Drama Cikgu Papa Kirim Salam, Slot Dahlia, TV3, Drama Melayu, Drama Bersiri, Liyana Jasmay New Drama, Drama Melayu 2019, Drama Melayu TV3, Watak Pelakon, Guru, Cast, Senarai Pelakon Drama Cikgu Papa Kirim Salam, Amar Asyraf, Liyana Jasmay, Rania Humaira, Zee Zainal, Shasha Raman, Aprena Manrose, Iswan Ismail, Kuna Muzani, Anas Ridzuan, Aman Graseka, Rashidah Jaafar, Amanda Misbun, Kismah Johar, Julia Farhana Marin, Rafasya,
Sinopsis Drama Cikgu Papa Kirim Salam (Slot Dahlia TV3)

Mengisahkan Adam Haikal, seorang duda berusia 30an tidak menyangka cikgu baru yang selalu diceritakan oleh anaknya, Soraya (8 tahun) adalah bekas kekasihnya yang juga cinta pertamanya, Siti Munirah. Bermulalah kisah bagaimana Adam berusaha memikat hati Siti Munirah dan ianya bukan semudah disangkakan, Siti Munirah sangat terluka dengan cara Adam meninggalkannya suatu masa dulu tanpa sebarang pesan. Dengan bantuan orang-orang di sekeliling Adam, mampukah Adam terus bertahan melembutkan hati Cikgu Siti itu?
Read More


My Random Post