17 Nov 2022

Episod Akhir dan Ending Drama Suri Hati



Episod Akhir Drama Suri Hati, Ending Drama Suri Hati, Sinopsis Episod Akhir Drama Suri Hati , Drama Slot Samarinda TV3, Suri Hat Cast,

Berakhir sudah drama 20 episod yang bertajuk Suri Hati, selepas ini drama Rindu Kasih lakonan Ummi Nazeera, Amyza Aznan dan Izzue Islam akan menggantikan drama ini. Drama Suri Hati ini mengisahkan tentang suka duka 4 sahabat dalam menghadapi cabaran hidup. Episod akhir drama Suri Hati ini bermula dengan Suraya lakonan Adriana Adnan yang telah mengetahui perkahwinan rahsia suaminya Marzuki (Fahrin Ahmad) dengan kawan baiknya sendiri iaitu Laila (Nadia Brian). Manakala Sarah (Puteri Sarah Liyanapula dah tawar hati nak meneruskan perkahwinannya dengan Hakim (Ikhwan Khairudin), selepas perkahwinan mereka tidak direstui oleh ibu Hakim. Atikah (Melanie Tan) pula masih ragu - ragu dengan perkahwinannya dengan Azlan (Malek Mccrone) , lebih teruk lagi bila bekas kekasihnya kembali menagih cintanya. 




Irma 
(Shakilla Khoriri) gagal memujuk Hakim untuk rujuk semula, lalu membuat satu rancangan jahat untuk perangkap Sarah namun rancangannya gagal apabila telah diketahui oleh Hakim, Suraya dan Atikah. Lebih memeranjatkan bila Laila turut terlibat sama dalam rancangan Irma itu. Laila mengugut akan mencederakan Sarah jika ada sesiapa yang datang dekat. Laila turut menceritakan tentang penderitaannya selama ini yang dirahsiakan pada kawan - kawannya itu. Apa pun aku ingatkan bila Laila dah kemalangan semua, dia akan insaf tapi hampeh tetap jadi diri dia jugak yang benci melihat kebahagiaan kawan - kawannya tu. Laila tu kalau boleh nak tengok semua kawan dia menderita dan hidup lonely macam dirinya. Ending drama Suri Hati ini menyaksikan semua kawan - kawan Laila ada kebahagiaan masing - masing dan Laila tetap jadi dirinya yang masih meratapi nasib malangnya itu.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Telefilem Isa & Bella (Awesome TV)

1 ulasan:



My Random Post