Memaparkan catatan dengan label Eira Syazira. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Eira Syazira. Papar semua catatan

14 Ogo 2022

Telefilem Dosa Terlindung (TV3)



Telefilem Dosa Terlindung TV3, Telemovie Dosa Terlindung TV3, Info dan Sinopsis Telefilem Dosa Terlindung, Telefilem Dosa Terlindung Full Movie, Telefilem Dosa Terlindung Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Dosa Terlindung, Zamarul Hisyam, Eira Syazira, Jue Aziz, Naim Daniel, Bella Dowanna, Hairi Safwan,

Telefilem Dosa Terlindung akan disiarkan pada hari Ahad ini, 14 Ogos 2022, jam 9 malam di TV3. Telefilem ini sudah pernah disiarkan di TV3 pada tahun 2017 dan kini diulang siar kembali. Antara pelakon telefilem Dosa Terlindung ini adalah Zamarul Hisyam, Eira Syazira, Jue Aziz, Naim Daniel, Bella Dowanna, Hairi Safwan, Jalaludin Hassan, Azizah Mahzan, Ezzrin Loy dan Erynn Erynna dan ramai lagi. Selain itu telemovie Dosa Terlindung ini diarahkan oleh Khalid Nadzri dan diterbitkan oleh Alfanazra Productions Sdn Bhd. Nampak menarik kan telemovie Dosa Terlindung ini, jadi jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Dosa Terlindung TV3

Beberapa tahun lalu, Zie meninggalkan suami, Khairi dan dua anak, Eisya serta Irfan ketika mereka masih kecil. Dia tidak sanggup menjalani hidup serba kekurangan bersama mereka. Ketika itu, Zie dilamun cinta dengan Faizal yang menabur janji memberikan kesenangan kepadanya. Zie menjadi isteri Faizal namun rumah tangganya tidak kekal lama. Dia meminta cerai kerana tidak tahan dengan perangai kaki perempuan dan menjadi mangsa pukul Faizal. Khairi pula kini bergelar usahawan berjaya. Mengetahui perkara itu, Zie nekad mencari Khairi dan anaknya. Dia sanggup menggunakan dua anaknya untuk memenangi kembali hati Khairi. Tapi kewujudan Hana menjadi penghalang untuk Zie berbaik semula dengan bekas suaminya.



Read More

26 Jun 2022

Drama Roxy Episod 1 Hingga 20 Di Slot Dahlia TV3



Drama Roxy, Drama Robot TV3, Drama Slot Dahlia TV3, Sinopsis Drama Roxy, Roxy Cast, Pelakon - Pelakon Drama Roxy tv3, Drama Roxy Full Episode, Drama Roxy Episod 1 Hingga 20, Poster Drama Roxy,

Drama Roxy mula bersiaran di slot Dahlia TV3 bermula 25 Jun 2022, setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 7 malam. Antara pelakon drama Roxy ini adalah Nadiyah Shahab, Azlee Khairi, Eira Syazira, Aqeesh Aleeya, Nik Adam Mika, Zizan Nin, Tony Eusoff, Zack Kool, Kween Keela, Oktovia Manrose, Roy Azman, Atu Zero, Chiwan Chilok, Amyza Aznan, Aliff Zulkarnain, Ramli Long dan ramai lagi. Selain itu drama Roxy ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh M. Nazir Juhan (Jet Lee) serta diterbitkan oleh Aquila Emas Sdn Bhd. Wah nampak macam best drama ini kan,mesti lawak ni, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Roxy ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Roxy

  • Nadiyah Shahab sebagai Roxy
  • Azlee Khairi sebagai Aqil
  • Eira Syazira sebagai Arissa
  • Aqeesh Aleeya sebagai Amira
  • Nik Adam Mika sebagai Amar
  • Zizan Nin sebagai Dharma
  • Amyza Aznan sebagai Norlela
  • Roy Azman sebagai Murad
  • Atu Zero sebagai Domi
  • Chiwan sebagai Bidin
  • Kween Keela sebagai Sushen
  • Zack Kool sebagai Profesor Melon
  • Tony Eusoff sebagai Dr Rosli
  • Oktovia Manrose sebagai Katalina
  • Zaki Yamani sebagai Ku Ann




Sinopsis Drama Roxy Lakonan Nadiyah Shahab, Azlee Khairi dan Eira Syazira di Slot Dahlia TV3

ROXY mengisahkan kehidupan sepasang suami isteri berkerjaya iaitu Aqil lakonan Azlee Khairi dan Arissa yang dilakonkan oleh Eira Syazira yang sering berhadapan dengan masalah pembantu rumah yang melarikan diri berikutan Aqil dan Arissa amat sibuk dengan kerjaya dan sangat mengharapkan pembantu rumah yang cekap dan boleh dipercayai untuk menguruskan dua orang cahaya mata mereka iaitu Amira dan Amar. Aqil bertindak membawa pulang sebuah robot persis manusia yang telah rosak di dalam setor syarikatnya sebagai solusi masalah pembantu rumah yang melarikan diri.  Kehidupan harian mereka lebih terurus dan berjalan lancar pada peringkat kehadiran ROXY (Nadiyah Syahab) hasil pemberian nama oleh Amar.  Amira dan Amar kini menganggap ROXY sebagai penjaga dan teman sebaya mereka yang jujur, amanah dan setia apabila ibu bapa mereka semakin sibuk dengan kerja.
Drama Roxy, Drama Robot TV3, Drama Slot Dahlia TV3, Sinopsis Drama Roxy, Roxy Cast, Pelakon - Pelakon Drama Roxy tv3, Drama Roxy Full Episode, Drama Roxy Episod 1 Hingga 20, Poster Drama Roxy,
Selain itu, kekecohan dan insiden yang lucu mula timbul selepas kehadiran ROXY seperti pegawai keselamatan di taman perumahan itu iaitu Domi dan Bidin telah jatuh cinta dengan ROXY yang dipercayai sebagai seorang gadis sempurna, bukan itu sahaja Pakcik Murad berkenan untuk menjadikannya sebagai menantu.  Isteri Pakcik Murad, Makcik Norlela pula sentiasa mahu mencungkil rahsia ROXY kerana beranggapan ROXY ialah pendatang asing tanpa izin.  Bukan itu sahaja, ROXY turut dilamar oleh seorang pakar dermatologi iaitu Dr. Rosli sebagai duta produknya serta-merta membuatkan Puan Maria berasa cemburu kerana selama ini hanya dia yang menjadi duta untuk produk suaminya. Ingin tahu apakah akan terjadi pada ROXY? Adakah robot ini merupakan penyelesaian terbaik dan pembantu rumah sempurna bagi keluarga Aqil dan Arissa?

Lagu Tema / OST Drama Roxy

👄 Layar Bersama nyanyian Yuveena
👄 Kau Ada nyanyian Aqeesh dan Momo



Read More

25 Jun 2022

Cerekarama Langit TV3



telefilem langit tv3, telemovie langit tv3, slot cerekarama tv3, cerekarama langit tv3, telefilem langit lakonan eira syazira dan azad jasmin, sinopsis telefilem langit cerekarama tv3, langit cast, pelakon - pelakon telefilem langit tv3, eira syazira telemovie,

Telefilem khas sempena ulang tahun TV3 yang ke-38 bertajuk 'Langit' lakonan Eira Syazira dan Azad Jasmin akan disiarkan pada hari Sabtu ini, 25 Jun 2022, jam 10 malam di slot Cerekarama TV3. Antara pelakon telefilem Langit ini adalah Eira Syazira, Azad Jasmin, Fauziah Nawi, Omar Abdullah, Anne Abdullah, Syed Ali, Syed Ali dan ramai lagi. Selain itu telemovie Langit ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan diterbitkan Saphire Screen Sdn Bhd. Dah lama juga tak nampak Eira Syazira dan Azad Jasmin ni berlakon kan, apa pun nampak menarik kan telemovie Langit ni, macam banyak pengajaran gitu. Jadi jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Langit slot Cerekarama TV3

Dari zero ke hero, menceritakan tentang seorang suri rumah Raziah yang berubah menjadi wanita berdikari dan pencari nafkah kepada keluarga setelah kematian suaminya. Tidak rela pasrah dengan nasib hidupnya, Raziah keluar mencari pekerjaan dan cuba untuk berjaya dalam hidup, juga untuk memenangi semula rasa hormat daripada komunitinya.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Telefilem Tilam Kekabu Kampung Berserah (TV1)



Read More


My Random Post