Parti Gabungan Pilihanraya Umum Ke - 15 (PRU - 15)
19 November 2022 adalah tarikh keramat untuk rakyat Malaysia membuat pilihan dan keluar mengundi untuk Pilihanraya Umum ke 15 / PRU - 15. Malam nanti kita akan tahu parti mana yang menang dan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya. Kalau di tempat aku di Pulau Pinang ni hanya ada 3 parti untuk dipilih iaitu Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Perikatan Nasional. Siapa pilihan aku mestilah rahsia hahaha. Adakah Anwar Ibrahim akan mencatat sejarah menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru, atau pun Ismail Sabri mengekalkan gelaran Prime Minister Malaysia tu atau pun Muhyiddin Yassin merampas kembali gelaran tersebut. Mahu pun Tun Mahathir kembali jadi PM yang kesekian kalinya. Apa pun keputusannya semuanya di tangan rakyat Malaysia.
Esok pastinya ramai yang akan pergi mengundi, kena beratur panjang, pastikan bawa apa yang patut contohnya payung, botol air, sedikit makanan seperti biskut jika perlu. Ada juga yang mahu membawa kipas kecil mahu pun kerusi lipat hehe. Aku harapkan esok semua urusan kita dipermudahkan ye, amin...
General Election 15 / GE15
Malaysia General Election 15
PRU15
Pilihanraya Umum Ke -15
Selamat Mengundi buat semua rakyat Malaysia
Buat pilihan bijak okey..
Update Pengalaman Pergi Mengundi !!
19 Nov 2022 - Ikutkan nak keluar awal untuk pergi mengundi, tapi boleh pula pagi - pagi tu aku diserang gastrik, sakit perut sangat. Aku dah panik, makan pun tak lalu, pastu rasa nak muntah, cirit - birit. Pagi tu keluar juga beli nasi bungkus, tapi last2 tak makan pun. Aku tak ingat aku makan apa, tapi time tengahari hingga ke petang memang baring saja. Rasa tak larat nak keluar pi mengundi, tapi kalau tak pi mengundi, rasa rugi pula, jadi aku gagahkan diri, makan ubat tahan muntah n then rasa lega sikit, tak rasa loya atau mual dah. Jadi aku pun pergi laa mengundi di sebuah sekolah terdekat. Aku pergi mengundi dalam pukul 3.30 petang macam tu. Keluar petang pergi mengundi memang agak selesa sebab tak ramai orang tapi stil sesak gak laa jalan, kereta banyak. Balik mengundi singgah kedai makan berdekatan then beli nasi goreng ikan masin, rm 7 jugalah harganya. Tapi Alhamdulilah memang terbuka selera, aku berjaya habiskan nasi goreng tu n then tidoooooo
Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Kampung People 3 Episod 1 Hingga 13 Di Slot Lestary TV3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan