24 Nov 2022

Drama Rindu Kasih Episod 1 Hingga 15 Di Slot Samarinda TV3



Drama Rindu Kasih TV3, Drama Slot Samarinda TV3, Sinopsis Drama Rindu Kasih TV3, Rindu Kasih Cast, Drama Rindu Kasih Full Episode, Drama Rindu Kasih Episod 1 Hingga 15, Pelakon - Pelakon Drama Rindu Kasih, Ummi Nazeera, Izzue Islam, Nafiz Muaz, Ezzaty Abdullah, Amyza Aznan, Arash Mohd, Fazlina Ahmad Daud, Meor Mohd,

Drama Rindu Kasih adalah drama terbaru di slot Samarinda yang disiarkan bagi menggantikan Drama Suri Hati yang telah tamat episodnya. Drama ini sudah bersiaran sejak 16 November 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Antara pelakon drama Rindu Kasih ini adalah Ummi Nazeera, Izzue Islam, Amyza Aznan, Nafiz Muaz, Ezzaty Abdullah, Arash Mohd, Shazia Rozaini, Fazlina Ahmad Daud, Meor Mohd dan ramai lagi. Selain itu drama Rindu Kasih ini mempunyai 15 episod dan diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya) serta diterbitkan oleh P&D Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ni, ramai pelakon best dalam drama ni, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Rindu kasih di bawah ini beserta sinopsisnya sekali okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Rindu Kasih

Izzue Islam sebagai Amir
Ummi Nazeera sebagai Salina
Nafiz Muaz sebagai Hisham
Amyza Aznan sebagai Shida
Arash Mohd sebagai Khalid
Shazia Rozaini sebagai Huda
Fazlina Ahmad Daud sebagai Halijah
Ezzaty Abdullah sebagai Murni
Meor Mohd sebagai Iqbal
Ayu Azlina sebagai Siti
Nik Ramly sebagai Zamani
Ikhwan Khairudin sebagai Khalid Muda
Fariza Shafinaz sebagai Halijah Mudah
Iskandar Shah sebagai Amin
Yamin Abu Bakar sebagai Supri
Siti Rohani Dollah sebagai Tini 
Elly Suhaili sebagai Sofia 
Hairi Ab Ghani sebagai Kamil




Sinopsis Drama Rindu Kasih Lakonan Ummi Nazeera dan Izzue Islam Di Slot Samarinda TV3

Salina dibesarkan seorang diri oleh bapanya, Khalid. Rahsia dirahsiakan oleh Khalid tentang ibunya, Shida, yang telah ditahan polis kerana menjual dadah. Salina begitu berazam untuk mendapatkan kasih sayang ibunya, dia sanggup melakukan jenayah hanya untuk menemani ibunya di penjara. Semenjak Shida meninggalkan Khalid dan anak mereka Salina yang berusia beberapa bulan, kehidupan Khalid menjadi tidak tentu arah. Khalid perlu bekerja demi menyara anaknya yang masih kecil. Sedar dari pengsan, Zamani, ayah Amir membuat permintaan terakhir kepada Halijah agar mengahwinkan Amir dengan Salina. Demi amanah bapanya, Amir menikahi Salina. Meskipun tiada restu si ibu. Apakah suratan tertulis untuk Salina dan Amir akhirnya.

Lagu Tema / OST Drama Rindu Kasih

👄👄 Seandainya nyanyian Ariff Bahran
👄👄 Retak nyanyian Aqeesh Aleeya


2 ulasan:



My Random Post