Rasanya ramai yang puas hati bila Aleya akhirnya buat keputusan untuk meninggalkan Aizril kan, lagipun dah banyak peluang yang Aleya bagi tapi Aizril tetap dengan egonya dengan panas barannya. Bila akhirnya Aizril insaf, segalanya dah terlambat, bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata atau perbuatan buruk padahnya. Tak silap aku dalam novel, Aleya memang terima Aizril kembali, tapi dalam versi drama ending dia lebih best hehehe. Cuma yang kelakarnya dah kenapa part ending tu si Aleya boleh pula terserempak dengan Doktor Khuzairi (dari drama 7 Hari Mencintaiku). Jenuh Mia Adriana dan Mak Leha mengamuk kang hahahaha, kesian Aleya nanti, lembik dikerjakan oleh mereka hehehe. Lagi pun mustahil lah si Aleya ni nak jadi perampas dengan personalitinya yang lemah lembut, baik hati ni semua. Plus aku tak rasa ada sambungan lagi drama Andai Itu Takdirnya 2, manakala Doktor Khuzairi tu saja ja jadi cameo kat ending tu untuk bagi peminat drama ni havoc sikit, baru meriah kan hehehe.
24 Jun 2023
Ending Drama Andai Itu Takdirnya

17 Nov 2022
Episod Akhir dan Ending Drama Suri Hati
Irma (Shakilla Khoriri) gagal memujuk Hakim untuk rujuk semula, lalu membuat satu rancangan jahat untuk perangkap Sarah namun rancangannya gagal apabila telah diketahui oleh Hakim, Suraya dan Atikah. Lebih memeranjatkan bila Laila turut terlibat sama dalam rancangan Irma itu. Laila mengugut akan mencederakan Sarah jika ada sesiapa yang datang dekat. Laila turut menceritakan tentang penderitaannya selama ini yang dirahsiakan pada kawan - kawannya itu. Apa pun aku ingatkan bila Laila dah kemalangan semua, dia akan insaf tapi hampeh tetap jadi diri dia jugak yang benci melihat kebahagiaan kawan - kawannya tu. Laila tu kalau boleh nak tengok semua kawan dia menderita dan hidup lonely macam dirinya. Ending drama Suri Hati ini menyaksikan semua kawan - kawan Laila ada kebahagiaan masing - masing dan Laila tetap jadi dirinya yang masih meratapi nasib malangnya itu.
20 Okt 2022
Drama Suri Hati Episod 1 Hingga 20 Di Slot Samarinda TV3
Sinopsis Drama Suri Hati Lakonan Puteri Sarah Liyana dan Nadia Brian Di Slot Samarinda TV3
Mengisahkan tentang empat orang gadis iaitu Suraya, Sarah, Laila dan Atikah berkawan rapat ketika menuntut di sebuah kolej. Namun begitu,selepas tamat pengajian mereka berempat membawa haluan masing-masing. Walaupun begitu persahabatan masih diteruskan. Sarah (Puteri Sarah Liyana) mengalami masalah rumah tangga sehingga bercerai dengan suaminya yang panas baran. Setelah bercerai, Sarah membuka sebuah cafe dan mula berkenalan dengan seorang duda bernama Hakim, namun pertelingkahan berlaku apabila orang terdekat mula membantah hubungan mereka. Laila (Nadia Brian) seorang wanita yang berkerjaya mengalami masalah tekanan emosi disebabkan trauma yang dialaminya pada usia yang sangat muda. Keadaan tersebut membuat hidup Laila penuh dendam dan tidak suka melihat kebahagiaan orang lain termasuk rakan-rakannya.
18 Ogo 2022
Drama Anak Beranak Abe Yie Episod 1 Hingga 20 Di Slot Sakura TV3
Drama Anak Beranak Abe Yie adalah drama terbaru di slot Sakura TV3 yang disiarkan mulai 16 Ogos 2022, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Nenda yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Anak Beranak Abe Yie ini adalah Aiman Tino, Azlee Senario, Jasmin Hamid, Wan Sharmila, Puteri Sarah Liyana, Wanns Ahmad, Aidil Aziz, Aidit Noh, Shazia Rozaini, Qhaira Imani dan ramai lagi. Selain itu drama Anak Beranak Abe Yie ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya) serta diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, para pelakonnya pun best - best belaka, plus bergenre komedi gitu. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Anak Beranak Abe Yie ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..
Watak dan Barisan Pelakon Drama Anak Beranak Abe Yie
Sinopsis Drama Anak Beranak Abe Yie - Slot Sakura TV3
26 Mac 2022
Telefilem Bukan Sebuah Dakyah (TV3)
Sinopsis Telefilem Bukan Sebuah Dakyah - Cerekarama TV3
15 Nov 2021
Drama Ustazah Robotik - TV Alhijrah
Drama Ustazah Robotik adalah drama terbaru di slot Qalbu TV Alhijrah yang disiarkan mulai 8 November yang lalu, setiap Isnin dan Selasa, jam 6 petang. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Dia Isteriku lakonan Rozita Che Wan dan Hafidz Roshdi. Antara pelakon drama Ustazah Robotik ini adalah Puteri Sarah Liyana, Zaki Azeman, Maisara Sufia, Ameerul Asyraf, Kuza, Kartina Aziz,Khai Sabri, Esma Daniel, Zarina Zainuddin, Lan Zailan, Illey Mohtada, Fazreen Rafi dan ramai lagi. Selain itu drama Ustazah Robotik ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli serta diterbitkan oleh Side Fx Sdn Bhd. Nampak menarik dan unik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Ustazah Robotik ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini ye..
Sinopsis Penuh Drama Ustazah Robotik Lakonan Puteri Sarah Liyana dan Zaki Azeman - TV Alhijrah
⏩⏩ Info dan Sinopsis Drama Keluarga Untuk Disewa (TV9)
💚💖 Telefilem Cinta Round 1 Lakonan Izzue Islam dan Azar Azmi (Astro Citra)