24 Jun 2023

Ending Drama Andai Itu Takdirnya



Drama Andai Itu Takdirnya, Sinopsis Drama Andai Itu Takdirnya, Episod Akhir Drama Andai Itu Takdirnya, Andai Itu Takdirnya Last Episode, Andai Itu Takdirnya Cast, Hannah Delisha, Shukri Yahaya, Puteri Sarah, Fahrin Ahmad, Atikah Suhaime, Sinopsis Episod Akhir Drama Andai Itu Takdirnya,

Berakhir sudah drama 64 episod yang bertajuk Andai Itu Takdirnya yang disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria. Sepanjang menonton drama Andai Itu Takdirnya ini ramai yang emosi kan, geram giler kat Aizril (lakonan Shukri Yahaya) dan kesian pada Aleya (lakonan Hannah Delisha). Tapi dalam masa yang sama memang stress tengok watak Aleya dari mula sebab nampak macam lemah, stil beri peluang pada Aizril walaupun macam - macam dah Aizril buat, dah laa dengan panas baran, kaki pukul, maki hamun, anak pun mati. Aleya stil boleh sabar, cuma bila anak keduanya mati tu memang Aleya dah sampai limit kesabarannya, tapi demi keluarganya dan anak - anaknya, Aleya cuba beri Aizril peluang dan berbaik semula. Walaupun Reen cuba merayu, tapi Aizril dah tak heran, Aizril dah insaf serta cuba untuk menjaga hati Aleya. Namun semua dah terlambat bila Aleya masih trauma dengan kekejaman Aizril sebelum ini. Aleya dah hilang rasa cinta pada Aizril dan ingin mencari kebahagiannya sendiri. Lalu memilih untuk pergi dari hidup Aizril




Rasanya ramai yang puas hati bila Aleya akhirnya buat keputusan untuk meninggalkan Aizril kan, lagipun dah banyak peluang yang Aleya bagi tapi Aizril tetap dengan egonya dengan panas barannya. Bila akhirnya Aizril insaf, segalanya dah terlambat, bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata atau perbuatan buruk padahnya. Tak silap aku dalam novel, Aleya memang terima Aizril kembali, tapi dalam versi drama ending dia lebih best hehehe. Cuma yang kelakarnya dah kenapa part ending tu si Aleya boleh pula terserempak dengan Doktor Khuzairi (dari drama 7 Hari Mencintaiku). Jenuh Mia Adriana dan Mak Leha mengamuk kang hahahaha, kesian Aleya nanti, lembik dikerjakan oleh mereka hehehe. Lagi pun mustahil lah si Aleya ni nak jadi perampas dengan personalitinya yang lemah lembut, baik hati ni semua. Plus aku tak rasa ada sambungan lagi drama Andai Itu Takdirnya 2, manakala Doktor Khuzairi tu saja ja jadi cameo kat ending tu untuk bagi peminat drama ni havoc sikit, baru meriah kan hehehe.
Drama Andai Itu Takdirnya, Sinopsis Drama Andai Itu Takdirnya, Episod Akhir Drama Andai Itu Takdirnya, Andai Itu Takdirnya Last Episode, Andai Itu Takdirnya Cast, Hannah Delisha, Shukri Yahaya, Puteri Sarah, Fahrin Ahmad, Atikah Suhaime, Sinopsis Episod Akhir Drama Andai Itu Takdirnya,
Selepas ini drama ini akan digantikan dengan drama baru yang bertajuk Chinta Wrong Direction lakonan Hun Haqeem dan Erysha Emyra. 

Jom BaCa Ini Juga 👉👉 Cirkus - Hindi Movie Review

1 ulasan:

  1. Famous siri ni. ending dia dengar cerita masuk cerita lain. Haha.

    Tapi bagus ada ending yang tak semestinya sweet ending. Penat dah tengok cerita sweet ending.

    BalasPadam



My Random Post